P/S : Jadikan button like & share tu mahal sikit.. Agar kita tak nampak macam bodoh sangat.
13 January 2015
betul,
fb,
gambar,
info,
kongsi,
laman sosial,
LIKE,
maklumat,
salah,
share,
video,
viral
INILAH VIRAL YANG DI SEBARKAN DENGAN INFO YANG SALAH
Aku kadang2 malas nak share apa saja yang menjadi viral sebab semakin banyak ending cerita dia tak seperti yang di sebarkan. Orang suka buat spekulasi dari sekeping gambar atau satu video kemudian men viral kan seolah2 maklumat yang di sebarkan tu betul menyebabkan orang lain terpedaya & terpercaya walhal cerita sebenar jauh beza dari spekulasi yang menjadi viral.
Antara contoh yang menjadi viral baru2 ni video seoarang budak yang di dodoikan oleh Ayah dia dalam kotak polisterin atas air banjir sehingga lena. Jadi viral yang mengundangkan simpati & sebak dari ramai orang yang anggap mungkin budak ni & family dia hilang rumah akibat banjir terpaksa tidur dalam kotak polisterin padahal Ayah dia saja jer cari idea nak tidurkan anak dia bukan sebab hilang rumah sebab banjir. Banjir mungkin la banjir tapi tak teruk sangat kot. Itu yang aku baca pendedahan sebenar tentang video yang jadi viral. Tujuan orang yang upload video ni bukan nak minta simpati tapi sekadar nak share kreatif seorang Ayah tidurkan anak je.
Yang kedua.. pasal budak yang galas kotak macam beg kat sekolah. Ramai yang simpati katanya budak ni tak mampu beli beg sekolah akibat kemiskinan padahal budak tu kreatif dia buat kotak tu macam beg sebab nak memudahkan dia bawak balik susu kotak yang di beri pihak sekolah.
Sebab ramai sangat nak jadi Sharifah sofea yang pakar membuat teori & spekulasi maka apa yang di sebarkan sampai jadi viral kadang dengan info yang salah. Orang tu elok je hidupnya.. kita yang lebih2 create cerita sedih. Orang yang di viralkan tu takde apa2.. orang yang mem viral tu pulak lebih2. Sebab tu hati2.. tak payah jadi pakar copy paste & share sangat kalau kita sendiri tak tau info yang sahih. Jangan orang nampak kita macam senang di tipu & tertipu.
P/S : Jadikan button like & share tu mahal sikit.. Agar kita tak nampak macam bodoh sangat.
Carian google
Video ni kalau caption dia happy nampak sweet tapi orang terlebih kreatif buat caption sedih jadi menyedihkan la video ni
Gambar ni kalau capton dia kreatifnya budak ni orang rasa budak ni bijak tapi yang sebarkan buat caption sedih konon budak ni tak mampu beli beg sekolah so jadi sedih la gambar ni
P/S : Jadikan button like & share tu mahal sikit.. Agar kita tak nampak macam bodoh sangat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT
Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah
* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.
Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017
Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com
7 Komen Melekat:
Macam macam sangat dah sekarang ni kak. T_T
baru je sedih dengan beg kotak tu. Ilang terus sedih bila baca entri ni. Cissss
sy xbace pn pasal budak bwk kotak tu hehe sbb dh agk mesti cete2 yg nth ape2
Oo..psl yg gmbr k2 tu akk br tahu tau sis..huhu..
Mmg akk ingat dia ssh sgt..mng nmpk xlogikla kan beg byk je yg murah2..huhu
La...saya ingatkan betul la budak yang bawak beg kotak tu susah gilerrr...papa kedana sampai.beg sekolah pun tak boleh beli. Rupanya sebab nak bawak susu.1Malaysia je. Nasib baik.baca entri ni. Kalau tak tertipulah saya sampai bila2. Betul kata kak Suria,.diaorang ni suka sgt viralkan perkara2 yang tak sahih sampai ramai yang tertipu.
dua2 saya ada tengok tapi takde la buat apa2 spekulasi,,
Sebab itu malas nak aktif kat media sosial ni. Akak biasanya orang terakhir yang tahu pasal apa-apa yang jadi viral. Kalau tengok pun sekadar tengok ajelah, nak sebarkan tak tahu hujung pangkal nak buat apa!
Post a Comment
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini