13 BULAN DI KANDUNG MAK.. KAU BOLEH?

4/09/2011 10:29:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Tadi sempat la terbaca entri the timelines yang cerita pasal saat kelahiran dia tu. Katanya dia di lahirkan songsang. Korang nak baca sila clik DISINI. teringat pula kisah Sang Lekit yang di ceritakan semula oleh mak saat kelahiran Sang Lekit dulu. Di sebabkan Lekit rasa agak menarik nak share, maka terhasil la entri ni.

Menurut mak Lekit di dalam kandungan selama 13 bulan.. Normally orang dalam kandungan cuma 9 bulan je kan tapi berbeza dengan sang lekit. Setahun 1 bulan dalam perut. Entah macam mana rasa mak time tu yer.. Mesti kejung juga la perut dia masa mengandungkan sang lekit, kan?? Mak pergi klinik sampai nurse2 semua pelik. Semua dorang cakap Sang Lekit ni degil tak nak keluar - keluar walau dah terlebih bulan. Zaman 80an bukan macam sekarang kan.. Takkan terlebih bulan punya, sebab sampai jer masa mesti bersalin. Kalau tak secara sukarela.. di paksa dengan kaedah2 moden ni. Mak pun takde la buat apa cuma tunggu je sampai masa bersalin sebab mak pun dah sedia maklum keturunan sebelah arwah Ayah memang jenis macam tu. Salah sorang mesti ada yang terlebih bulan.

Arwah wa (kakak sulung arwah ayah), Makngah & makcik (kakak arwah ayah) pun sama mengandung terlebih bulan. Kebanyakkan 13 bulan la. Tak silap makngah pernah cerita dia mengandung 14 bulan. Tu kira juara la dalam keturunan arwah ayah. Paling lama mengandung. Bila sampai masa di lahirkan.. Takde la mak cerita benda - benda aneh atau istimewa sangat berlaku saat kelahiran sang lekit tu cuma kata mak kulit sang lekit jadi mengelupas sampai misi yang datang rumah buat pemeriksaan pun panik. Tapi kata mak tu cuma kesan sebab Lekit terlebih masa duduk dalam perut. Mula - mula memang dah nak kena hantar ke hospital untuk pemeriksaan tapi bila nurse tu balik kata mak dia buat rawatan sendiri. Lekit lupa apa dia letak.. esoknya kulit sang Lekit jadi normal nurse yang datang tu pun pelik & tanya pada mak letak ubat apa.

Bila mengenang semua tu.. Rasa terharu sangat. Mengandung bukan sesuatu yang mudah.. Sang Lekit sedang melaluinya sekarang & rasa macam mana melalui detik - detik tu. Tu la pengorbanan seorang ibu yang takkan ada apa pun dapat membayarnya. Terima kasih mak! 13 bulan bukan jangkamasa yang pendek untuk membawa anak dalam kandungan dimana or buat apa sekalipun. Tapi kasihnya ibu tidak pernah merasa itu satu bebanan namun satu kenikmatan. Moga baby lekit dalam perut ni tahu.. Inilah tanda kasih seorang ibu pada anak. Moga dia lahir dan membesar dengan sempurna membela nasib ibu ayahnya bila dewasa. Amin...


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

15 comments:

  1. OMG... aku pun dlm kandungan mak aku selama 13 bulan O_O

    tapi aku lahir normal, tak songsang...

    ReplyDelete
  2. wahhh...alhamdulillah...tahnaih kak...semoga baby yg bakal lahir sihat smpurna.amin :)

    ReplyDelete
  3. smoga baby 2 sihat..x sangka plak yg smpai 13 bulan? allah maha besar

    ReplyDelete
  4. first time dengar pasal lebih bulan ni..sebelum ni tak pernah tahu pun..

    ReplyDelete
  5. wow..1st time tau ada yg sampai 14 bulan...ngeheheh...jaga kandungan bebaik dik...

    ReplyDelete
  6. pengalaman beranak memang best..
    haih.. mintak2 lah pasni dapat kembar..
    woot woott..

    :D

    Blog berbaur SARCASM ke?
    Mentaliti Masyarakat Kita (PANAS)?

    ReplyDelete
  7. ehhh..boleh ekkk?? baru tahu.. ingt ker 9 bulan 10 hari jek semua baby dah kena paksa keluar..ehhehehe...

    ReplyDelete
  8. waduh.. mengandung 9 bulan pun dah letih nikan pulak kalau lebih dari setahun kan ...

    ReplyDelete
  9. aku dulu terlebih 10hari je.. duduk dalam perut.. sampai tua kene ejek.. hahahahaha

    ReplyDelete
  10. tersentuh hati bace entry ni.. lantas teringat kat mak di kampung... lame kamu duk dalam perut mak kan... alhamdulillah, tuhan panjangkan nyawa.. semoga dapat berbakti di muka bumi tuhan ni..

    13 bulan.. mungkin sebelum lahir tu banyak yang dijanjikan dengan tuhan.. tak macam yg lain2... 9 bulan je...

    ReplyDelete
  11. aduduh..lamanya lekit oii..biasa dia kuar lelambat eh..

    ReplyDelete
  12. 13 bln??lamenya??..9 bulan pun dah mengeras pun perut i taw..tu lah..pengorbanan ibu kan ..mengandung..mmbesarkan kita sekecil zarah hingga dah besar panjang..

    ReplyDelete
  13. perh lama tu..mcm tak percaya jerk

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com