Showing posts with label pemandu pelancong. Show all posts

NAK TAHU KENAPA OKTOBER BULAN PALING BAIK MELAWAT JEPUN?

NAK TAHU KENAPA OKTOBER BULAN PALING BAIK MELAWAT JEPUN? Wah.. lekatlekit merancang bercuti ke jepun ke tu? Amboi banyak duit awak?

Amboi.. Kalau tulis entri percutian je wajib pergi ke? I kan blogger so I memang suka membaca & apa yang best I baca.. I share la kat blog I. Bukan bermakna I baca & share tu I ada perancangan untuk pergi kesana dalam masa terdekat. Impian nak jenjalan ke negara orang seperti jepun tu memang ada.. Cuma belum ada rezeki.. So, kita berjalan jalan secara maya je dulu. Manatau esok lusa rezeki turun dari langit dapat pergi kesana, At least kita dah tahu serba sedikit tempat yang kita bakal lawati kan. Salah ke? Tak kan?

Bagi yang ada perancangan nak melawat Jepun perkara utama kita perlu tahu sebelum ke sesuatu tempat tu ada cuaca. yelah.. Takkan kita nak pergi bercuti pada masa cuaca yang tak berapa baik & menyukarkan perjalanan kita ye dak.

Kalau korang nak ke Jepun.. Oktober adalah bulan paling baik untuk di kunjungi. Nak tau sebab apa? sebab cuaca pada bulan oktober ni tak panas & tak sejuk. Time ni pokok pokok semua mula berubah pada warna kekuningan. Normally kat daerah utara & dataran tinggi contoh di Hokkaido.

Selain cucaca yang memang sangat sesuai untuk berjalan jalan kat Hokkaido, Hokkaido juga pulau kedua terbesar di Jepun dan merupakan wilayah yang terletak di bahagian paling utara Jepun. Di tengah-tengah pulau Hokkaidō terdapat beberapa gunung serta gunung berapi di atas dataran tanah tinggi, dan beberapa kawasan pantai. Hokkaidō terkenal dengan musim luruhnya yang sejuk dan musim salji. Hokkaidō biasanya tidak hujan semasa musim hujan antara bulan Jun - Julai dan juga kadar kelembapan yang sedikit serta agak panas (tidak terlalu panas), yang menjadikan Hokkaidō  pilihan kepada pengunjung luar kerana cuacanya yang berbeza daripada daerahn Jepun yang lain.

Antara tempat menarik di Hokkaido 

Taman Odori (Odori Park)

Terletak di Sapporo. di sini terdapat lebih 4.700 batang pokok terdiri daripada 92 jenis, termasuk lilac dan elm, yang terletak di tengah kawasan bandar. walaupun di namakan sebagai taman sebenarnya Odori ni dia cuma satu kawasan di tengah bandar yang mempunyai banyak pokok yang cantik. Taman Odori sering di jadikan tempat untuk di adakan pelbagai acara tahunan terkenal di Hokkaido mengikut musim. Pada musim bunga Festival Lilac akan diadakan, musim panas Soran Yosakoi dan Festival Taman Bir diadakan, manakala Festival Autumn diadakan pada musim luruh, dimana pengungjung dapat menikmati pelbagai makanan Hokkaido, dan di musim sejuk terdapat Festival Salji.


Taman Buah Jozankei

Taman buah ini terletak di Sapporo di mana anda boleh membuat aktiviti memancing dan memetik pelbagai buah seperti strawberi, ceri dan banyak lagi.
Taman Buah Jozankei (dahulunya dikenali sebagai Taman Buah Sasaki), taman buah yang terletak berhampiran dengan Waduk Hoheikyo di Sapporo. Pengunjung boleh melakukan aktiviti memetik buah bermusim sehingga awal November.

Di taman buah ini terdapat juga kolam ikan yang merupakan tempat kegemaran kanak-kanak untuk memancing dan bergaul dengan penduduk Sapporo dari semua peringkat umur. Jalan-jalan di dalam taman buah ini sangat luas dan berturap, jadi pengunjung yang kerusi roda atau membawa baby stroller pun dapat menikmati aktiviti memetik buah dengan selesa & mudah. Disini juga anda boleh minum air dari mata air bawah tanah yang mengalir dari lembah sungai Muine Mountain. Taman ini juga menyediakan makanan, seperti Jozankei Burger dan genghis khan yang popular di kalangan pelancong.


Tu antara dua tempat menarik di Hokkaido.. Sebenarnya banyak lagi tempat yang menarik boleh di kungjungi bila melancong ke Hokkaido Jepun ni


Kalau ada yang tengah survey pakej pelancongan ke Jepun ni.. korang boleh juga intai intai dengan Japan Budget Trip. Antara keistimewaan JBT (Japan Budget Trip) ni.. Satu di uruskan oleh orang tempatan berbangsa Melayu.. pakej dia memang pakej bajet ok! Dengan bajet ciput korang boleh jenjalan kat Jepun dengan selesa & selamat bersama Japan Budget Trip.. amatlah berbaloi.


Antara Pakej yang terkini dari JBT adalah

Pakej Himawari Hokkaido Autumn Trip 2018 (HHAT2018)

Maklumat Trip :

☯Tarikh : 24 – 28 Okotober 2018
☯Jangkamasa trip : 5 hari 4 malam (5D4N)
☯Hotel atau Guesthouse
☯Deposit RM200 seorang
☯Pengangkutan : MPV/Van
☯Harga : RM3,890 seorang (Harga Early Bird = RM3,490 )

Early Bird Promo

☯Diskaun sebanyak RM400 seorang.
☯Minima pendaftaran utk tawaran diskaun ini adalah 2 orang.
☯Tawaran hanya untuk 4 peserta yang mendaftar paling awal.
☯Selepas 4 peserta awal, pendaftaran secara otomatik akan menjadi harga pakej biasa.
✺ Pendaftaran dikira selesai selepas pembayaran deposit dan pendaftaran secara online di buat di Daftar JBT.



Harga Termasuk :

✓Penginapan
✓Pengangkutan (MPV/Van)
✓Insuran perjalanan
✓Caj entri ke mana2 tempat lawatan (seperti itinerari)
✓Jurupandu

Harga TIDAK Termasuk :

✘Tiket penerbangan pergi-balik ke Jepun
✘Makan dan minum
✘Perbelanjaan selain dari itinerari

Cadangan Itinerari :

❖Hari o : Bertolak dengan penerbangan Air Asia pada sebelah malam.
❖Hari 1 : Tiba di New Chitose Airport pada sebelah pagi. Otaru (Shukutsu Panorama Deck, Otaru ❖Canal & Sakaimachi)
❖Hari 2 : Bie (SBlue Pond & Shirahige Fall) dan Furano (Tomita Farm & Ningle Terrace)
❖Hari 3 : Hokkaido University Ginkgo, Odori Park & Tanukikoji Shopping Street
❖Hari 4 : Lake Toya, Sobetsu Fruit Village & Noboribetsu Hell Valley
❖Hari 5 : Bertolak ke New Chitose Airport untuk penerbangan sebelah pagi


Nota :

☛Trip bermula dan berakhir di New Chitose Airport

☛Sila ke Daftar Trip JBT untuk urusan penempahan trip.

☛Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada peserta yang mendaftar dan peserta boleh memilih untuk meneruskan trip atau wang akan dikembalikan. (min-4-to-go)

☛Tambahan RM500 untuk bilik seorang (single room)

☛Sebarang pembatalan dari pihak peserta selepas membuat pembayaran adalah tertakluk kepada Terma & Syarat semasa mengisi borang online.

✺ Untuk sebarang maklumat lanjut, sila Hubungi JBT.


Layari laman sosial Japan Budget Trip untuk pakej dan maklumat-maklumat terkini yang lain.

 Whatsapp : http://japanbudgettrip.com.my/0137287178 
 emel :  japanbudgettrip@gmail.com 

Layari facebook :
  Japan Budget Trip 
untuk pakej dan maklumat-maklumat terkini yang lain.

Atau boleh ikuti JBT di social media
 Twitter : Japan Budget Trip 
 Instagram : japanbudgettrip 
Blog : Japan Budget Trip

PENTING UNTUK ANDA TAHU KENAPA UNTUNG PERGI JEPUN PADA BULAN MAC

PENTING UNTUK ANDA TAHU KENAPA UNTUNG PERGI JEPUN PADA BULAN MAC. Sapa kat sini yang teringin sangat nak pergi melancong ke Jepun dengan budget yang tak besar? Ramai kot termasuk aku.. Dok baca orang review tempat - tempat yang best kat Jepun.. Boleh terbawa bawa dalam mimpi ok sebab Jepun antara negara yang cantik & bersih. Bukan je ada Ju On Ok hahahaha..


Jadi yang mana tengah merancang percutian di Jepun Elok sangat la korang baca entri ni sehingga ke titik terakhir kalau tak mungkin anda akan menyesal di kemudian hari sebabnya korang kena tahu bila masa yang terbaik untuk melawat jepun. Dan kenapa aku cakap lebih untung korang pergi jepun pada bulan mac? Nak tahu ke tidak?? Nak tahu teruskan membaca jangkan skip walau satu huruf pun ok! hehehehe

Kalau korang merancang nak melancong ke Jepun harus tengok pakej2 yang di sediakan oleh Japan Budget Trip (JBT). Bulan Mac ni. JBT menawarkan Trip ke Tokyo Jepun di mana dalam satu trip ni korang berpeluang merasai pengalaman dua musim yang berbeza. Satu korang boleh menikmati keindahan bunga sakura yang menjadi lambang kebanggaan Jepun di Tokyo & boleh la juga kalau nak rasa main salji di Gala Yuzawa. Untung tak? Bukan semua tempat dalam 1 negara tu korang boleh rasai dua musim dalam satu masa yang sama ok! So, bulan Mac di Jepun korang boleh ambil kesempatan macam ni.



Untuk info.. Gala Yuzawa ni kalau korang nak tahu salah satu tempat peranginan untuk main ski & snowboard yang paling popular di kalangan pelancong luar & juga pengunjung tempatan di kalangan rakyat jepun sendiri. Salah satu sebab kenapa ia menjadi pilihan pelancong.. kat situ ada kemudahan pengakutan awam seperti keretapi & keretapi bawah tanah. Selain boleh jimat kos korang boleh merasai pengalaman naik kemudahan awam kat Jepun jugak. Apa barang kan pergi melancong naik private car katanya. Bila pergi negara orang better naik transport awam. Dengan cara tu korang boleh belajar cara hidup, adap & budaya masyarakat setempat tapi yang baik jadikan teladan yang buruk tu pandai2 la buat sempadan ye.. Pengalaman macam tu sangat berharga ok sebab bukan tiap2 minggu kita boleh ke negara orang, ye dak? Jadi manafaatkan peluang yang ada dengan cuba banyak perkara bila melancong ke negara orang.


Lagi satu bagi pelancong yang tak pandai berbahasa jepun, kat situ juga ada kemudahan fasiliti. Kita sedia maklum la kan.. Orang jepun ni bukan ramai yang boleh berbahasa Inggeris apatah lagi nak cakap bahasa melayu. Kau jangan mimpi sangat la kan.. Jadi kat situ ada di sediakan kaunter khas untuk pelancong yang menggunakan bahasa Inggeris & ada beberapa orang kakitangan yang boleh bercakap dalam bahasa Inggeris untuk membantu memudahkan para pelancong yang datang dari luar negara Jepun



Antara sebab lain kenapa Gala Yuzawa menjadi tarikan adalah sebab  Kemudahan stesen Shinkansen yang disambung terus dengan stesen gondola Gala Yuzawa, juga adalah antara tarikan utama kenapa ramai orang lebih suka memilih untuk ke Gala Yuzawa. Perjalanan terus Shinkansen dari Tokyo hanya mengambil masa lebih kurang 70 minit untuk sampai ke Gala Yuzawa. Selain tu ada juga kemudahan gondola dari stesen Shinkansen terus ke kawasan utama pusat peranginan. Memang memudahkan pelancong atau pengunjung untuk bersantai secara 'day trip' kat situ.

Shinkansen

Satu lagi tarikan Gala Yuzawa adalah musimnya yang panjang iaitu dibuka sehingga memasuki awal bulan Mei. Untuk tahun ini, ianya dibuka sehingga 7 Mei 2017.

Jadi kalau korang merancang melancong ke Jepun terutama nak ke Tokyo, pada bulan Mac & April peluang korang nak merasai musim sakura boleh la ke Gala Yuzawa juga sebab dalam satu trip ni korang berpeluang menikmati pengalaman dua musim dalam satu masa. Ni memang bonus & pakej yang menguntungkan ok! Sebab korang boleh merasai musim bunga kat Tokyo & Musim Sejuk kat Gala Yuzawa.


Sekiranya korang guna JR Tokyo Wide Pass ada diskaun untuk pakej main salji atau ski. Untuk maklumat lanjut berkenaan perkara tu boleh layari websiti JR Tokyo Wide Pass. Tapi nak senang korang join je Trip yang di sediakan oleh Japan Budget Trip (JBT) yang mengabungkan kedua-dua pengalaman ini dalam satu trip yang sama dalam bulan Mac ini



Japan Budget Trip (JBT) menawarkan pakej menarik untuk anda..

Pakej 5 Hari 4 Malam (kod : JSST2017A-5D4N)

↠Tarikh : 20 – 24 Mac 2017
↠Lawatan sekitar tempat-tempat menarik di Tokyo
↠Lawatan ke Gala Yuzawa Ski Resort dan Karuizawa (Premium outlet & Ski Resort) dengan menaiki Shinkansen (keretapi laju)
↠Harga – dewasa (12 tahun dan keatas ) : RM2,390 seorang / kanak2 (7 hingga 11 tahun) : RM2,090 seorang

Harga termasuk :

⇛Penginapan (2-4 orang sebilik)
⇛Pengangkutan awam (Keretapi, bas dll)
⇛Insuran perjalanan
⇛Jurupandu

Harga TIDAK termasuk :

⇛Tiket penerbangan pergi-balik ke Tokyo
⇛Makan dan minum
⇛Caj entri ke mana2 tempat lawatan (jika ada)
⇛Caj sewa peralatan ski & snowboard (jika ada)
⇛Caj lif (jika ada)

Cadangan Perjalanan Trip (JSST2017-5D4N) :

⇨Hari 1 : Ketibaan dan berkumpul di Lapangan Terbang Haneda (Tokyo) pada pukul 11.00 ⇨malam. Daftar masuk hotel
⇨Hari 2 : Trip ke Gala Yuzawa Ski Resort (menaiki keretapi laju Shinkansen)
⇨Hari 3 : Trip ke Karuizawa Shopping Plaza & Ski Resort (menaiki keretapi laju Shinkansen)
⇨Hari 4 : Bersiar-siar sekitar Tokyo sambil melihat Sakura mula berkembang.
⇨Hari 5 : Bersiar-siar sekitar Tokyo sambil melihat Sakura mula berkembang sebelum ⇨bertolak pulang melalui Lapangan Terbang Haneda

Terma dan Syarat :


⇛Trip bermula dan berakhir di Haneda Airport
⇛Had umur minima untuk meyertai pakej ini adalah 7 tahun
⇛Sebarang pembatalan dari pihak peserta selepas membuat pembayaran adalah tertakluk ⇛kepada Terma & Syarat semasa mengisi borang online.
⇛Emel ke japanbudgettrip@gmailcom atau whatsapp/sms ke 013-7287178 untuk pengesahan kekosongan.
⇛Buat pembayaran setelah mendapat pengesahan kekosongan
⇛Isi borang online di link berikut https://goo.gl/pP1zEa

Cadangan penerbangan

⁂Air Asia X (AAX)
⁂Kuala Lumpur – Tokyo : 20 Mac 2017, KUL (14:30) – HND (22:30) [D7 522]
⁂Tokyo – Kuala Lumpur : 24 Mac 2017, HND (23:45) – KUL (06:10) [D7 523]
⁂Air Nippon Airways (ANA)
⁂Kuala Lumpur – Tokyo : 20 Mac 2017, KUL (14:00) – HND (22:00) [NH 886]
⁂Tokyo – Kuala Lumpur : 25 Mac 2017, HND (0:05) – KUL (06:20) [NH 885]

Sedikit info..
Dalam bulan March & April bagi anda yang hanya perlukan guide tour di Tokyo & Osaka walau datang sendiri tanpa ambil pakej dari Japan Budget Trip (JBT) ni..Boleh je guna khidmat JBT untuk guide tour. Sebab mereka memang menyediakan perkhidmatan guide tour kat Jepun.. Just contact je dorang kalau nak. Tak semestinya kena ambil full package dengan dorang ok!

Untuk lebih informasi tentang pakej ni korang boleh ke facebook : Japan Budget Trip - JBT

Tapi kalau rasa tak minat sangat nak ke Tokyo atau Gala Yuzawa ni ada lagi satu pakej yang korang boleh cuba Dengan Japan Budget Trip (JBT) ni iatu :

Kansai Autumn Trip (JKAT2017)

Musim luruh di jepun ni antara musim yang menjadi pilihan ramai pelancong dalam & luar jepun terutama di kawasan kawasan sekitar Kyoto, Osaka, Nara Dan banyak lagi. Ketika musim luruh kat tempat2 tersebut mempunyai permandangan yang cantik & berwarna warni. Kalau musim bunga pula tempat tempat ni terkenal dengan berbagai jenis bunga & warna yang berkembang mekar. Tapi Kalau musim luruh ni korang berpeluang tengok daun yang berwarna warni seperti warna merah,kuning, perang. Memang sangat2 cantik & menakjubkan. Kalau kaki selfie & suka photography tu memang musim luruh korang boleh ambil gambar gambar yang cantik. Yelah.. jejauh pergi melancong takkan tak ambil gambar ye dak? nak2 lagi sekarang trend selfie.. Bila ke tempat yang mempunyai cuaca & permandangan yang cantik gambar pun pun cantik juga.


Dengan Japan Budget Trip (JBT) ni ada pakej yang mampu milik jadi kalau korang bercadang nak melancong ke sana boleh tengok  Pakej JBT Kansai Autumn Trip : 26 Nov – 1 Dis 2017 6 Hari 5 Malam (6D5N)

Maklumat pakej :

♣Tarikh : 26 Nov. – 1 Dis. 2017
♣Harga : RM2,490 seorang
♣Diskaun RM200 utk kanak2 berumur 7 hingga 11 tahun
♣Bilik tidur dengan bilik air (Hotel)
♣Bilik mandi didalam bilik tidur (private bathroom)
♣Tuala mandi disediakan

Tawaran Early Bird

♥Diskaun sebanyak RM400 seorang bagi 5 peserta terawal dan pendaftaran sebelum 31 March 2017
♥Minima pendaftaran adalah 2 orang
♥Jika pendaftaran dibuat sebelum 29 Februari 2016, tetapi menjadi peserta ke enam dan seterusnya, pendaftaran secara automatik akan ditukar kepada pendaftaran biasa iaitu tanpa ♥diskaun Tawaran Early Bird .

Harga Termasuk :

☺Penginapan
☺Pengangkutan (Shinkansen, keretapi, bas dll)
☺Insuran perjalanan
☺Jurupandu
☺Harga TIDAK Termasuk :
☺Tiket penerbangan pergi-balik ke Jepun
☺Makan dan minum
☺Caj entri ke mana2 tempat lawatan (jika ada)

Cadangan Itinerari :

👘Hari 1 : Tiba di Kansai Airport pada sebelah pagi. Osaka (Namba & Shinsaibashi)
👘Hari 2 : Kyoto ( Arashiyama, Kyoto Tower & Kyoto Station)
👘Hari 3 : Nara (Nara Dear Park) & Kyoto (Kiyomizudera, Higashiyama & Gion)
👘Hari 4 : Himeji (Himeji Castle & Kokoen) & Osaka (Umeda Sky Building)
👘Hari 5 : Kobe (Harborland, Nunobiki Herb Garden & Kobe Mosque)
👘Hari 6 : Bertolak pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan pagi

Nota :
Sila ke Daftar Trip JBT untuk urusan penempahan trip.
Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada peserta yang mendaftar dan peserta boleh memilih untuk meneruskan trip atau wang akan dikembalikan.
Tambahan RM500 untuk bilik seorang (single room)

Had umur minima untuk menyertai pakej ini adalah 7 tahun.

# Sebarang pembatalan dari pihak peserta selepas membuat pembayaran adalah tertakluk kepada Terma & Syarat semasa mengisi borang online di link berikut https://goo.gl/pP1zEa


Nak tengok gambar trip sebelum ni boleh check it out kat sini JBT Kansai Autumn Trip


Untuk maklumat lanjut korang boleh rujuk
Facebook : JBT Kansai Autumn Trip 
Untuk sebarangpertanyaan  
email : japanbudgettrip@gmail.com

Jadi pada yang merancangan percutian Budget ke Jepun boleh la pilih Japan Budget Trip (JBT) ni. Selain tidak mempunyai rekod menipu, Insya Allah percutian & perjalanan anda lebih selamat, mudah & menyeronokkan selain jimat.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com