Showing posts with label perkara yang buat tulang rusuk perempuan bergetar. Show all posts

TERBONGKAR PERKARA YANG BUAT TULANG RUSUK PEREMPUAN BERGETAR

TERBONGKAR PERKARA YANG BUAT TULANG RUSUK PEREMPUAN BERGETAR. Kalau lelaki tengok perempuan cantik, perempuan seksi katanya bergetar tulang rusuk. Punya nak gambarkan betapa seraut wajah itu menarik bagai magnet ke hati mereka. Tapi kalau perempuan tetiba bergetar tulang rusuk.. Lelaki jangan perasaan hokay! lelaki kacak, menawan,sado bagai belum mampu mengetarkan tulang rusuk seorang perempuan sebenarnya. mesti kaum lelaki rasa tercabar, kan? hahahaha


Perempuan.. memang lebih setia berbanding lelaki tapi statement ni bukan la aku nak bagitau yang semua perempuan memang seorang yang setia tapi kalau survey kaum perempuan lebih banyak yang setia. Tapi setianya seorang perempuan kadang2 tergugat jugak dengan satu ni.. Kalau dia nampak mesti bergetar tulang rusuk katanya.

Semalam aku pun cuba jugak test asben aku.. Bila sampai kat satu tempat ni walaupun sebenarnya lalu depan dia jer bukan singgah. Aku pun cakap la.. Bergetar tulang rusuk tengok. Ni yang rasa tak kuat iman ni. Laki aku jawab simple jer.. " Ada kanser la tu" hahaha.. hokay2 aku paham dia malas nak layan nanti kena singgah katanya. Lagipun sebelum tu memang dah singgah kat tempat lain. Kalau singgah lagi memang keluar lagi la..

Jadi kesimpulannya.. Memang lelaki hensome bukan sesuatu yang buat kaum perempuan bergetar tulang rusuk tapi Mall. hahaha. Menggigil rasa kalau tak singgah. Boleh rindu seminggu.. sementara nak tunggu weekend. Aku antara perempuan yang macam tu. Aku memang lebih suka shopping kat supermarket, mall dari online shopping. Kalau masuk tu rasa bersalah pulak keluar dengan tangan kosong. tapi nasib baik aku rasa aku jenis undercontrol lagi kalau bershopping. Aku tak berapa beli benda yang bukan2 sangat walau aku pun kategori suka membeli.

Moral of the story.. Perempuan cukup dengan seorang lelaki tapi takkan cukup dengan satu mall je dalam hidup dia. hehehehe. Mungkin sebab tu jugak lelaki lebih suka single dengan alasan ni >> 19 Alasan Kenapa Orang Pilih Hidup Single << Walhal sebenarnya mereka tak sanggup bermadu dengan mall. hahahaha

Amaran : Ini cuma entri santai bukan dari kajian dari mana2 pakar. Tidak merujuk kepada semua wanita tapi kebanyakkan perempuan memang macam ni.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com