Showing posts with label bertandang. Show all posts

KALAU DAH TAU ANAK TU TAK RETI DIAM, DUDUK JE KAT RUMAH TAK PAYAH BERAYA RUMAH ORANG

KALAU DAH TAU ANAK TU TAK RETI DIAM, DUDUK JE KAT RUMAH TAK PAYAH BERAYA RUMAH ORANG. Tiap kali raya isu ni mesti jadi viral nak nak lagi keluar dari mulut selebriti kan.. Kesahnya budak budak yang tak reti behave bila bertandang kat rumah orang. Sepahkan makanan... berlari sana sini, main tu ni.. Pecahkan pinggan mangkuk tuan rumah bagai. Akan keluar la rungutan & kecaman dari netizen yang akan menyalahkan mak bapak budak budak yang katanya tak reti nak ajar anak. Yelah anak depa tertib lentik katanya. Suruh duduk.. dia duduk.. suruh makan dia makan.. seinci pun tak bergerak kalau kat rumah orang. Anak hang pulak macam lipas kudung.. seminit pun tak boleh diam. Confirm la hang tak reti ajar anak katanya...

Gambar sekadar hiasan

Aku ni rasa raya tahun ni selain rumah mertua aku.. ada sebuah rumah je kawan kepada suami aku level pakcik2 dah aku pergi masa raya pertama. Anak aku takde la ramas2 kuih, pecahkan gelas orang atau lari sana sini. Sebab rumah pakcik tu ada kucing2.. dia dok mengadap kucing tu jer sampai balik. Tak pulak dia sepak2 atau pukul2 kucing tu. Dia cuma tengok usap2 & mengomel sorang2 dengan kucing tu.. Even anak aku mild autisme + Add.. tapi dia tak hyper atau agresif cuma kalau not in mood memang dia meragam jugak.

Tuan rumah pun takde la urut dada sangat kan even aku dah mention awal2 anak aku ni macam mana tapi sebab sepanjang kat rumah kawan suami aku tu dia sangat behave senang sikit mak bapak dia nak menyembang sambil makan makan. Tapi tengok budak lain yang normal pulak tak behave tumpahkan air bagai. See.. tak semua special kids ni bermasalah ok! Nak2 lagi ada anak pakcik tu dok melayan dia.. selfie bagai. Elok pulak dia bagi kerjasama dengan anak dara tu.. Autisme ni kalau di terapi, dididik & di asuh dengan baik.. makin besar ciri ciri dia semakin hilang. Macam anak aku pun banyak ciri2 autisme dia yang dah hilang sebab tu orang yang pertama kali jumpa bila aku cakap autisme masing2 macam tak percaya. Tapi still ada la masalah behavior kadang2. Bergantung pada mood tapi di sebabkan aku ni mak yang garang maka boleh la control juga.

Pun macam tu memang aku tak suka bertandang rumah orang. Sebab anak aku pun macam anak orang lain tak kira normal ke tidak.. Nak2 jumpa budak2 lain yang tengah dok melasak. Dia pun akan naik tocang dua juga la. Sebab aku taknak kalau anak aku terbuat perangai yang orang tak suka.. orang bercakap belakang. Zaman viral media sosial ni satgi dok up pulak anak aku buat tu ni padahal orang tak tahu masalah dia. Nampak normal tapi tidak tipikal. Orang ni kadang2 depan kita je dia manis mulut.. konon takpe budak budak je katanya. Belakang kita mulut muncung sedepa punya nak mengumpat. Status FB boleh buat novel dia punya karang.. Jadi berhati hati la. Memang ramai spesis bermuka muka macam ni.

Dulu.. Nak beraya kat rumah orang ni maybe tak jadi masalah even anak lasak tahap gaban tapi zaman sekarang ni.. Rasanya tak lama lagi budaya kunjung mengunjung ni akan hilang. Hanya di pratikkan oleh golongan tua yang anak2 dah besar panjang jer.Yang anak2 kecik tengah membesar maybe rasa duduk rumah layan TV lagi bagus dari bertandang rumah orang. dari kena umpat & jadi viral.. Kalau aku memang sakit hati orang mengata anak aku beb. Biar umpat aku jangan anak aku.. Kalau anak hangpa macam budak2 ni ok la kan bawa pi beraya rumah orang >> [VIDEO] Keluarga Dilawat 'Tetamu Special' Di Pagi Raya. Nampak Seram, Tapi Sebenarnya..<<

Kadang2 bukan salah didikan.. Ada budak2 yang jenis tak makan saman. Macam status blogger diana rashid tulis.. Takkan kat rumah orang kita mak bapak nak tunjuk perangai singa kita depan orang. Budak2 ni kadang2 bila kat rumah orang, jumpa pulak geng.. dia lupa dah cubit tampar mak dia. Jadi Bukan semua salah didikan. Budak.. fitrah dia bermain. Bersyukur la dapat anak yang dengar cakap.. Tapi kalau dapat anak tak makan saman ni, hangpa duduk je kat rumah tunggu orang datang. Biarlah orang nak kata apapun.. kalau angkut anak beranak pi beraya rumah orang anak buat perangai pun orang mengata jugak. So, memang tak ada cara nak elak dari tutup mulut orang mengata. Macam aku senang.. mampuih pi la nak mengata janji aku tak mau menyusahkan orang & aku tak mau menyusahkan anak aku jugak. Nak jaga hati orang takkan sampai nak menyakitkan anak sendiri. Dah tau ada memang tak boleh behave.. tak payah pulun sangat la kan.

Nak2 lagi yang ada anak ADHD @ hyperactive, autisme bagai ni.. Budak2 macam ni orang nampak je macam normal sebab tu ramai yang salah faham. Jadi.. bagi aku la yang ada special kids nak nak lagi yang memang tahu dia tak boleh nak duduk statik 1 tempat.. korbankan la keinginan kita nak bertandang rumah orang terutama hari raya. lebih lebih lagi rumah manusia yang tak faham masalah anak kita. Tak payah sesedih sangat la.. Banyak cara kita boleh buat untuk cari keseronokkan & kebahagian sendiri.

Moral of the story.. Kalau rasa anak kita memang jenis tak reti diam.. duduk je kat rumah atau berkunjung kerumah orang yang kita tahu boleh terima anak kita. Selalunya keluarga terdekat je la kan.. Buat apa kita nak pergi rumah orang yang kita tahu banyak rules kalau nak beraya kat rumah dia & salah sikit asyik nak viral je. Takut orang kata tak bermasyarakat atau tak reti bersosial? Sematkan dalam hati.. Ada ku kesah apa orang nak kata. Tu je cara paling berkesan. Orang tak boleh faham masalah kita so kita tak perlu terhegeh hegeh sangat nak bertandang rumah depa. Alah setakat jamu air oren dengan ketupat rendang tu.. apa la sangat.

GOLONGAN KANAK KANAK YANG BAKAL DI BENCI MENJELANG HARI RAYA

GOLONGAN KANAK KANAK YANG BAKAL DI BENCI MENJELANG HARI RAYA. Hari ni dah 11 ramadan bermakna 11 hari la kita berpuasa. Dah nak sampai pertengahan puasa pun. Time ni jangan pelik la orang dah mula shopping raya. Aku pun rasa ahad ni macam nak cari siap2 je baju raya untuk anak.. Kalau tak ada aral melintang pukang kebabom katanya.. Sekali dengan mak shopping siap siap. Bukan apa kalau hujung2 puasa nanti alamatnya kena hadap la bergesel bontot nak pilih baju raya. So, sebab taknak bontot leper di hari raya nanti rasanya dah sedang elok kot prepare siap2 apa yang patut. Dah hujung puasa esok boleh basuh & packing siap2 jer. Takde la kelam kabut katanya.

Gambar sekadar hiasan. Sumber google

Bila masuk pertengahan bulan puasa ni trend menyebarkan protocol nak beraya ke rumah orang mula bertebaran di media sosial. Takpe bagus.. saling mengingati. Bila kita bertamu kat rumah orang kita tahu do & don't katanya. Jangan nak melekat kat rumah orang dari lepas solat sunat hari raya sampai ke tengah malam. Nak2 lagi rumah orang tu ada 1 jer ruang tamu. Bagi change la tetamu lain nak bertandang katanya.

Tapi ada jugak yang tak bagus dalam protocol raya yang bertebaran di serata alam maya sekarang.. Contoh merungut pasal budak2 yang tak reti duduk diam ni. Yer betul perabot rumah kau mahal, langsir, karpet,balang kuih,air sirap,kuih muih semua mahal mahal. Datang budak macam lipas kudung habis berterabur rumah kau jadinya. Tu tak termasuk terpecahkan gelas lagi. Lumrah budak2 memang suka bermain. Betul mak bapak kena didik anak untuk pandai jaga diri bila bertandang kat rumah orang cuma aku terfikir gamaknya mak bapak yang ada anak hyperactive tu macam mana yer nak beraya ke rumah orang. Takkan la sebab nak bertamu kat rumah orang nak kena bagi ritalin untuk buat ada duduk diam macam orang dungu. Kesan ubat tu bukan bagus sangat kalau di beri secara kerap. Sesetengah orang tak faham dia ingat hyperactive tu salah satu kelakuan sebab tak didik dari rumah padahal hyperactive adalah salah satu masalah dalam perkembangan kanak kanak. Sebab tu kalau yang teruk doktor akan bagi ritalin ubat untuk slow kan hyper dia.

Bukan semua orang faham tentang masalah budak hyperactive ni yang orang nampak macam budak normal yang nakal & tak reti diam. Sebab pada pandangan mata kasar memang takkan nampak kekurangan mereka kat mana2 pun. Even anak aku bukan hyperactive tapi aku banyak jugak baca info berkenaan kanak kanak hyperactive ni. Jadi sedikit sebanyak mengubah persepsi aku bila nampak budak yang aktif dia agak luar biasa berbanding kanak kanak tipikal yang tak ada hyperactive. Tahap keaktifan kanak kanak hyperactive dengan kanak kanak tipikal yang lasak & nakal memang tak sama. Bila kita tahu Takde la kita nak pandang dengan pandangan benci.. tapi pandangan kita akan berubah menjadi simpati pada kanak2 & ibu bapa dia. Tapi tu la bukan semua orang tahu & berminat untuk ambil tahu jadi mungkin golongan kanak kanak macam ni akan di benci bila bertamu di rumah orang menjelang hari raya. Kesian kan.. kekurangan mereka bukan pilihan mereka tapi terpaksa hadap jugak tohmahan orang yang tak memahami kekurangan tu.

Itu mungkin menjadi dilema bagi ibu bapa yang ada anak hyperactive bila menjelang hari raya. Tak pergi beraya rumah orang kang orang cakap sombong, tak pandai bermasyarakat, tak suka bergaul. Bila pergi dengan keadaan anak macam tu dah orang benci, mengumpat sana sini. Nak2 lagi zaman sekarang zaman media sosial. Belum kita melangkah keluar pintu rumah dia.. dah berabuk dia herdik kat wall FB. Sesungguhnya raya dulu & sekarang memang terlalu banyak bezanya.. Raya di zaman media sosial di mana orang boleh dapat access internet semudah atas tapak tangan memang takkan sama macam dulu lagi. tapi sekarang ramai yang sibuk merenyam kat facebook dari mengayam ketupat katanya. hehehe

Moral of the story.. kalau setakat tertumpahkan air sirap tu tak payah la panjangkan isu tu sampai ke wall FB. Melainkan sampai terbalik sofa kau.. hancur habis balang kuih raya kau maybe kalau perbuatan budak2 tipikal @ normal boleh la kau tegur. Kalau lebih kurang, lasak sikit2 tu.. anggap je la lumrah budak budak. 

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com