HARUSKAH JADIKAN IBUBAPA YANG DAH TUA SEBAGAI PENGASUH ANAK KECIL KITA?

2/22/2014 01:18:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Bila dah jadi mak orang kita tahu bukan benda mudah nak jaga anak nak2 3 ke 4 bulan pertama tu. Bagi aku la dari lahir hingga nak masuk 4 bulan adalah saat2 menduga. Mungkin sesetengah budak senang nak jaga.. senang pun tak sesenang mana jugak la kan. still kena bangun tengah malam setiap sejam atau dua jam sekali bagi susu. Tu kalau jenis tak meragam tengah malam.. macam anak aku ni dari lahir hingga ke nak masuk 4 bulan.. start tengah malam je menangis sampai dekat subuh. 2 bulan dalam pantang mak datang jaga.. so bergilir2 la kami bertiga bangun untuk jaga budak tu.. masuk bulan ke 3 & 4 tinggal aku dengan asben jer... Macam separuh gila jugak la. Terpaksa bawak naik kereta tengah2 malam.. sebab dalam kereta je dia diam & tido.

Tu kisah anak aku yang sekarang dah 2 tahun setengah.. Dah tak banyak meragam cuma lasak je la. Tido malam pun dah tak payah bangun buat susu... dia bangun pukul 10 pagi je baru minum susu. Dah besar ni letih menjaga cara budak besar. Melasak tak hingat punya. Kena selalu perhatikan. Takut dia main bukan2. Aku pulak jenis memang tak berani ambil risiko even anak aku boleh main sorang2 pun. Aku mesti sentiasa tengok aktiviti dia. Jangan harap la aku nak tidur time anak aku masih aktif. Aku hanya akan tidur time dia dah tidur.

Ni la wajah anak aku yang lasak

Tak mudah nak jaga anak walau baru sorang.. Apatah lagi kalau berorang2 ni. Tapi tu la kuasa seorang ibu.. orang akan nampak macam senang jer perjalanan dia.  Ibu memang boleh buat walau payah demi anak. Tu keajaiban seorang ibu. Tapi bila ibu sudah tua.. anak dah besar2.. dah berkahwin & kemudian dah beranak pinak. haruskah kita sebagai anak menyusahkan lagi Ibu kita untuk jaga anak2 kita pulak.

Masih ada lagi anak yang jadikan mak dorang sebagai pengasuh anak dorang. Nak2 lagi yang jenis hantar balik kampung.. seminggu atau sebulan sekali je jenguk. Terfikir jugak aku.. macam mana dia boleh tidur lena tiap2 malam sedangkan mak dia yang tua tu terpaksa bangun tiga empat atau lima kali tengah malam.. buat susu.. pujuk baby nangis atau tukar lampin?? Takde pilihan lainkah selain mereka untuk kita jadikan pengasuh anak kita sedangkan masa kecik dorang tak tidur lena jaga kita dah tua sepatutnya masa rehat dorang dari bergelumang kencing berak anak kecik ni terpaksa ambil lagi tanggungjawab tu.

Aku boleh terima kalau jenis orang tua yang berkeras nak jaga cucu dia sendiri sebab terlalu sayang atau terlalu excited dapat cucu.. tu kita tak boleh nak buat apa atas kemahuan mereka sendiri tapi kena tengok jugak keupayaan dorang nak buat kerja tu. Kalau masih mampu takpe la bagi sebab dorang yang nak. Kang tak bagi merajuk kecik hati bagai pulak. Tapi aku cuma tak paham jenis anak yang tanpa di minta mak bapak dia.. dorang sendiri yang minta tolong jagakan. Kadang2 mak bapak ni nak tolak tak sampai hati..  dalam terpaksa terima jugak la takut anak menantu merajuk. Atau yang lebih teruk jenis paksa mak bapak dia jaga anak dia.

Betul.. sekarang ni nak hantar taska atau pengasuh persendirian atau ambil orang gaji sangat2 berisiko tapi bukan itu alasan kita menghempap tanggungjawab tu kepada mak bapak kita yang dah tua. Selagi ada jalan lain jangan la susahkan mereka. Aku pilih untuk jadi surirumah sebab satu aku tak percayakan siapa2 untuk jagakan anak aku.. walau ramai yang suggest suruh bagi mertua jaga sebab mertua aku la paling dekat dengan aku kat sini tapi tak sampai hati. Macam aku cakap dalam usia dorang tu.. bukan masa bergelumang dengan kencing berak budak kecik.. Aku bukan orang kaya. Duduk pun menyewa lagi.. rumah pun apartment jenis lama dengan kadar sewa yang tak berapa mahal. Itu je kemampuan aku sekarang.. tapi cukup la untuk kami 3 beranak setakat ni. Tak perlu nak meminta2 pada orang. Allah bagi rezeki yang mencukupi walau tak mewah. Yang paling penting aku boleh jaga anak aku sendiri tanpa menyusahkan sesiapa.

Untuk apa rumah besar.. Gaji besar.. tapi anak sorang pun tak mampu nak jaga. Biarlah hidup sederhana asalkan setiap detik perkembangan anak tu kita dapat tengok setiap masa. Walau suami perlu keluar kerja kadang petang.. kadang malam baru sampai rumah. At least balik rumah dapat dia tengok anak & main2 dengan anak walau sekejab. Mujur laki aku jenis taknak berpisah dengan anak dia dari sejak lahir lagi. So, dia pun macam aku tak rela bagi sapa2 jaga nak2 lagi kalau terpaksa berjauhan.Bukan nak cakap diri bagus.. masa aku dalam pantang haritu.. nak jadikan cerita washing machine rosak sementara nak beli washing machine baru. Aku berus baju aku & laki aku sendiri walau mak aku offer nak tolong. Aku cuma bagi mak aku basuh baju anak aku je, sebab aku tak sampai hati.Mak aku dari kampung datang jaga aku dalam pantang tu pun dah terlalu besar pengorbanan dia. Memang masa budak2 & bujang dulu mak aku selalu bebel bila malas nak tolong dia buat kerja rumah tapi bila dah kawen & jadi mak orang.. aku lebih matang bersama usia untuk tahu kesiankan mak aku sendiri.

Jadi pada anak2 di luar sana yang dah berkeluarga.. Jangan demi kepentingan sendiri tanpa sedar kita menjadikan ibu bapa kita sebagai hamba. Biarlah dalam usia emas dorang.. dorang dapat berehat & beribadah dengan selesa tanpa perlu terkejar2 buat sesuatu & terhalang buat sesuatu kerana kita galaskan mereka tanggungjawab menjaga anak kita. Kita mungkin dulu tak sebaik mana.. banyak susahkan mak bapak macam aku ni tapi tak selamanya kita harus jadi beban kat dorang, kan??

P/S : Entri ni terilham sebab pagi tadi aku & asben terbincang topik ni sebab masa aku pergi salon potong rambut, tokei salon tu tanya aku taknak kerja lagi ke? aku cakap aku tak percaya nak bagi anak aku orang jaga. Dia kata la bagi mertua la.. sebab mertua dekat dengan aku. Dia dulu pun mak dia jaga anak2 dia. Aku cakap.. mertua pun dah tua (even mertua aku masih kuat & baru umur 50tahun). Walau tak tua sangat.. tapi tu bukan alasan aku nak menyusahkan dia. Jadi hope takde yang terasa tak tentu pasal yer. Entri ni just pandangan peribadi aku je


8 comments:

  1. dah lama tak nampak muka lala, comel
    budak usia gitu memang tengak melasak kan cik lekit
    saya pun pening dengan anak dara sorang ni, si abang tak ada pula gitu
    tapi malam dia tidur senyap tak macam abang dia dulu, terbalik =)

    emm, masing-masing ada pendapat sendiri cik lekit
    kadang mungkin tak dapat elak. saya pun mak jaga anak-anak
    saya dah berniat nak berhenti kerja tapi mak dan abah bergantung
    dengan pendapatan yang saya berikan
    kalau saya tak hantar anak, diorang tak ada pendapatan

    saya postpone sebab tak sampai hati
    tapi anak-anak saya tak pernah tinggal tanpa sebab munasabah
    ke mana pergi kecuali bekerja, saya angkut sama
    saya juga tak mahu menyusahkan sebab kehidupan ni macam circle
    suatu hari ia akan berbalik pada kita

    emm, tiba-tiba membebel panjang dekat blog cik lekit ni
    jangan marah ye =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe la sebab permintaan orang tua.. yang saya point ni jenis anak yg jadikan mak bapak pengasuh kadang2 tanpa kerelaan & kemampuan orang tua mereka sendiri. saya ada sedara yang macam tu. sanggup ambil mak dari kampung semata2 untuk jadi pengasuh anak2 dia walhal dua2 pun berkerjaya & berpendapatan tinggi..

      Delete
  2. omeinye dak lala..

    tu salah satu sebab saya ikut jejak mummy suria..jdk SRT..hik3..

    ReplyDelete
  3. salam mami lala..
    ya..setuju! kdg tu sedih tgk orang tua yg dah tak larat, disuruh pulak jaga cucu yg melasak..kesian sgt..

    mcm cma,cucu yg sulung. MIL berkeras nk jaga, pernah sampai bertegang urat dgn SIL & MIL sbb cma xbg MIL jaga..nak taknak kena hantar jgk sorang..walaupun MIL skrg tak beberapa sihat..katanya hilang sakit tgk cucu.. itu pun cma antar adik je.. yg kakak ke pengasuh.. alhamdulillah..pengasuh pun jenis mengasuh bby..bukan mengasuh duit..

    inilah pengorbanan yg terpaksa dilakukan ibu2 yg bekerja.. teringin nk jadi fulltime housewife, tapi buat masa ni redha mencari perbelanjaan bersama.. huhuhu

    ReplyDelete
  4. Salam ....nk komen sikit je......hargai la org tua kita selagi ada hayat diorang tuu.....kasi la diorang rest dh la jaga kita dr kecik smpi besar anak kita pun nk suruh diorang jaga ke....tak rasa bersalah keerr????

    ReplyDelete
  5. Pasti ramai yg menghantar anak kepada ibu & mertua mereka sebagai pengasuh tak suka kamu suria lekatlekit. Nenek yg menjaga cucu mereka pun tak suka kamu. Anak cucu mereka meluat kamu. Suami mereka juga menghina kamu. Kamu melangkah kearah kebodohan, penakut..tak berani terima cabaran, lembab, pemalas, tidak berharta., duit mana ??..Berkerjaya masuk ribu-ribu setiap bulan banding kamu apa ada??? Puji diri seperti bagus. Kamu diangap mak sibuk. Peduli apa mereka kamu jadi surirumah jaga anak. Dato' Dr. Mashitah Ibrahim,Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz,Tan Sri Rafidah Aziz dlln. jauh Tarafnya dari kamu. Caci maki, hinaan kamu di blog kamu panjang dosa kamu dan ada doa buruk untuk kamu. Kawan2 aku sindir kamu "Kasihanlah pula kat Suria Lekatlekit" tapi aku tak kasihan pun ha..ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramainya benci saya.. hahahaha.. ok kirim salam kat kawan2 yang bersimpati dengan saya tu. Free2 jemput la singgah blog saya. rajin clik la iklan2.. manatau boleh membantu saya menjana pendapatan. Almaklumlah kerjaya saya cuma blogger jer.. hehehehe

      Delete
  6. Kalau satu hari nanti teman ada anak.. teman pun takkan hantar anak pada mak n abah atau mertua untuk jaga anak teman.. harap teman dapat kotakan kata teman ini.. sebab teman tahu macam mana penatnya menjaga budak2.. tambah2 kalau mak abah or mertua tu dah tak berapa sihat, takkan kita masih nak membebankan diorang.. diorang kena jaga diri diorang sendiri, kena jaga kesihatan diorang sendiri.. itu sepatutnya yang ibubapa kita lakukan dalam umur yang lanjut.. jangan kita pula nak membebankan diorang.. kadang diorang cakap je OK jaga anak kita, tapi yang sebenarnya.. badan diorang dah tak mampu nak menghadapi kepenatan yang diorang pernah alami selama membesarkan anak2 dia.. takkan nak sambung lagi kepenatan tu untuk membesarkan cucu pulak?? Teman setuju dengan entri Suria ni.. bagi yang tak setuju tu.. maybe korang tak pernah fikir kepenatan mak atau abah korang menjaga anak korang.. mungkin korang taktahu.. sebenarnya diorang mengadu pada anak2 yang lain tentang keletihan diorang.. cubalah fahami mak ayah korang sebelum hantar anak korang pada mak ayah..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com