INI YANG BERLAKU SELEPAS TUKAR TEMPLATE BLOG
Mulut longkang pasal blog je apadahal kan?? Rasanya ramai perasan blog aku dah banyak perubahan.. Template pun dah lain. Tapi still kelam kabut lagi. Yang mana pernah wujud dalam blog list aku jangan risau.. Nanti akan di masukkan balik. Yang mana sewa iklan bahagian Top size 728x90 pun jangan risau aku akan lanjutkan tempoh sewa tu bagi mengantikan masa yang ter skip iklan korang untuk proses renovation blog ni. Iklan kat side bar tu pun aku dah lanjutkan masa seminggu bagi menggantikan hari2 yang aku terpaksa buang banner korang even 2 3 hari je tapi tetap aku bagi free seminggu.
Tapi yang aku perasan selepas template baru di masukkan kat blog aku memang pageviews & Unique Views meningkat mendadak. Bila tengok graft kat Nuffnang stats tu memang boleh nampak perbezaan yang sangat ketara.
Tengok Graft yang naik start dari 6 Aug & 7 Aug.. Jauh beza sangat dari sebelum ni kan?? |
Tapi pelaburan kecil aku pada blog yang banyak menyumbang tak kira tak segi kepuasan & side income.. Alhamdulillah setakat ni aku tak nampak pelaburan yang sia sia. Alah bukan mahal pun bayar untuk service tukar template. Nak suruh aku belajar buat sendiri... Wah! kalau sebelum ada anak maybe aku sanggup mengadap coding ni tapi lepas beranak pinak ni Ya Allah penyakit 'M' tu semakin membiak & merebak keseluruh tubuh badan katanya.
Jangan tanya kenapa blog aku tak macam blogger perempuan lain.. sweet, bunga2 kerawang bagai.. pink, purple bagai.. Aku ni taste memang macam ni. Aku suka tengok blog blogger lelaki yang simple, kemas.. Itulah yang cantik kat mata aku. hehehehe
Moral of the story.. Pada blogger yang nak serius dalam blog kalau tak mampu nak bayar domain setiap tahun macam aku ni.. Laburkan untuk sekali tukar template blog yang mesra SEO even kita tak tau pejadahnya SEO tu. Kita akan nampak kesan positif pada blog kita nanti. Jangan jadi macam aku.. dah 6 tahun baru dapat hidayah katanya...
Wahh hebat2! apapun template simple paling senang orang nak datang... sebab ringan dan mesra SEO
ReplyDeleteyelah kan.. blog yang senang views tu la orang suka. kita pun kalau blog nak loading pun macam bawah beban ber tan tan mesti malas jugak nak clik
DeleteSaya pun haram tak paham menda SEO ni...nanti jgn lupa war-warkan cerita selanjutnya yer...rasa cam nak ambik service tukar templete jugak lah! Hahaa
ReplyDeleteTakpe.. nanti paham slow.. cukup la faham SEO mampu menaikkan traffic blog dah cukup buat kita nak tahu apa tu SEO hahaha
Deletekalau trafik naik mendadak macam tu mmg seronok la....semua pun nak macam tu lepas tukar template mesra SEO...
ReplyDeleteTahniah Suria... ada perubahan yang ketara terhadap keseluruhan blog. Moga blog Lekat Lekit Story lebih maju ke hadapan dan boleh menjana income melaluinya. Insya Allah...
ReplyDeletewahh...sy pun mcm cik Suria suka yg simple...tahniah.
ReplyDeleteIols pun berminat gak nak tukar templat sekali ngan SEO..padahal kita same xtau pun pasal SEO..cpt2 war-war ye nnt nak guna khidmat beliau jugak
ReplyDeleteakak lagi la hape pon tak tau....hahaha....SEO tu ape? tak sama cam CEO ke??? hahahaha
ReplyDeleteItulah pasal. Macam dipanggil-panggil lepas kenyang makan waktu raya ni untuk ke sini tau. Memang tak syak lagi template ni mesra CEO eh SEO, sebabnya akak dari pagi bawa ke petang tak mo keluar-keluar dari blog ni. Datang seru nak mengomen mencanak-canak naik tau! Mesra pembaca betullah!
ReplyDeleteBoleh tau upah dengan siapa? Sedang mencarik ni :)
ReplyDeleteTengkiu