Showing posts with label bulu. Show all posts

MUDAH DAN SELAMAT DARI LUKA SEMASA BUANG BULU DENGAN VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER

MUDAH DAN SELAMAT DARI LUKA SEMASA BUANG BULU DENGAN VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER. Kita di lahirkan dengan bulu2 bukan rambut jer.. Masa kecik sebelum akil baligh mungkin bulu yang kita ada cuma bulu roma nipis, bulu kening & rambut jer.. Selepas akil baligh akan bertambah bulunya di tempat tertentu seperti di celah ketiak & bahagian kemaluan.


Bulu ni bersifat hidup.. Jadi dia akan semakin panjang kecuali bulu roma & bulu kening la kalau tak cukur dia statik macam tu je la. Tapi bulu lain macam rambut, bulu ketiak & bulu pada kemaluan kalau kau simpan lama - lama memang berhutan jadinya. Bukan setakat berhutan, mungkin akan di jangkiti kutu jugak. Kutu bukan sekadar boleh hidup atas kepala di celah rambut malah boleh hidup di bahagian bulu kemaluan. Bayangkan kat situ berkutu.. gatal merenyam.. Seksa zahir batin beb! Maka terkepit kepit & terkemut kemut la kau. Nak nak lagi kalau kat tempat2 ramai orang. Sebab tu penting untuk kita buang bulu2 di bahagian sulit bagi tujuan kebersihan & kesihatan.

Guna pisau cukur ni kadang - kadang kurang pratikal sebab boleh menyebabkan luka. nak cabut guna penyepit bulu tu tahan ke azabnya. Sakit ok! Oleh kerana itu Veet mengeluarkan satu produk elektronik yang memudahkan kaum wanita untuk membuang bulu bulu yang tidak di ingini & tampil menawan setiap masa.  Veet sensitive touch electric trimmer gadget elektronik terbaru keluaran Veet. Alat ini berfungsi untuk mencukur atau membuang bulu pada bahagian sensitif tanpa pisaunya menyentuh bahagian kulit bagi mengelakkan risiko terluka. Veet Electric trimmer ni menggunakan kuasa bateri AA untuk menghidupkannya.  Didatangkan bersama 2 sikat bersaiz 2mm & 4mm & dua mata pemotong bersaiz 16mm dan 6mm. Satu berus untuk membersihkan bulu bulu yang melekat & 1 beg memudahkan anda menyimpan & di bawa kemana mana.


Kelebihan Veet Sensitive Touch Electric trimmer ni adalah.. Boleh memotong & membuang bulu bulu dengan kemas tanpa menyebabkan luka. Sebab benda tu paling orang titik berat semasa membuang bulu terutama di bahagian sensitif. Selain tu hasil cukuran dia lebih licin. Memudahkan anda untuk buang bulu di bahagian sulit, celah ketiak, membentuk kening, sideburns, bulu roma, misai & sebagainya. Paling penting boleh di bersihkan dengan air.. So mudah kita nak mencuci selepas guna.

Size dia yang kecil sebesar berus gigi elektronik mudahkan untuk kita bawa kemana mana sebab boleh sumbat dalam handbag jer... Maybe nak travel jauh dalam jangkamasa yang lama.. boleh la jimat space.


Benda ni memang sangat penting bagi aku yang memang mementingkan kebersihan dalaman & luaran. aku memang sejenis yang tak suka nak nak simpan bulu2 di tempat2 tertutup macam celah ketiak atau bahagian intim. Memang dah tabiat sejak dari zaman anak dara dulu. Seminggu sekali mesti aku tebas. Nampak jijik jugak la bagi seorang perempuan yang biar bulu ketiak & bulu di bahagian intim tu tak di buang sampai jadi hutan. So dengan adanya Veet Sensitive Touch Electric trimmer ni.. banyak membantu aku membuang & membersihkan bulu yang tak di ingini. Cukuran dia pun lebih licin & kemas. Paling penting kurang sangat risiko kulit terluka semasa membuang bulu. Dah tak payah nak guna pisau cukur yang kadang2 memang menyebabkan luka. Luka kat tempat2 intim ni bahaya sebab dia tempat yang tertutup & kadang2 lembab.. Kalau ada luka mudah terkena jangkitan kuman & bakteria. Untuk mengelakkan risiko terluka ketika buang bulu2 yang tak di ingini guna la Veet Sensitive Touch Electric Trimmer ni.

Yang nak guna untuk tujuan kecantikkan.. Nak bentuk kening.. ada mata pisau yang di sediakan untuk membentuk kening menggunakan Veet Electric Trimmer ni.. Hasil cukuran tu lebih halus & kemas.. bentuk dia lebih sharp & bahagian yang di cukur lebih licin berbanding pisau cukur biasa.

Stevensunny Makeup Artis juga menggunakan Veet Sensitive Touch Electric Trimmer

Macam tu juga kalau nak guna Trim sideburn & buang bulu roma.. Memang hasil cukuran dia lebih licin berbanding pisau cukur. Banyak sungguh kegunaan Veet Sensitive Touch Electric Trimmer ni ok! Boleh di gunakan seisi keluarga.

cara nak guna Veet Sensitive Touch Electric Trimmer

1. Untuk membentuk kening


Trim kening menggunakan kepala pemotong yang paling kecil berbentuk panjang tu & letak sikat yang di sediakan. Boleh rujuk pada gambar. Letak. Potong menggunakan Electric trimmer secara berlawan arah bulu kening tumbuh.
Untuk membentuk pulak.. keluarkan sikat & letak pada bahagian kening yang ingin di ratakan & dibuang mengikut bentuk yang di ingini & potong.

2. Untuk mencukur di bahagian intim/ketiak


Gunakan Bilah pemotong yang besar (Rujuk pada gambar) & potong secara berlawan arah dengan lembut 7 jangan tekan pada atas kulit. Jangan risau pisau pemotong tidak akan terkena pada kulit.

3. Untuk Misai & Janggut (bahagian atas mulut & dagu)


Untuk bahagian atas bibir (Misai) gunakan kepala kecil yang panjang macam yang pertama tadi & trim/cukur secara bertentangan dengan bulu tumbuh
Untuk bahagian Dagu (janggut) guna kepala besar seperti yang nombor 2 potong/cukur secara bertentangan jugak

4. Untuk Jambang (Sideburns) 


Guna bilah kecil sama macam yang nombor 1 tadi bersama sikat. Trim bahagian sideburns (jambang) mengikut berapa panjang yang anda nak potong. Untuk kemaskan buang sikat & kemaskan bentuknya.

Jom kita tukar dari menggunakan pisau cukur kepada Veet Sensitive Touch Electric Trimmer. Berminat nak mencuba produk ni boleh rujuk di Veet@Malaysia untuk maklumat lanjut & untuk membuat pembelian.

KISAH SEORANG GAY NAK BELI PRODUK BUANG BULU

KISAH SEORANG GAY NAK BELI PRODUK BUANG BULU. Entri ni bukan entri lucah yer.. Akak tak pandai tulis entri lucah, entri seram akak reti la mengarang katanya. Tapi cuma sebuah cerita yang di kongsikan oleh seorang kawan akak ni yang jadi pengedar satu produk untuk buang bulu. Tak kira la bulu roma, bulu ketiak, misai termasuk la bulu pada kemaluan. Ini bukan produk untuk sex yer.. Ini produk macam skincare jugak la. Even kat tut tu pun kena jaga tak boleh nak biar hutan dia merimbun sangat. Terlampau teduh kang banyak haiwan liar pulak berumahtangga.Jangan ingat  boleh jer biar memanjang tak perlu cantas dia luruh sendiri. Tidak ok!

Produk tu memang semua jantina boleh guna.. Tak kira la kau gay ke, pengkid ke,nyah ke hapa. Asal kau manusia yang ada bulu bulu kat tempat2 biasa berbulu tu boleh je nak guna. Produk ni pun bagus jugak sebab selain melincinkan kulit dia juga mampu melambatkan proses bulu baru tu tumbuh. Bulu2 yang baru tumbuh pun akan jadi lebih jarang & halus. Yang mana bulu kaki lebat nak2 lagi perempuan tu elok la try guna wax ni. Jangan risau tak menyakitkan.

Inilah produk yang memang berkesan menanggalkan bulu bulu kat segala sudut badan anda. Kalau rasa nak cuba boleh whatsapp 012 5254001

Biasa la pengedar produk memang akan di datangi macam macam jenis customer. tetiba kawan aku ni dapat sorang customer gay katanya nak beli produk buang bulu ni. Ingat nak buang bulu dada ke, bulu ketiak ke hapa.. Rupanya... nak buang bulu kat ***tet** dia tu. Katanya boyfriend dia tak suka. Dah tu ayat dia 'hot' & 'spicy' sangat. Sebut seketoi2 pulak tu tak berkias kias dah. Tak tau la dia tahu ke tidak yang jual tu perempuan. Aiyooo... Pengsan mak lima minit. Sebagai pengedar perempuan ni bila customer cakap macam tu Of course la dia jadi tak berapa selesa nak teruskan urusan jual beli. Serba salah dia nak reply. Mati akal nak cari ayat. Alih2 dia diam je la. hahahaha

Testimoni dari pengguna yang berpuas hati. Ok sapa ada masalah berbulu tu cepat dapatkan sebotol buat tebas semak semak kat tubuh anda

Yang si gay tu pun.. kau nak buang bulu kat mana pun kau punya pasal la. Yang kau cerita habis boipren kau tak suka bulu buluan kat tempat sulit kau bagai tu buat apa. Kalau kena kat aku pun aku tak tau samada nak teruskan urusan jual beli tu ke tidak. Kawan aku ni memang dah pernah berdepan dengan ragam customer yang macam2 bila tanya pasal wax dia jual ni. ada yang tunjuk terus gambar **tet** dia. mungkin dia terlampau lurus nak bagitau masalah yang dia hadapi supaya orang yang dia berurusan tu boleh faham dengan jelas masalah dia tu. Yang tu sama jantina pun macam tu tetap terkesima kejab la kawan aku tu. hahaha

Macam macam jenis ragam manusia ni.. Sebagai peniaga itulah yang anda perlu hadap sebab benda benda macam ni memang di luar kawalan & jangkaan anda. Jadi kena kuat dari segi mental jugak. Bukan senang nak jadi orang berjaya ni.. Pada peringkat awal macam macam benda perlu hadap. Jadi bertabah la semua. Mungkin hari ni anda cuma jual secara dropship, siapa tahu berkat usaha satu hari nanti korang bakal jual produk sendiri pulak, kan? Semua tu tak mustahil boleh berlaku asalkan ada usaha, doa & tawakal.

MALU BULU KEMALUAN DI CUKUR JURURAWAT HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM

MALU BULU KEMALUAN DI CUKUR JURURAWAT HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM. Nak tergelak pun ada baca screen shoot yang mula di viralkan pasal seorang lelaki yang nak jalani pembedahan di bahagian peha cela kangkang yang terasa macam di aibkan bila jururawat wanita mencukur licin bulu kemaluan dia sebelum operasi pembedahan berlaku.


Dia katanya tak puas hati sebab pembedahan tu bukan di kemaluan tapi di bahagian peha. Dia terasa macam orang ambil kesempatan keatas dia. Nak tergelak aku baca.. Aduhai! Nurse pun tak kuasa la nak pegang orang punya apatah lagi sesaja nak tolong cukur bulu kat tempat tu. Sebab tu procedure sebelum lakukan pembedahan terpaksa la jugak depa buat. Mungkin depa gelak2 tu sebab cover malu kot... atau depa memang rasa kelakar kena cuku bulu orang punya.


Kita tak boleh la nak gelakkan pesakit @ mangsa tu.. Bukan semua orang awam faham procedure sebelum lakukan pembedahan kat tempat berdekatan dengan alat sulit. Benda tu perlu di terangkan oleh doktor atau orang yang sepatutnya supaya mereka tak pertikaikan kenapa & mengapa sehingga berlaku salah faham. Jangan la gelakkan pesakit akak nurse Ooi.. Manusia ni ada perasaan malu. Nak2 melibatkan kemaluan ni. Dah nama kemaluan confirm la tempat tu la menjadi tempat yang paling malu kalau orang tengok.

Kemaluan ni bukan tempat untuk di tunjukkan pada umum macam kita tunjuk fesyen yang nampak trendy macam ni >> Tips Nampak Simple tapi stylo & trendy << Jadi bila terpaksa kangkang untuk orang lain buat sesuatu memang la tahap ke'malu'an tu tak dapat di ceritakan. Kita bersalin pun walau doktor perempuan yang sambut pun malu tu ada.

Moral of the story.. aku nampak kesilapan ni pada kedua dua belah pihak. Pihak petugas hospital yang mungkin tak jelaskan secara terperinci kepada pesakit kenapa perlu buat macam tu & pesakit tu sendiri tak tanya sampai faham kenapa perlu buat macam tu. Hanya serah diri lepas tu up kat media sosial.

TREND WARNAKAN BULU KETIAK

Ni la manusia akhir zaman. Masing2 nak jadi lain dari yang lain. Yang bukan bukan jer depa nak buat. Gamaknya boring sangat dah kot hidup depa ni tak macam kita macam tak sempat rasa bosan. Kalau boleh skip tanggungjawab yang nak buat tu nak jugak skip sehari dua.. Tapi sebab tak boleh skip maka penuh la aktiviti harian dengan kerja yang tak pernah abis.


Tapi makhluk2 ciptaan Allah yang spesis ni.. Depa maybe terlebih rajin nak membela bulu ketiak. Bukan setakat membela bulu ketiak.. siap cantikkan lagi even aku tak rasa cantik tang mana pun. Bulu ketiak bagi aku kotor. Pompuan bela bulu ketiak ni bagi aku pengotor. Apatah lagi nak warnakan bulu ketiak. Ketiak ni cantik bila botak jer bukan berbulu. Nak2 lagi perempuan.

Tapi sebab depa ni rasa cantik,menarik kau memang da'bomb.. so depa pun cetuskan la trend bela bulu ketiak kemudian warnakan. Tak cukup.. ambil gambar & upload.

Sumber : Women dyeing their armpit hair

Muka jer cantik tapi loglaq & pengotor tak guna jugak. Tak tau la ada lelaki melayu yang rasa gamak buat bini perempuan macam ni. Hahahaha. Hope trend merepek camni tak menular ke Malaysia. Tak tergamak pulak aku nak tengok perempuan Malaysia jalan sambil angkat tangan tayang ketiak. hahahahaha

Moral of the story... Gamaknya tak lama lagi ada pusat rawatan bulu ketiak @ saloon bulu ketiak. hahahaha

MR DIY JUAL PRODUK BERASASKAN BABI?

Erkk.. ni kontroversi baru ke? Mr DIY jual produk berasaskan babi tapi tak letak tag non-halal? betul ke macam tu? Kalau macam tu di kira sebagai menipu pengguna dah ni. Patut la murah katanya, sebab guna bahan2 dari oink oink.


Hang nak kena saman ke lekatlekit? Ada bukti ke dok tuduh macam tu? Tak tuduh cuma menjawab pertanyaan dari orang lain. Aku ada upload satu berus bedak murah yang aku beli dari kedai Mr DIY. Memang shopping kat situ best sebab murah2 kan. Kalau nak banding berus bedak Ronasutra kabuki tu harga berus bedak kat DIY ni jauh lebih murah la. RM9++ je aku beli. Actually aku pun tak pernah dengar gosip kata Mr DIY ni banyak jual produk berasaskan oink oink. Serius baru pertama kali dengar bila ada someone tanya hal ni kat komen pic berus bedak ni. Sapalah Sampai hati gosip camtu.. mentang2 la kami hanya mampu soping kat DIY jer.. Tunggu la income blog aku cecah puluh ribu confirm aku soping2 clik2 jer. hahaha. Bagi memberi info pasal ni maka aku dengan rasa prihatin buat jugak la entri ni

 Berus bedak yang aku beli kat Mr DIY

Janganlah sebab murah kita judge produk tu berasaskan babi. Babi pun bukan murahan sangat. babi hutan pun mahal harganya. almaklum la eksotik katanya. Kita sendiri boleh kesan produk tu berasaskan babi atau tak. tak kira la harga dia mahal atau murah jangan confident sangat yang mahal tu terjamin kehalalannya yang murah tu semua berisiko guna babi. Macam berus bedak ni.. Berus yang guna bulu babi dari info yang aku baca dia bersifat bercabang di hujung. Kalau di potong pun bentuk dia tak tirus/tajam lagi. atau lebih senang tak nampak semulajadi lagi la bentuk dia. Akan nampak bekas potong tu. Tapi berus bedak yang aku beli memang berbentuk tirus/tajam di hujung & tak bercabang even harga dia RM9++ je pun.

Sumber : Cara Mengenal Berus Dari Bulu Khinzir atau Babi

Jadi tak kira la produk tu mahal atau murah untuk langkah keselematan sebelum beli belek2 la dulu untuk lebih kepastian. Jangan rembat terus bayar. Mr DIY antara salah satu kedai harga murah yang banyak cawangan di Malaysia & agak di kenali rasanya mereka juga alert kot dengan isu yang melibatkan sensitiviti agama ni. Kalau depa main semborono je jual produk berasaskan babi tanpa ada tag non-halal, tak lama kena kecam & boikot la. Rasanya depa pun tau kesan di boikot macam mana ye dak??

Moral of the story.. Kita ada akal, kita ada teknologi.. so carilah info. Jangan mudah percaya khabar angin tanpa usul periksa.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com