Showing posts with label share. Show all posts

DATO SERI VIDA SAHKAN CONTEST SHARE POST BEG LV ADALAH PALSU

DATO SERI VIDA SAHKAN CONTEST SHARE POST BEG LV ADALAH PALSU. Penuh Timelines Fb aku pagi tadi orang dok share pasal contest share & win yang kononnya di anjurkan oleh Pengasas produk kesihatan & kecantikkan paling kontroversi DS Vida. Sapa tak nak kalau dah offer beg LV. Kononnya dah lama beli tak pakai so nak bagi la kepada mereka yang bertuah share post tu. Beg tu tak silap aku mahal. Ribu Riban jugak.. erkk.. aku pun tak tau sangat harga beg2 branded ni. Almaklum la aku kan golongan kebanyakkan je mana mampu pakai beg mahal2 macam tu. Beg aku pakai sekarang pun beli kat lazada jer. hehehe


Penuh la kaum wanita share post tu dengan harapan manalah tau tuah dapat Beg LV. Mujur la aku ni tak berapa minat sangat dengan handbag bagai. Aku cukup dengan 1 handbag pun dah ok. Sebab aku tak suka nak tukar2 beg tiap kali nak keluar sebab confirm ada barang tertinggal nanti. Almaklum la.. Remaja lanjut usia ni tak boleh berpisah dengan penyakit lupa katanya.

Paling kesian sampai sekarang masih ada yang dok share post contest share & Win Bag LV tu walau DS Vida dah keluarkan kenyataan melalui account media sosial dia bahawa bukan dia yang anjurkan contest tu. Account tu account palsu yang menggunakan nama dia. Maybe nak menaikkan rating page la kot. Almaklum la fanpage sekarang memang ada harga. Kumpul likers banyak2 kemudian jual. So, orang sanggup buat apa sahaja nak menaikkan jumlah like & rating.


Pada yang masih berharapan nak menang beg LV pun cukup la. Kembali ke alam nyata. Kalau teringin sangat menabung la dari sekarang Insya Allah, ada rezeki korang boleh beli sendiri. Tak payah hadap sangat tuah tuah ni. Guna kudrat yang ada untuk memiliki sesuatu yang kita ingini. Betul.. tak salah mencuba tapi jangan sampai orang ambil kesempatan atas keinginan kita yang melampaui kemampuan tu.

Sesapa yang dah share mohon delete post tu. Jangan support si penipu ok! Contest tu memang terang terang menipu tapi yang ni Confirm tak tipu. Tak payah share & win korang boleh dapat free chicken Nando's. Macam mana nak dapat meh tengok kat sini >> Free Chicken Nando's untuk Anda. Jemput la Ambil << dari dok kejar sangat beg LV tu bukan kenyang pun. hahaha

Moral of the story.. pada penipu macam tu bawak2 la insaf. hasil menipu ni bukan berkat mana pun. Tak boleh buat harta pun. Carilah sumber rezeki yang halal.

INDIVIDU LIKE,SHARE & RETWEET BERITA PALSU BAKAL DI DAKWA

INDIVIDU LIKE,SHARE & RETWEET BERITA PALSU BAKAL DI DAKWA. Tu dia.. kaki2 like,share & retweet berita tak sahih tu mohon kurangkan hobi suka share cerita atau berita yang tak tahu hujung pangkal. Jangan rasa ada sensasi, kontroversi, hot & spicy jer tak nak terlepas nak jadi orang yang memviralkan.


Nasib baik aku tak berapa ada penyakit ketagih nak share semua cerita yang tersebar di media sosial termasuk viral pasal gadis kena culik. Sebab kebanyakkan berakhir dengan lari ikut boyfriend. Sakit hati mak ni nak!! Jadi kebanyakkan viral di media sosial aku baca & biarkan ia berlalu selagi tak ada kenyataan rasmi dari pihak berkuasa yang mengesahkan berita tersebut. Perkara perkara macam ni kalau kita jadi penyumbang kepada penyebaran boleh mengundang panik di kalangan orang awam. Sapa tak risau bila baca berita culik bagai..

Jadi ada baiknya jugak yang like,share & retweet berita atau cerita palsu di dakwa untuk mengurangkan spesis kaki share ni berleluasa di media sosial. Tapi harus la tengok tahap serius sesuatu khabar tu.. Alah setakat benda2 kecik tu pun nak angkut semua naik mahkamah, tak cuti tuan hakim & lawyer nanti. Kes2 yang mampu mengugat keamanan & keharmonian tu aku setuju jugak di kenakan tindakkan undang undang supaya orang tak berani nak viralkan berita yang tak sahih yang boleh mengundang pergaduhan. Sebab yang mencetuskan kadang2 sorang jer tapi yang menyebarkan ni memberi kesan & pengaruh pada orang lain. Jadi yang tukang like,share & retweet jugak salah satu punca masalah yang serius berlaku kalau berita atau cerita tu tak benar.

Sumber Berita Harian

Tapi rakyat Malaysia sekarang ingat heran sangat ke? ramai dah kot orang awam yang di heret ke mahkamah sebab kenyataan  yang di keluarkan di media sosial & ada juga yang kena tindakkan undang2 hanya share cerita atau berita yang di keluarkan orang lain. Sebab kerajaan pemerintah yang buat rakyat hilang rasa takut pada undang2 & hormat pada pemimpin. Apatah lagi peraturan macam ni.. Tak heran pun depa nak langgar >> Inilah Peraturan Yang Sering Manusia Langgar << Jadi tak tau la effective ke tidak kalau undang2 macam ni di laksanakan. Larat ke nak heret semua yang like, share & retweet berita yang kononnya tak sahih ke mahkamah. Semua tu mungkin tidak tapi yang berpotensi & berpengaruh selalunya jadi target depa.

Moral of the story.. Kita sebagai pengguna media sosial pun jadi la jadi pak turut sangat. Kalau yang tak sahih tu just wait & see dulu.. Tak payah sibuk2 nak share bagai. Bukan dapat upah pun. Bila kita amalkan cara macam tu boleh mengurangkan penyebaran berita palsu. Jadilah pelayar internet yang bijak.

KAKI YANG DI POTONG TAPI KEMALUAN YANG JADI VIRAL

KAKI YANG DI POTONG TAPI KEMALUAN YANG JADI VIRAL. Yang rajin sangat dok share viral meh sini aku nak ajak hangpa semua share balik viral yang masih hangat di viralkan kisah seorang pakcik. Gambar yang di jadikan viral pasal kes potong kemaluan seorang lelaki oleh isterinya yang katanya kuat seks. Dia buat bini dia macam pelakon filem lucah jer... Jadi sebab tak tahan di perlakukan macam binatang.. si bini katanya kerat terus kemaluan suaminya sebab tak tahan di sakiti setiap kali di paksa melayan nafsu serakah sang suami ni.


Ceritanya pasal orang lain.. Tapi yang kesian gambar tu gambar orang lain. Tak pasal pasal pakcik yang kena potong kaki sebab penyakit kencing manis di fitnah kena potong kemaluan sebab kuat seks. Sapalah punya kerja kan.. Kenapa mesti guna gambar orang tak ada kena mengena untuk viralkan kisah orang lain. Kau guna la gambar kartun ke hapa... Ni seketoi2 muka orang tu duduk atas katil wad. Memang la menjadi fitnah.

Cerita yang menjadi viral di sebalik gambar ni. Hentikan memviral gambar pakcik ni. Bayangkan dia bapak hangpa

kesian pakcik tu.. Dia orang penang, kisah potong kemaluan tu katanya berlaku kat negeri sembilan bila masuk media sosial tak pasal pasal pulak dia jadi orang negeri sembilan tanpa rela. Kesian kaum keluarga pakcik ni.. Kesan dari viral fitnah macam ni mungkin mengaibkan keluarga mereka.

Hentikan la memviral sesuatu yang kita tak tahu kesahihannya.. Kalau betul pun gambar tu gambar si pelaku atau mangsa tak sepatutnya dia di aibkan. Nak jadikan teladan.. Just share je la kisah yang berlaku tak perlu nak  letak gambar sesapa.

Moral of the story.. Itulah antara risiko upload gambar kat media sosial ni. Mungkin selama ni gambar hangpa masih selamat dari di fitnah.. Tapi percayalah tak mustahil benda ni boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Tau la hangpa memang cecantik semua.. Nak2 lagi yang ambil gambar clear nampak muka & cantik macam ni >> Rahsia Ambil Gambar cantik Untuk Instagram Guna Smartphone Kini Terbongkar << . Memang senang la orang nak superimposse. So, hati hati je la.

CARA SELAMAT BERKONGSI IKLAN 8SHARE DI BLOG

Aku tengok ramai blogger yang mendaftar dengan 8share berkongsi iklan cara aku yang dulu jugak. Harap yang mana berkongsi link iklan 8share secara berderet kat gadget blog tu segeralah buang sebelum pihak security 8share dapat mengesan link iklan 8share korang. Bukan apa kang penat kumpul time nak cashout kena reject lepas earning semua di rampas balik korang juga melopong.


Entri lepas aku tak bagitau secara detail sangat cara berkongsi iklan 8share dengan betul di blog. Pertama iklan yang nak di kongsikan di blog mesti ada description yang menjelaskan kenapa iklan tu menarik. Description kena berkaitan dengan iklan bukan cerita dogeng untuk menyedapkan cerita yang buat orang akan clik link tersebut. Kalau descripton menipu atau mengelirukan pun di kira sebagai fraud @ penipuan jugak.


Kedua iklan 8share tak boleh di post secara berderet. Mesti 1 iklan 1 post sahaja. Tak boleh kongsi2 post dengan iklan yang lain. Kalau rajin korang buat la satu iklan 1 entri lagi selamat. Boleh tengok contoh post kat blog ni Dunia Melekit ku

Tu penjelasan dari Yuna 8share

Jadi untuk tidak menyebabkan korang rugi di kemudian hari sila pastikan anda mengubah cara berkongsi iklan 8share di blog bermula dari sekarang. Jangan ambil risiko sebab nasib kita tak tahu. Yang terlepas sebelum ni ok la.. Tak bermakna kita terlepas selama lamanya. Berkongsilah secara betul & yakin rezeki tu dari Allah. Insya Allah kalau rezeki kita dalam mulut dinasour pun tetap ia milik kita.

Moral of the story.. tak tahu mungkin tak salah, dah tahu buat jugak bukan setakat kita menipu dengan 8share malah kita menipu dengan rezeki yang kita dapat jadi fikir fikirkanlah.

P/S : Memang agak songeh 8share tapi nak buat camna 8share jer senang nak cashout tak payah tunggu cek berbulan. hahahaha

INILAH VIRAL YANG DI SEBARKAN DENGAN INFO YANG SALAH

Aku kadang2 malas nak share apa saja yang menjadi viral sebab semakin banyak ending cerita dia tak seperti yang di sebarkan. Orang suka buat spekulasi dari sekeping gambar atau satu video kemudian men viral kan seolah2 maklumat yang di sebarkan tu betul menyebabkan orang lain terpedaya & terpercaya walhal cerita sebenar jauh beza dari spekulasi yang menjadi viral.

Carian google

Antara contoh yang menjadi viral baru2 ni video seoarang budak yang di dodoikan oleh Ayah dia dalam kotak polisterin atas air banjir sehingga lena. Jadi viral yang mengundangkan simpati & sebak dari ramai orang yang anggap mungkin budak ni & family dia hilang rumah akibat banjir terpaksa tidur dalam kotak polisterin padahal Ayah dia saja jer cari idea nak tidurkan anak dia bukan sebab hilang rumah sebab banjir. Banjir mungkin la banjir tapi tak teruk sangat kot. Itu yang aku baca pendedahan sebenar tentang video yang jadi viral. Tujuan orang yang upload video ni bukan nak minta simpati tapi sekadar nak share kreatif seorang Ayah tidurkan anak je.

Video ni kalau caption dia happy nampak sweet tapi orang terlebih kreatif buat caption sedih jadi menyedihkan la video ni

Yang kedua.. pasal budak yang galas kotak macam beg kat sekolah. Ramai yang simpati katanya budak ni tak mampu beli beg sekolah akibat kemiskinan padahal budak tu kreatif dia buat kotak tu macam beg sebab nak memudahkan dia bawak balik susu kotak yang di beri pihak sekolah.

Gambar ni kalau capton dia kreatifnya budak ni orang rasa budak ni bijak tapi yang sebarkan buat caption sedih konon budak ni tak mampu beli beg sekolah so jadi sedih la gambar ni

Sebab ramai sangat nak jadi Sharifah sofea yang pakar membuat teori & spekulasi maka apa yang di sebarkan sampai jadi viral kadang dengan info yang salah. Orang tu elok je hidupnya.. kita yang lebih2 create cerita sedih. Orang yang di viralkan tu takde apa2.. orang yang mem viral tu pulak lebih2. Sebab tu hati2.. tak payah jadi pakar copy paste & share sangat kalau kita sendiri tak tau info yang sahih. Jangan orang nampak kita macam senang di tipu & tertipu.

P/S : Jadikan button like & share tu mahal sikit.. Agar kita tak nampak macam bodoh sangat.

BURGER DAGING MC DONALD GUNA DAGING MANUSIA

Gamaknya dah berapa banyak manusia kena sembelih dengan Mc Donald. Bukan sikit daging manusia di perlukan untuk supply ke semua cawangan  Mc D seluruh dunia atau untuk satu negara tu. Pernah korang terfikir tak bukan Setakat sorang dua yang makan burger daging mc d tapi ramai.. memang tak cukup la setakat sorang dua manusia. Atau Mc D curi mayat untuk jadikan daging burger?

Sumber google

Hoi!! hangpa dok mengarut apa ni?? Aku tak tau nak gelak ke nangis.. Tapi aku terbaca kat FB share salah sorang dalam friendlist aku pasal ni. Katanya Mc D campurkan daging manusia dalam daging burger  mereka.

 Sumber FB

Rasanya yang ada akal tak semudah tu nak percaya atau nak share benda2 mengarut macam ni. Tapi ada jugak orang boleh terpedaya dengan fitnah2 macam ni. Boikot Mc Donald tu bagus bagi melemahkan ekonomi Israel sebab Mc D di katakan penyumbang dana pada Israel tapi fitnah tu tetap salah. Ingat... bila anda share benda yang tak terbukti kesahihannya.. Anda dah terlibat dalam menyebarkan fitnah jugak.

Beza orang yang baru kenal FB dengan orang yang dah semakin kenal apa itu FB adalah apabila mereka lebih berhati hati untuk clik butang share. Secara logik akal pun boleh fikir.. Ingat senang ke nak dapat stok daging manusia.. Jangan terpengaruh sangat la dengan cerita dogeng. hahahahaha gelak kejab.


KAYAKAH BLOGGER2 YANG SHARE IKLAN??

Ramai yang dah mula berjinak jinak dalam arena share iklan secara online kat FB twitter ataupun blog. Macam2 la cara orang buat nak meraih clik ni.. Sebab setiap unik clik akan di bayar. Jadi lagi banyak orang clik lagi banyak la pendapatan.

Tapi banyak2 pun pendapatan yang dapat dengan share iklan tidaklah sebanyak blogger2 popular.. blog2 yang SEO ke hapa.. siap boleh upah penulis lagi untuk update entri. Den pun pernah dapat offer untuk menulis kat blog2 macam ni tapi tak berani ambil tanggungjawab sebab takut tak terpikul. Blog sendiri pun nak kena update tu pun kadang2 3 hari sekali baru terupdate. Jadi kesimpulan pertama kat sini blog2 tepian pantai macam den ni tak pernah la merasa sebulan tu dapat ribuan ringgit tapi setakat nak beli sepasang dua baju.. sebotol dua facial cream tu boleh la. Tak banyak mana pun nak cerita pun segan..

Kalau kitorang yang gigih dok share iklan kat FB tu jangan la memperkecilkan usaha kita yer. At least kita berusaha jugak bukan duduk goyang bontot cari fans banyak kemudian share link iklan banyak2 minta jasa baik peminat tolong clik tapi kita berusaha membuatkan iklan tu jadi menarik untuk orang clik. Kadang2 original caption iklan tu memang already gempak yang buat orang tak menahan nak clik.. Bila clik rupanya iklan maka muncul la status2 memerli mereka2 yang share iklan tu sebagai seolah2 menipu orang yang melihat. Kalau tertipu tu salah advertiser tapi adat la mengiklan.. mesti la kena ada tarikan. Korang nak tengok filem pun korang tengok trailer atau baca sinopsis filem tu dulu walau kadang trailer je gempak cerita hapak.

Tapi bukan la kami ni terdesak sangat kalau korang tak clik iklan tu kami tak dapat makan.. Ataupun kalau korang clik nescaya kami akan kaya raya sekelip mata. Ada la habuan.. tak banyak mana.. macam den cakap kat perenggan mula.. dapat la beli sepasang dua baju bajan.. facial2 cream yang dah habis.. Nak merasa mewah macam blogger2 popular & blog2 SEO sehingga boleh upah penulis untuk tulis dalam blog mereka tu belum lagi setakat ni. Kalau ada rezeki di masa akan datang, Alhamdulillah tapi apa yang dapat sekarang ni pun tetap den syukur & sentiasa berusaha untuk lebih baik di masa akan datang.

Kesimpulannya.. dengan share iklan secara kecil kecilan ni takde la kaya tapi merasa juga la hasil dari usaha tu. Ada juga la 3 angka masuk dalam akaun bank setiap bulan. Takpe.. sikit2 lama2 jadi bukit.  Jadi sapa2 berminat nak bermula dari sikit2.. boleh la try kat sini >> Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE
 Korang sign up je dah masuk RM5 dalam account. Apa lagi sign up sekarang (sumber gambar pinjam dari link tersebut)
 

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com