BERAKHIRNYA LEKATLEKITGURL.BLOGSPOT.COM
BERAKHIRNYA LEKATLEKITGURL.BLOGSPOT.COM. Ramai yang sedia maklum tiada lagi blog lekatlekitgurl.blogspot.com. Almaklum la tuan punya blog pun bukan gugirl lagi jadi terpaksa la korbankan lekatlekitgurl. Dah tak layak dah nak berblog dengan imej gugirl katanya. Sedar diri dah masuk zon balusia (baby lanjut usia) jadi dengan terpaksa aku remove lekatlekitgurl.Tapi jangan sesedih blog lekat lekit masih wujud di arena blog. Belum mengalami sebarang kepupusan cuma bertukar nama kepada lekatlekit.com je. Ada jugak yang tanya macam mana nak tukar ke dot com. Free ke? Macam mana nak buat.
Maaf tiada benda percuma dalam hidup ni. Orang nak masuk liang lahat pun kena bayar inikan nak tukar dari blogspot.com ke dot com. Yer.. kena bayar cuma bagi aku setakat nak ber domain takde la mahal. Aku ambil dengan netkl RM35 setahun. Domain jer bukan hosting. Kalau dengan hosting tu mahal la sikit. Macam mana proses nak tukar ke dot com. Terus terang aku cuma transfer duit lain2 orang yang settlekan sebab penyakit M sedang menyerang. Aku sibuk nak cari idea update blog katanya tak sempat nak fikir benda lain. hahahaha
Seorang blogger yang pemurah lagi baik hati iatu Alongxp sedia membantu. Aku transfer je payment ke account dia dari proses order domain sampai la setting ke blog semua dia buat tak sampai pun 1 hari. Rasanya dalam sejam dah siap blog aku bertukar dari blogspot.com kepada lekatlekit.com.
Mungkin ada yang macam aku sebelum ni tertanya tanya apa nasib BE @ CPUV nuffnang yang tengah on going kalau tukar domain. Nasib dia tak berubah.. cuma lepas tukar ke dot com ubah setting kat manage blog nuffnang. Masukkan url baru dot com korang tu. Kemudian masukkan semula coding2 banner kat blog. Settle. BE @ CPUV yang tengan on Going tu tak terjejas pun.
So, bagi blogger lain yang nak berdomain boleh la survey ramai orang buat servis macam ni cuma jangan tertipu kadang2 ada yang ambil kesempatan caj dia setting sampai berpuluh2 ringgit padahal kalau anda minta pihak netkl setting pun dia caj RM3 je. Ada yang tak caj langsung setting tu. Jadi pandai2 survey atau rajin2 la google belajar buat sendiri. Sebab katanya tak susah.
Moral of the story.. Kalau anda serius & memang spesis aku yang rajin update blog rasanya tak sia sia bertukar ke dot com untuk mengkukuhkan tapak blog kita. Memang ia membantu dari segi traffic. Rasanya traffic aku memang agak mencanak jugak semalam lepas tukar ke dot com.