Showing posts with label cerita seram jalan bukit putus. Show all posts

KISAH GERAI MISTERI JALAN LAMA BUKIT PUTUS,NEGERI SEMBILAN

KISAH GERAI MISTERI JALAN LAMA BUKIT PUTUS,NEGERI SEMBILAN. Malam ni bersiaran dengan gilang gemilang segmen seram serik lekatlekit tanpa prejudis katanya. Dari dok stress berperang jari kat facebook dengan isu2 tengah viral elok la rehatkan minda baca kisah kisah seram.. Gila kau! Hilangkan stress baca kisah seram takut ada yang stress tak lena tidur pulak malam ni. Tapi bagi aku.. salah satu benda yang mampu buat aku hilang stress adalah baca atau tengok cerita seram. At least aku tau benda tu aku tak payah fikir sampai jam otak sebab aku ambil sebagai hiburan semata mata.


Jarang aku nak memburu kat negeri sembilan ni.. Malam ni tetiba rasa nak berkenalan dengan puaka puaka negeri sembilan pulak. Kesian hantu2 negeri sembilan jarang dapat publisiti kat blog lekat lekit ni. Bagi bersikap adil terhadap semua hantu maka malam ni kita menapak ke negeri sembilan kejab.

Alkisahnya bermula 3 orang pelajar Uitm shah alam yang buat kerja part time sebagai pemuzik buat persembahan kat satu tempat di seremban. Selesai melakukan pekerja paling di benci nyonya mansor mak mertua kepada kassim selamat iatu ahli muzik mereka ambil keputusan tak terus balik & bermalam di sana sebab hari dah lewat malam sangat. Tapi esoknya sesudah subuh.. seawal 8.00 berdesup bebudak ni segera angkat kaki (baca dalam nada lagu sheeda dangdut tu.. hahahaha) untuk pulang ke pangkal rahim.. erkk.. ke pangkal jalan. Ke pangkal rahim kang kena beranak balik mak bebudak ni. hahaha

Perjalanan balik mereka melalui jalan bukit putus.. Sepanjang perjalanan tak banyak kereta atas jalan waktu tu katanya. Tetiba salah seorang memecah kesunyian dalam kereta  dengan mengusulkan supaya mereka singgah untuk sarapan dulu sebab dia pun dah rasa lapar. Sebab masing2 pun perut dah mula berirama senandung semalam.. maka mereka setuju untuk singgah makan dulu . Kebetulan depa ternampak satu gerai tepi jalan lama bukit putus tu.. Apa lagi. takkan nak lambai je kat tokei gerai tu ala2 ratu kan. Harus la singgah menjamu apa yang patut.

Lepas parking kereta tepi jalan.. masing2 bawa diri ke gerai & duduk kat salah satu meja kat gerai tu. Nampaknya ramai yang singgah makan kat situ.. Mungkin faktor hari minggu jugak kot ramai pengunjung ambil kesempatan bersarapan di luar. Dekat 10 minit dok tunggu orang ambil order tapi hampeh. Sorang pun tak ada datang tanya. Pelik jugak depa sebab kehadiran depa seolah2 tak ada siapa peduli & nampak. Tapi sempat depa perasan kat gerai tu banyak kucing hitam berkeliaran di meja makan pelanggan tapi time tu tak ada seorang pun terfikir benda di luar kotak katanya. Apa nak pelik kucing kat gerai makan, ye dak walaupun semua kucing tu warna hitam. Mungkin kebetulan depa semua ada pertalian warna antara satu sama lain. hahahaha

Sebab orang pun tak layan.. maka 3 sekawan tu angkat bontot je la. Tunggu lama2 pun takde sapa nak ambil order.  Sampai ke putrajaya depa makan kat rumah salah seorang dari 3 sekawan tu je sebab mak dia dah siap masak nak jamu depa. Lepas makan sambil rilex, anak tuan rumah pun buka cerita pasal gerai makan kerek yang tak layan depa pagi tadi. Seolah2 tak ada siapa perasan langsung kehadiran depa kat situ.

Si Ayah pun bagitau la.. Mana ada gerai makan kat tengah2 hutan macam tu. Sah2 kena sakat. Apa lagi masing2 beridiri bulu romanya gitu. Gila kau bila terkenang tersinggah gerai ghaib yang di miliki makhluk yang sering menjadi momokkan masyarakat. Nasib baik singgah je tak jadi makan.. bayangkan kalau makan entah apa yang hantu2 tu hidang kat depa pun tak tau. buatnya di jamu cacing, taik bagai.. Mau muntah berganti ganti.

Menurut cerita si Ayah..  ramai yang kena sakat kat jalan tu. Jalan Bukit putus ni antara jalan yang terkenal dengan kisah kisah seramnya macam jalan lebuhraya karak & Lebuhraya LPT2 & jalan bukit lengkok jugak. Cuma depa nak sakat pun pilih orang2 tertentu jer.. Yang mana tak sakat pun perangai dah memang sama level dengan hantu, hantu pun malas nak layan. hahaha

Moral of the story dalam perjalanan kemana saja pun sentiasa la beringat. Makhluk ghaib ni sememangnya tak boleh sentuh kita tapi tetap dia boleh menggangu emosi & fikiran kita untuk menyebabkan sesuatu yang buruk berlaku.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com