Showing posts with label graft. Show all posts

INI YANG BERLAKU SELEPAS TUKAR TEMPLATE BLOG

INI YANG BERLAKU SELEPAS TUKAR TEMPLATE BLOG. Tak menyempat tu nak cerita padahal proses tukar template blog masih belum siap sepenuhnya. Banyak benda nak kena edit & masukkan tapi tetap tu nak bagitau jugak kat orang. Kalau dah jenis tak boleh simpan rahsia ni memang macam tu kan?? Ni la orang panggil mulut longkang!!

Mulut longkang pasal blog je apadahal kan?? Rasanya ramai perasan blog aku dah banyak perubahan.. Template pun dah lain. Tapi still kelam kabut lagi. Yang mana pernah wujud dalam blog list aku jangan risau.. Nanti akan di masukkan balik. Yang mana sewa iklan bahagian Top size 728x90 pun jangan risau aku akan lanjutkan tempoh sewa tu bagi mengantikan masa yang ter skip iklan korang untuk proses renovation blog ni. Iklan kat side bar tu pun aku dah lanjutkan masa seminggu bagi menggantikan hari2 yang aku terpaksa buang banner korang even 2 3 hari je tapi tetap aku bagi free seminggu.

Tapi yang aku perasan selepas template baru di masukkan kat blog aku memang pageviews & Unique Views meningkat mendadak. Bila tengok graft kat Nuffnang stats tu memang boleh nampak perbezaan yang sangat ketara.
Tengok Graft yang naik start dari 6 Aug & 7 Aug.. Jauh beza sangat dari sebelum ni kan??

Untuk pengetahuan korang aku minta someone untuk tukar template blog aku siap setting SEO bagai even aku tak reti pun pasal SEO. Nak tau aku ambil service dengan siapa tunggu sampai siap blog nanti aku war war kan. Sekarang bagi beliau tenang mengedit blog aku dulu yer...  Serius aku seorang blogger yang tak reti pasal SEO. Yang aku tau.. apa aku nak update kat blog je.

Tapi pelaburan kecil aku pada blog yang banyak menyumbang tak kira tak segi kepuasan & side income.. Alhamdulillah setakat ni aku tak nampak pelaburan yang sia sia. Alah bukan mahal pun bayar untuk service tukar template. Nak suruh aku belajar buat sendiri... Wah! kalau sebelum ada anak maybe aku sanggup mengadap coding ni tapi lepas beranak pinak ni Ya Allah penyakit 'M' tu semakin membiak & merebak keseluruh tubuh badan katanya.

Jangan tanya kenapa blog aku tak macam blogger perempuan lain.. sweet, bunga2 kerawang bagai.. pink, purple bagai.. Aku ni taste memang macam ni. Aku suka tengok blog blogger lelaki yang simple, kemas.. Itulah yang cantik kat mata aku. hehehehe

Moral of the story.. Pada blogger yang nak serius dalam blog kalau tak mampu nak bayar domain setiap tahun macam aku ni.. Laburkan untuk sekali tukar template blog yang mesra SEO even kita tak tau pejadahnya SEO tu. Kita akan nampak kesan positif pada blog kita nanti. Jangan jadi macam aku.. dah 6 tahun baru dapat hidayah katanya...

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com