Showing posts with label mak. Show all posts

BERBOGEL & KELAPARAN DALAM BILIK GELAP

BERBOGEL & KELAPARAN DALAM BILIK GELAP. Jadi viral sejak semalam kes seorang kanak kanak 3 tahun di tinggalkan sendirian tak berpakaian di dalam bilik gelap dalam keadaan kesejukkan & kelaparan... Dengar cerita macam ni memang merentap hati ibu bapa yang lain walau berlaku kat anak orang sekalipun. Memang akan terasa marah, sedih & rasa nak tunjal2 kepala mak budak tu kot2 dengan cara tu sel sel otak dia kembali berhubung & dia boleh kembali berfikiran waras..


Sebab aku seorang ibu yang sangat risau nak tinggalkan anak aku sorang2 dalam rumah walau untuk 10 minit sekalipun memang aku tak boleh terima apapun alasan seorang ibu tinggalkan anak sekecil umur 3 tahun dengan alasan balik kampung nak jaga mak dia yang tengah sakit. Yang besar umur belasan tahu kau boleh angkut bawa balik.. Yang kecik 3 tahun kau tinggal. Watdehek??? Mak dia mental ok ke tidak?? Yang tu pun kena check juga sebab manusia yang waras tak buat benda tak masuk akal macam ni.

Tampin: “Saya panjat tingkap untuk masuk dan melihat budak itu terbaring atas lantai dalam keadaan bogel,” kata Mohd Dom Md Amin, 57, yang menemui kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditinggalkan sendirian dalam sebuah rumah di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, Gemencheh di sini, tengah malam tadi. Menurutnya, kanak-kanak itu berada dalam sebuah bilik gelap selepas dia bersama anggota polis membuat pemeriksaan pada 12.45 tengah malam.Katanya, sebelum itu jiran terdengar tangisan kanak-kanak dan memberitahunya membuatkan dia berasa curiga lalu membuat laporan di Balai Polis Air Kuning Selatan.
"Budak itu ditemui dalam keadaan kelaparan dan kesejukan. Saya memberinya makan roti, pisang dan minuman.
Pegawai perubatan yang tiba membersihkan badannya sebelum dibawa ke Hospital Tampin untuk rawatan.
"Kami tidak tahu kewujudan budak itu kerana ibunya tidak pernah membawanya keluar dari rumah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.
Difahamkan, ibu mangsa meninggalkan budak itu di rumah untuk pulang ke kampung di FELDA Jelai bersama dua lagi anak lelakinya berusia 13 dan 14 tahun, untuk menjaga ibu yang sakit.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Norhayati Omar berkata, mangsa akan diserahkan kepada datuknya untuk jagaan sementara selepas keluar hospital.
Beliau berkata, berdasarkan rawatan awal, mangsa tidak mempunyai kecederaan fizikal, namun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memantaunya sehingga kes selesai.
Beliau yang ditemui selepas melawat mangsa berkata, ibu mangsa adalah penerima bantuan RM300 sebulan dan bantuan itu akan dipindahkan kepada datuk yang akan menjaga mangsa selepas ini.
Sementara itu di Pasir Mas, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang menunggu laporan polis kes kanak-kanak tiga tahun yang ditinggalkan bersendirian di rumah di Tampin, Negeri Sembilan, sebelum tindakan lanjut diambil.
Datuk Azizah Mohd Dun berkata, kanak-kanak itu sudah dihantar ke Hospital Tampin untuk pemeriksaan kesihatan.
Beliau berkata, selepas laporan diterima, pihaknya akan mengambil tindakan lanjut, termasuk tindakan mahkamah terhadap ibu kanak-kanak itu.
“Kami akan menjaga kanak-kanak ini dengan sebaiknya melalui unit perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sementara menunggu siasatan.
"Kita akan mendapat perintah selanjutnya daripada mahkamah jika perkara berkenaan dapat dibuktikan.
"Kes akan disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001," katanya yang ditemui selepas membuat lawatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kedai Tanjong di sini, hari ini.

Melainkan dia ada niat memang tak nak bela & harap bila dia tinggalkan anak dia sorang diri tanpa makanan & pakaian anak dia boleh mati secara semulajadi dengan harapan dia tak di kaitkan dengan kes membunuh. Watdehek la kalau fikir macam tu. Walau anak kau masih hidup pun kau bakal di kenakan tindakkan undang2 apatah lagi kalau anak kau mati. Nasib baik la Allah tu maha penyayangkan.. dia gerakkan hati orang lain untuk pantau di sebalik tangisan budak tu. Maka dapat di selamatkan juga budak tu.

Tak tahu apa cerita di sebalik kelahiran budak tu sampai menurut jiran budak tu memang mak dia tak pernah bawa keluar & depa pun tak pernah tahu tentang budak tu. Kalau tak jadi perkara ni memang sampai sudah orang tak tahu kewujudan budak tu dalam rumah tu.

Apapun alasan.. tiada sebab untuk kita perjudikan keselamatan seorang anak tak kira kecil atau besar. Kau beranak pun sakit.. Alih2 dah bela bagi hidup sampai 3 tahun kau biar macam tu. Gamaknya kau terberanak sambil gelak2 kot tu ko tak rasa anak tu satu anugerah yang bukan semua orang mampu miliki. Kalau rasa tak mampu atau tak mahu.. banyak saluran kau boleh guna untuk menempatkan anak tu kat tempat yang selamat & lebih baik. Kalau tak reti sangat pun nak ikut saluran undang2 bagi ke anak kau kat sapa2 yang nak jadikan anak angkat. Kat malaysia ni beribu orang berharap dapat seorang anak walau hanya anak angkat... Jangan dah beranak kau sepah2 macam sampah.

TERGAMAK SEORANG IBU SEBARKAN DIARI ANAK DI MEDIA SOSIAL

TERGAMAK SEORANG IBU SEBARKAN DIARI ANAK DI MEDIA SOSIAL. Mak mak zaman media sosial ni kadang2 aku rasa ada orang terlampau open minded sampai tak boleh beza yang mana satu boleh di kongsi di media sosial & yang tak boleh. Masing2 gila nak jadi attention seeker katanya. Masing2 berharap apa yang depa share tu jadi viral sekaligus menaikkan rating populariti kat media sosial tu masing2 jadi bangang sampai sanggup mengaibkan anak anak sendiri.


Sebelum ni Viral kakak sepupu share diari adik sepupu dia.. Ni Aku ternampak satu viral si mak share diari anak dia yang menulis pasal 2 lelaki yang konon suka dia & tak tau nak pilih siapa. Tak salah mak bapak nak pantau diari anak2 yang masih kecil ni. Bukan apa takut ada perkara tak betul depa buat maybe boleh tahu dari penulisan diari tu tapi bagi aku tetap salah kalau kau menyebarkan perkara yang menjadi privacy anak kau pada orang yang tak sepatutnya. Apa ke bangang mak jenis macam tu kan??

Lepas orang dok komen kutuk2 anak dia yang kononnya kecik2 dah gatal. Spender mak beli lagi bla.. bla.. dot.. com. Boleh pulak tahan dia orang dok mencerca anak dia macam tu. Siap celaka bagai pun ada aku baca. Macam mana aku tak cakap mak budak ni bangang. Memang bangang pun apa yang dia buat. Kalau dia tak share benda ni tak jadi viral kot. Kalau aku.. Memang tak la sanggup nak biar orang cerca anak aku! Jangan sentuh bab anak aku.. Memang pantang sangat la.

Walau budak tu umur 10 tahun kau jangan ingat dia budak kecik yang tak ada rasa malu ok! 10 tahun ada budak perempuan yang dah akil baligh ok! Emosi kanak kanak perempuan dalam usia tu mungkin dah berbeza. Nak2 lagi zaman sekarang ni budak2 lebih advance.. So emosi, perasaan mereka dah lain dari budak2 zaman dulu. Benda tu boleh bagi tekanan emosi juga kalau kawan2 sekolah depa tahu. Apa ingat mustahil budak 10 tahun zaman sekarang ada account facebook. 7 tahun mak bapak dah belikan smartphone kalau 10 tahu dah expert la depa guna smartphone tu.

Memang la dalam usia 10 tahun tu rasanya belum sesuai nak terjebak dengan masalah hati soal cinta 3 segi macam tu.. Just kau tegur anak kau kat dalam bilik sudah la. Perlu ke kau rasa benda tu macam satu hiburan yang perlu di kongsikan dengan semua orang? Aku tak rasa mak dia nak menegah cuma mak budak ni rasa anak dia macam sweet sangat tulis macam tu.. Tu dia share dengan orang lain.

Yang kita semua perlu tahu tak kira berapa usia seorang manusia tu bila dia menulis sesuatu dalam diari nak2 lagi berkaitan dengan perasaan dia.. Ia ada peribadi yang dia tak mahu sesiapapun tahu. Bagi dia kalau benda tu orang tahu akan mengaibkan.. Bila tersebar macam tu benda tu memang akan bagi kesan pada emosi, pada rutin harian & mungkin menganggu kesihatan dia juga. Please la mak bapak.. Tak semua perkara kita boleh rasa lucu & boleh di buat bahan gurau nak2 lagi kat media sosial yang berkaitan anak atau keluarga kita. Jangan sampai anak kau yang 10 tahun tu bunuh diri baru kau nak rasa benda tu sangat kesan pada perasaan & emosi dia.

SELALU KENA SINDIR & EJEK SEBAB MAK FASIH CAKAP TAMIL

SELALU KENA SINDIR & EJEK SEBAB MAK FASIH CAKAP TAMIL. Aku dah pernah cerita mak aku seorang perempuan Melayu yang takde darah campuran india ke apa tapi sangat fasih berbahasa tamil. Memang ada kawan india aku dulu cakap macam aku cakap bahasa tamil fluent giler beb! Aku memang la tak tau mak aku fluent ke tidak sebab aku memang tak reti nak berkomunikasi dalam bahasa tamil malah takde seorang pun adik beradik aku yang pandai speaking Tamil. Mak aku ni sebab di besarkan di kawasan estate & banyak bergaul dengan orang india dari kecik. Dia pun ada family angkat di kalangan orang india. Jadi.. Secara tak sengaja dia terbelajar bahasa tamil sehingga fasih tapi mak aku tak pandai baca dalam tulisan tamil. Cuma tahu cakap jer.. Setakat tengok filem tamil memang tak payah susah2 nak baca subtitle la.


Dulu masa kecik.. malu jugak la kalau ada orang ejek2 atau sindir sebab mak aku pandai cakap tamil. Bila depa dengar mak aku berbual dengan kawan2 India dia kat mana2 tempat awam.. Atau kawan2 india dia datang rumah orang macam gelak2. Atau pandang sampai tak kelip mata nak2 lagi kat tempat awam. Aku rasa macam terhina sikit la. Padahal.. Apa nak hina. Cuma bahasa. Yelah.. dulu mentaliti mungkin cakap tamil macam low class.. speaking english atau cina tu high class sangat la tapi sekarang serius.. aku rasa bangga mak aku tahu lebih dari 1 bahasa. Setakat reti speaking tak rare sangat la sebab majoriti ramai orang melayu sekarang memang boleh speaking english termasuk la budak2 kecil. Sampai ada anak orang melayu tak reti cakap melayu tapi hanya tahu english je. Jadi takde apa nak di banggakan sebab english sekarang bukan bahasa yang susah nak belajar. Tapi kalau yang pandai cakap tamil.. cina atau bahasa2 lain selain english tu yang rare sebenarnya.

Bila tengok bangsa2 lain cakap bahasa bangsa lain kat video ni >> Bahasa2 Yang Mereka Gunakan Sangat Mengkagumkan << aku rasa depa patut interview mak aku sekali. Hahahaha.. Mak aku jugak kategori yang boleh bercakap lebih dari satu bahasa walau sekolah tak tinggi sampai ke puncak KLCC.

Moral of the story.. Setiap bangsa ada keunikkan bahasa dia tersendiri. Macam India kalau bercakap dorang ada gerak kepala tersendiri. Setiap gerakkan tu ada maksud tertentu. Tu keunikkan bangsa India & bahasanya. Jangan menghina bahasa atau bangsa sesiapa.. Islam tidak ajar kita merendah2 kan orang lain walaupun berlainan bangsa & agama.

P/S : Sehebat manapun kita tahu lebih dari satu bahasa tapi kita tak boleh lawan bahasa budak2 sekarang.. Depa guna bahasa dari planet. Bahasa Alien.. Aq nuck muckan hahahaha.. maafkan saya. saya tak arif bahasa alien. hehehe

BUKTI ORANG BANDAR RAMAI YANG MASIH KOLOT

BUKTI ORANG BANDAR RAMAI YANG MASIH KOLOT. Zaman sekarang ramai yang mengaku diri mereka urban walaupun tak urban mana pun. Tetiba pindah dok key el terus label depa tu dah kategori urban. Orang key el pun bukan semua jenis urban ada yang masih berpegang teguh pada ajaran agama & adat membuatkan ada yang nampak depa macam kolot. Yelah.. persepsi orang sekarang tak pandai bergaya, tak pandai gayakan anak dengan fesyen terkini & buat aktiviti2 macam orang 'bando' tu kategori kampung @ kolot.


Bila mentaliti kita dah set orang bandar mesti yang nampak trendy & hidup dengan gaya urban sampai kadang2 kita nampak yang jenis kolot tu semua datang dari kampung. Padahal ramai kot yang nampak hidup dengan gaya urban & nampak trendy tu datang dari kampung. Tak semestinya kena pindah duduk bandar baru gaya hidup berubah macam orang bandar. Zaman sekarang info di hujung jari. Apa yang takde kat kampung boleh jer dapat secara online walau hangpa duduk kat ceruk mana sekalipun. So, takde alasan orang kampung sekarang tak boleh ikut trend.

Sebab tu aku kata orang bandar ramai masih kolot bila masih ramai yang anggap kolot itu datang dari kampung. Orang bandar spesis macam tu nampak kolot  sebab sinonimkan orang kampung dengan kolot. Orang yang rasa semua orang kampung ni kolot bagi aku depa double kolot dari orang kampung sebab tak up to date tentang perkembangan orang2 kampung sekarang. Selain tu sekarang ni aku tengok ramai (bukan semua tapi banyak) orang bandar pulak yang percaya dengan bomoh, pawang bagai sampai sanggup cari BOMOH yang kebanyakkan mengamalkan amalan khurafat & syirik ke serata ceruk pendalaman asalkan hajat mereka tercapai dengan cara pantas. Orang2 ternama pun ramai yang suka guna khidmat bomoh ni. gaya hidup urban & trendy tak main la bomoh2 kan. Orang kolot je masih percaya dengan amalan2 kuno macam tu.

Tapi paling aku tak setuju yang kaitan orang yang berpegang teguh dengan ajaran agama tu kolot. Yelah.. cara mereka berpakaian kalau ikut syariat ni memang tak berapa fashionista la katanya tapi tak bermakna mereka dalam golongan kolot. kalau kata orang2 macam ni datang dari kampung maka aku bangga jugak la sebagai orang kampung. Terbukti orang baik2 banyak datang dari kampung hehehe.. Bukan aku kata tapi persepsi sesetengah orang yang kata macam tu walau spesis macam ni nampak golongan ni kolot tapi sebenarnya mereka sedang memberitahu orang lain yang alim2 banyak datang dari kampung.

Yang paling buat aku nak tergelak kadang2.. Ramai para ibu yang mengiktirafkan diri mereka urban mummy. Orang kata tetap trendy walau dah jadi mak mak. konon trendy & up to date padahal aku tengok dari perangai sampai ke gaya hidup takde nampak urban sangat pun. Ada jugak ciri2 kolot yang masih di amalkan. Setakat pakai legging ketat tu belum nampak trendy & urban lagi. Kalau betul yang rasa diri tu urban mummy sangat ada ke buat 5 perkara ni >> 5 Ciri ciri Ibu Yang Trendy & Up to date <<

Moral of the story.. Yang membezakan seseorang tu masih kolot atau sudah moden cuma satu. Cara berfikir & membuat keputusan. Tak guna dressing macam retis tapi berfikir mengalahkan orang zaman paleolitik. Tapi sekarang ramai jugak yang dressing macam orang zaman batu sebab banyak retis sekarang suka berfesyen macam orang zaman batu. hahahaha

BILA LAKI AKU BUKAN LAKI KAU..

Aku seorang ibu yang banyak halangan nak melakukan kebanyakkan aktiviti yang aku suka sebab status aku sebagai seorang isteri & ibu tapi aku tak labelkan dia sebagai halangan cuma aku anggap dia sebagai pengorbanan. Setiap hari aku cuba enjoy je dengan apa yang boleh aku buat & tak nak fikir sangat benda2 yang di luar kemampuan aku nak buat even benda tu mungkin satu ketika dulu aku suka sangat buat.

Ada orang kata alasan.. Orang lain ada anak pun boleh buat, tetiba kau baru ada sorang dah macam semua benda tak boleh buat. Kalau dah suka tu.. Takde alasan . Aku kadang2.. terasa sakit jugak dengan statement2 camni.. Satu dia compare kita dengan ibu2 lain.. sedangkan cara hidup & jalan hidup juga pasangan hidup kita adalah berbeza. So, kalau sipolan tu boleh buat.. Tak semestinya sipolan yang lain pun boleh buat benda yang sama. Contoh tengok wayang.. sejak ada anak aku memang tak pernah tengok wayang sebab anak aku tak boleh duduk diam  tengok je skrin pawagam tu. Nak2 lagi cerita dia tak minat.. Ada kawan2 aku yang ada anak kecik seusia anak aku, ok boleh bawak masuk panggung. Sangat behave.. boleh tengok cerita tanpa mengganggu orang lain. Anak dia dengan anak aku tak sama.. Sebab tu dia boleh buat benda yang aku tak boleh buat. Jadi aku tengok dvd seram jer.. lambat pun lambat la janji aku boleh tengok apa aku suka.

bab bersosial.. ada orang kata amboi dah kawen nak berkepit je dengan laki kalau nak kemana mana. Dah tak boleh jalan sendiri ke? Aku ni anak 3 rilex jer heret pi gathering, shopping, lepak mamak dengan member2 tak payah tunggu laki aku bawak. Tu laki kau.. bukan laki aku. Laki aku jenis overprotect. Tu aku akui... Nak2 lagi anak dia. Memang dia tak bagi aku dengan anak aku keluar tanpa dia. Anak dia pun tak bagi orang lain jaga sebab tu kami hanya pergi tempat2 yang boleh bawak budak. Yang tak boleh tu.. kalau setakat untuk kepuasan diri.. takde maknanya kami nak pergi kalau sampai kena bagi anak orang lain jaga even family aku sendiri @ family asben aku. Dan aku tak rasa pun benda tu satu kongkongan atau siksaan.. Sebab setiap hari aku sentiasa belajar untuk enjoy dengan apa yang aku boleh buat dalam hidup aku.

So, kat sini orang yang suka buat kesimpulan pada kehidupan orang lain kena paham.. Setiap orang ada kehidupan yang berbeza. Mungkin bahagia kita tak sama caranya.. tapi sama je rasanya. Aku happy dengan life aku... kenapa pulak kau yang rasa tersiksa, kan?? kekekekeke. Dan kena ingat benda ni.. anak aku bukan anak kau jadi perangai mereka mustahil sama.. Dan laki aku bukan laki kau, jadi banyak perkara akan berbeza dalam kehidupan kita. Even laki kita sama pun belum tentu kehidupan kita akan jadi sama jugak. Sebab tu tak semua perkara kau boleh buat, orang lain jugak boleh buat. Ada paham?? hehehehehe Peace!

Contoh drama selamat pengantin madu ni.. even bersuamikan orang yang sama tapi kehidupan mereka tetap berbeza sebab suami dia terpaksa jadi orang yang berbeza nak tangani isteri2 yang berbeza perangai.

P/S : Entri ni sekadar pendapat & pandangan aku tak merujuk kepada mana2 pihak.. Tapi percayalah perkara ni memang berlaku dalam kehidupan kita. Memang ada manusia suka compare kehidupan dia dengan kehidupan orang lain. Kalau semua sama.. kita hidup macam pakai uniform je la.. takde apa yang berbeza. 

** Sejujurnya entri ni terilham dari satu entri blogger tapi bukan aku point dia cuma aku dapat idea nak buat entri ni dari komen2 yang terdapat dalam entri tu. Pun tak merujuk pada pengomen di situ la.. Lebih kepada apa yang berlaku di sekeliling aku. Cuma ilham datang dari situ buat aku teringat something untuk tulis entri ni**


HARUSKAH JADIKAN IBUBAPA YANG DAH TUA SEBAGAI PENGASUH ANAK KECIL KITA?

Bila dah jadi mak orang kita tahu bukan benda mudah nak jaga anak nak2 3 ke 4 bulan pertama tu. Bagi aku la dari lahir hingga nak masuk 4 bulan adalah saat2 menduga. Mungkin sesetengah budak senang nak jaga.. senang pun tak sesenang mana jugak la kan. still kena bangun tengah malam setiap sejam atau dua jam sekali bagi susu. Tu kalau jenis tak meragam tengah malam.. macam anak aku ni dari lahir hingga ke nak masuk 4 bulan.. start tengah malam je menangis sampai dekat subuh. 2 bulan dalam pantang mak datang jaga.. so bergilir2 la kami bertiga bangun untuk jaga budak tu.. masuk bulan ke 3 & 4 tinggal aku dengan asben jer... Macam separuh gila jugak la. Terpaksa bawak naik kereta tengah2 malam.. sebab dalam kereta je dia diam & tido.

Tu kisah anak aku yang sekarang dah 2 tahun setengah.. Dah tak banyak meragam cuma lasak je la. Tido malam pun dah tak payah bangun buat susu... dia bangun pukul 10 pagi je baru minum susu. Dah besar ni letih menjaga cara budak besar. Melasak tak hingat punya. Kena selalu perhatikan. Takut dia main bukan2. Aku pulak jenis memang tak berani ambil risiko even anak aku boleh main sorang2 pun. Aku mesti sentiasa tengok aktiviti dia. Jangan harap la aku nak tidur time anak aku masih aktif. Aku hanya akan tidur time dia dah tidur.

Ni la wajah anak aku yang lasak

Tak mudah nak jaga anak walau baru sorang.. Apatah lagi kalau berorang2 ni. Tapi tu la kuasa seorang ibu.. orang akan nampak macam senang jer perjalanan dia.  Ibu memang boleh buat walau payah demi anak. Tu keajaiban seorang ibu. Tapi bila ibu sudah tua.. anak dah besar2.. dah berkahwin & kemudian dah beranak pinak. haruskah kita sebagai anak menyusahkan lagi Ibu kita untuk jaga anak2 kita pulak.

Masih ada lagi anak yang jadikan mak dorang sebagai pengasuh anak dorang. Nak2 lagi yang jenis hantar balik kampung.. seminggu atau sebulan sekali je jenguk. Terfikir jugak aku.. macam mana dia boleh tidur lena tiap2 malam sedangkan mak dia yang tua tu terpaksa bangun tiga empat atau lima kali tengah malam.. buat susu.. pujuk baby nangis atau tukar lampin?? Takde pilihan lainkah selain mereka untuk kita jadikan pengasuh anak kita sedangkan masa kecik dorang tak tidur lena jaga kita dah tua sepatutnya masa rehat dorang dari bergelumang kencing berak anak kecik ni terpaksa ambil lagi tanggungjawab tu.

Aku boleh terima kalau jenis orang tua yang berkeras nak jaga cucu dia sendiri sebab terlalu sayang atau terlalu excited dapat cucu.. tu kita tak boleh nak buat apa atas kemahuan mereka sendiri tapi kena tengok jugak keupayaan dorang nak buat kerja tu. Kalau masih mampu takpe la bagi sebab dorang yang nak. Kang tak bagi merajuk kecik hati bagai pulak. Tapi aku cuma tak paham jenis anak yang tanpa di minta mak bapak dia.. dorang sendiri yang minta tolong jagakan. Kadang2 mak bapak ni nak tolak tak sampai hati..  dalam terpaksa terima jugak la takut anak menantu merajuk. Atau yang lebih teruk jenis paksa mak bapak dia jaga anak dia.

Betul.. sekarang ni nak hantar taska atau pengasuh persendirian atau ambil orang gaji sangat2 berisiko tapi bukan itu alasan kita menghempap tanggungjawab tu kepada mak bapak kita yang dah tua. Selagi ada jalan lain jangan la susahkan mereka. Aku pilih untuk jadi surirumah sebab satu aku tak percayakan siapa2 untuk jagakan anak aku.. walau ramai yang suggest suruh bagi mertua jaga sebab mertua aku la paling dekat dengan aku kat sini tapi tak sampai hati. Macam aku cakap dalam usia dorang tu.. bukan masa bergelumang dengan kencing berak budak kecik.. Aku bukan orang kaya. Duduk pun menyewa lagi.. rumah pun apartment jenis lama dengan kadar sewa yang tak berapa mahal. Itu je kemampuan aku sekarang.. tapi cukup la untuk kami 3 beranak setakat ni. Tak perlu nak meminta2 pada orang. Allah bagi rezeki yang mencukupi walau tak mewah. Yang paling penting aku boleh jaga anak aku sendiri tanpa menyusahkan sesiapa.

Untuk apa rumah besar.. Gaji besar.. tapi anak sorang pun tak mampu nak jaga. Biarlah hidup sederhana asalkan setiap detik perkembangan anak tu kita dapat tengok setiap masa. Walau suami perlu keluar kerja kadang petang.. kadang malam baru sampai rumah. At least balik rumah dapat dia tengok anak & main2 dengan anak walau sekejab. Mujur laki aku jenis taknak berpisah dengan anak dia dari sejak lahir lagi. So, dia pun macam aku tak rela bagi sapa2 jaga nak2 lagi kalau terpaksa berjauhan.Bukan nak cakap diri bagus.. masa aku dalam pantang haritu.. nak jadikan cerita washing machine rosak sementara nak beli washing machine baru. Aku berus baju aku & laki aku sendiri walau mak aku offer nak tolong. Aku cuma bagi mak aku basuh baju anak aku je, sebab aku tak sampai hati.Mak aku dari kampung datang jaga aku dalam pantang tu pun dah terlalu besar pengorbanan dia. Memang masa budak2 & bujang dulu mak aku selalu bebel bila malas nak tolong dia buat kerja rumah tapi bila dah kawen & jadi mak orang.. aku lebih matang bersama usia untuk tahu kesiankan mak aku sendiri.

Jadi pada anak2 di luar sana yang dah berkeluarga.. Jangan demi kepentingan sendiri tanpa sedar kita menjadikan ibu bapa kita sebagai hamba. Biarlah dalam usia emas dorang.. dorang dapat berehat & beribadah dengan selesa tanpa perlu terkejar2 buat sesuatu & terhalang buat sesuatu kerana kita galaskan mereka tanggungjawab menjaga anak kita. Kita mungkin dulu tak sebaik mana.. banyak susahkan mak bapak macam aku ni tapi tak selamanya kita harus jadi beban kat dorang, kan??

P/S : Entri ni terilham sebab pagi tadi aku & asben terbincang topik ni sebab masa aku pergi salon potong rambut, tokei salon tu tanya aku taknak kerja lagi ke? aku cakap aku tak percaya nak bagi anak aku orang jaga. Dia kata la bagi mertua la.. sebab mertua dekat dengan aku. Dia dulu pun mak dia jaga anak2 dia. Aku cakap.. mertua pun dah tua (even mertua aku masih kuat & baru umur 50tahun). Walau tak tua sangat.. tapi tu bukan alasan aku nak menyusahkan dia. Jadi hope takde yang terasa tak tentu pasal yer. Entri ni just pandangan peribadi aku je



KAU BUKAN RATU TAPI SYURGA KU

Tadi dok jenjalan kat FB jumpa satu status yang di buat dari gambar bekal makan seseorang yang di masak oleh mak dia sendiri. Hati tetiba tersentuh. Tersentuh sangat bila terkenang Mak. Terkenang pengorbanan mak selama membesarkan anak. Terkenang bila kita pernah termarah, termerajuk & tersusahkan mak.

Tuan punya gambar pinjam jab yer

Bila tengok gambar bekalan yang mak dia bekalkan teringat sang lekit 1 kisah dimana kali pertama sang lekit kerja sebagai kerani Am kat salah satu kilang kecik di kedah dulu. Kat kilang tu takde kantin.. Ada gerai makan tapi jauh jugak nak menapak dengan takde transport. Baru kerja nak tumpang orang malu pula. Jadi mak la yang akan masak & hantar makan tengahari kat sang lekit hari2 sementara sang lekit nak biasa dengan tempat kerja tu & mesra dengan kawan2 kat situ. Hari2 mak masak, datang naik bas tinggal makanan kat pondok pengawal. Mak sang lekit tak pandai drive.. jangankan kereta, basikal pun dia tak pandai bawak.

Mak saya

Dulu kecik2 mak susah.. masa dia kecik mak dia (arwah nenek) dah pergi menyahut panggilan Ilahi jadi dia terpaksa pikul tanggungjawab membesarkan adik2 dia sehingga masa depan dia sendiri tercicir. Mak sang lekit bukan anak sulung ada abang & kakak tapi nak buat macam mana yang lain lebih selesa jaga diri sendiri dari pikul tanggungjawab tu. Alhamdulillah dari jasa yang di pandang kecil oleh adik2 yang pernah di besarkan tu.. semuanya berjaya. Takde seorang pun nak kemana2 pakai transport awam. Semua mampu beli kereta besar2.. Berkerjaya. Memang adik2 perempuan mak kebanyakkan jadi cikgu (maksu & makcik) & adik lelaki mak sekarang dah pegang jawatan pegawai kerajaan. Jadi takde la yang susah... Cuma mak je tercicir dari semua perkara termasuklah tak sempat nak belajar kayuh basikal pun.

Bila mak ada anak.. dia tetap mempratikkan benda yang sama. Sesusah manapun dia tapi pelajaran anak2 dia tak pernah abaikan. Setinggi mana pun nak belajar dia akan cuba usahakan. Cuma terpulang pada anak2 je.. anak nakal macam sang lekit ni, bukan salah mak tak bagi peluang belajar tinggi tapi salah sendiri yang tak bersungguh. Kakak & adik Alhamdulillah berjaya juga jejak kaki ke IPT. Sang lekit pun dulu nak masuk kolej cap ayam, mak la paling banyak bagi sokongan dari segala sudut walau arwah ayah dah macam putus harapan sebab salah sang lekit juga yang buat dia hilang kepercayaan pada sang lekit tapi mak.. Tak pernah ada kata "Peluang terakhir untuk anak - anaknya". Dia sentiasa percaya dengan memberi peluang akan mengubah anak2 dia untuk jadi lebih baik.

Bila terkenang kadang2 kita ada rasa tak puas hati dengan mak, kita termarah dia.. terkasar dengan dia.. menyakitkan hati dia betapa berdosanya sang lekit. Mak juga manusia yang tidak sempurna jadi dia juga akan melakukan kesilapan tapi sebagai anak.. Tak sepatutnya kita menyakitkan hati mak. Walaupun macam tu mak sentiasa memaafkan walau hati dia sakit dengan perbuatan @ kata2 seorang anak.

Biarpun mak budak ni kejam tapi tetap syurga dia di bawak tapak kaki ibunya

Bila dah jadi Mak.. sang lekit faham. Untuk menjaga seorang anak pun tak mudah apatah lagi Mak yang menjaga 6 orang anak perempuan di masa yang sama dia juga perlu bekerja walau dia hanya operator pengeluaran di kilang dulu. Mak dah lama pencen tak kerja. Tapi pengorbanan dia dulu.. cukup besar tak kira untuk adik2 dia atau anak2 dia. Sekarang tiba masa mak menikmati hidupnya dengan selesa walau Tuhan lebih sayangkan arwah ayah. Bila mak cakap sunyi.. hati kecik ni mesti tersentuh. Sepatutnya dia menikmati kehidupannya dengan selesa dengan arwah ayah selepas berpenat lelah membesarkan anak. Teman baiknya dah takde. Sayu hati..............

P/S : Selamat Hari Ibu buat Mak.. & diri sendiri jugak. Bila la lala nak boleh cakap "Selamat hari ibu kat mummy". Tunggguuuuuuuuuuuuuuuuuu!

Anak saya yang sweet like mommynya. kekekeke

Belum terlambat bagi anda untuk memberi sesuatu pada Ibu. Klik banner ni manalah tau ada gift cantik boleh di beri pada ibu2 tercinta

BUAT WANITA TERHEBAT

Tiada kata yang mampu untuk di gambarkan namun ada satu lagu yang cukup buat sang lekit tersentuh bila dengar. Secara automatik kalau dengar lagu ni mesti teringat kat mak.. Liriknya memang cukup - cukup indah bagi sang lekit..

Khas bersempena hari ibu Sang Lekit nak tujukan lagu ni pada Mak sebagai penganti ucapan dan luahan kasih sayang sang lekit padanya. Khas buat Mak...

Can this be true?
Tell me, can this be real?
How can I put into words what I feel?
My life was complete
I thought I was whole
Why do I feel like I'm losing control?
I never thought that love could feel like this
and you've changed my world with just one kiss.
How can it be that right here with me
there's an angel?
It's a miracle...

Your love is like a river
Peaceful and deep
Your soul is like a secret
That I never could keep
When I look into your eyes
I know that it's true
God must have spent...
A little more time
On you...
(A little more time, yes he did baby)


In all of creation
All things great and small
You are the one that surpasses them all
More precious than
Any diamond or pearl
They broke the mold
When you came in this world
And I'm trying hard to figure out
Just how I ever did without
The warmth of your smile
The heart of a child
That's deep inside
Leaves me purified
 

Your love is like a river
Peaceful and deep (and deep)
Your soul is like a secret
That I never could keep
When I look into your eyes
I know that it's true
God must have spent...
A little more time
On you...



Buat semua ibu - ibu, bakal ibu atau bekas ibu selamat hari ibu. Sesungguhnya menjadi seorang ibu adalah sesuatu yang terhebat bagi seorang wanita.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com