PERHATIAN! WANITA YANG LAHIR PADA TAHUN 1990 - 1996 ANDA PERLU DAPATKAN VAKSIN INI
PERHATIAN! WANITA YANG LAHIR PADA TAHUN 1990 - 1996 ANDA PERLU DAPATKAN VAKSIN INI. Kat sini sapa yang lahir antara tahun 1990 - 1996? Jangan tanya aku genarasi lahir tahun 2000an katanya.. So tak layak ok! hahahahaha. Ok.. ok.. Sorry kalau statement tak sedar diri tu melakukan hati anda. heheheheAtau mereka yang melakukan hubungan sejenis. Macam mana hubungan sejenis tu?? Tu pun tak tau.. yang perempuan dengan perempuan di panggil lesbian. Yang lelaki dengan lelaki di pangil homeseksual atau gay... Ni pun penting untuk spesis macam tu selain perempuan yang lahir pada tahun 1990 - 1996.
Sekarang ni Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara - (LPPKN) mengumumkan tentang program vaksinasi HPV boleh di dapati atau di ambil mereka2 (perempuan) yang lahir sekitar tahun 1990 - 1996 yang belum berkahwin, warganegara malaysia atau mendapat taraf penduduk tetap boleh mendaftar untuk program ni.
Untuk layak untuk program ini, anda akan perlu memenuhi kriteria berikut:
1. Dilahirkan pada tahun 1990, 1991, 1992, 1993, 1994, 1995, atau 1996;
2. Tidak berkahwin / belum pernah berkahwin sebelum ini
3. Tidak mengandung atau mempunyai alahan yang teruk atau penyakit serius yang memerlukan rawatan perubatan dengan segera.
Bagi korang yang tak tahu kenapa perlu mengambil vaksin HPV ni.. Ia bertujuan melindungi lelaki & wanita dari mengidap penyakit kanser di sebabkan jangkitan HPV yang berisiko tinggi seperti
1. Kanser serviks - hampir semua kes kanser serviks disebabkan oleh HPV;
2. kanser dubur - kira-kira 95% daripada kanser dubur adalah disebabkan oleh HPV
3. kanser Oropharyngeal iaitu kanser bahagian tengah kerongkong, termasuk lelangit lembut, pangkal lidah, tonsil; kira-kira 70% adalah disebabkan oleh HPV.
HPV juga menyebabkan kanser lain seperti kanser faraj (65% adalah disebabkan oleh HPV), kanser vulvar (50%), dan 35% daripada kanser zakar.
Kenapa penting mengambil Vaksin ni?? Ini sebab ramai orang tidak tahu mereka telah di jangkiti sebab tiada tanda atau gelaja yang menunjukkan mereka terkena jangkitan tersebut sebab 9 daripada 10 orang yang di jangkiti.. hilang dengan sendiri dalam tempoh 2 tahun.
Bukan je wanita perlu ambil malah kaum lelaki juga di syorkan mengambil vaksin HPV ni. Ok! So kaum lelaki jangan seronok sangat anda pun berisiko di jangkiti.
Jadi vaksin HPV ni sangat penting. Untuk maklumat lanjut macam mana nak sertai program Vaksinasi HPV atau Yang lahir sebelum tahun 1990an pun boleh dapatkan vaksin ni jugak. Nak tahu caranya boleh tengok kat sini >> Perhatian Pada Mereka Yang Lahir Pada Tahun 1990 - 1996, Anda Perlu Dapatkan Vaksin ini <<
Ni untuk mereka2 yang bukan dari golongan anti-vaksin la. Yang anti-vaksin mungkin mereka ada cara tersendiri mencegah penyakit tersebut. Apapun cara anda.. Kena ingat cegah itu lebih baik dari merawati. Selagi cara yang di gunakan tidak berisiko & bercanggah dengan tuntutan agama.. Tak salah pun nak mencuba.