Showing posts with label cerita peribadi blogger. Show all posts

BILA PEMBERIAN DI ABDI DALAM LONGGOK SAMPAH

Terhasut dengan entri - entri Nostalgia Nyah Zulfikar tiba - tiba aku yang umpama hilang ingatan & susah nak ingat memori lampau ni teringat pula satu kisah penuh airmata yang pernah terjadi dalam hidup sang lekit. Penuh airmata tu.. agak - agak berapa liter jer airmata tu?? kekekekeke

Kadang - kadang sang lekit tak mahu ingat apa juga kisah silam sebabnya rasa terlalu banyak yang kelat dari yang manis. Dari zaman kanak - kanak hingga remaja sebelum sang lekit jadi kuat & tegas dengan diri sendiri & kawan - kawan. Bila dah kawin sang lekit putuskan tiada istilah BFF (macam trend sekarang). Pengalaman buat kita belajar untuk menilai & membuat keputusan. Jadi sang lekit selesa dengan hidup sang lekit sekarang. Adapun kawan - kawan banyak berinteraksi melalui online macam blog & FB. Bila dah jadi surirumah ni pergaulan dengan kawan - kawan juga semakin jauh. Tapi sang lekit selesa dengan kehidupan sekarang.

Berbalik pada kisah yang sang lekit nak kongsikan. Kehidupan kanak - kanak  & remaja sang lekit tak jauh beza dari orang lain. Kawan ada sesuatu yang ada seiring dengan perjalanan meniti dewasa. Macam orang lain jugak, ada kawan & kawan baik. Sang Lekit ada kawan baik sejak kecik sampai la besar (remaja) yang sangat2 rapat. Di pendekkan cerita sang lekit pernah bagi dia sesuatu untuk hadiah hari jadi. Tak ingat pula hari jadi dia yang keberapa tahun.

Mula - mula memang la hadiah tu terhias dalam bilik dia tapi lama kelamaan.. hadiah tu dah macam tak berharga walau tak mengalami apa2 kerosakkan. Biasa la duduk kampung kan.. bila menyapu halaman ada satu tempat yang menjadi longgok sampah sebelum di bakar. Orang kampung la katakan.. Satu hari dengan kuasa Tuhan juga sang lekit terlintas depan longgok sampah rumah kawan baik sang lekit ni.. Tersentap juga bila pandang sesuatu yang pernah sang lekit bagi pada dia di abdi kat situ. Percaya tak sang lekit kutip benda tu & bawak balik kat rumah. Sang lekit simpan. (ada jugak tanya dia kenapa buang tapi dia cakap tak perasan pasal hadiah tu dalam longgok sampah)

Kalau korang kat tempat sang lekit apa perasaan korang?? Mesti touching juga kan walau tak meraung tahap pontianak. Pun macam tu tetap sang lekit diam & teruskan hubungan kawan baik macam biasa. Sang lekit ni kalau dulu memang suka jadi bodoh sebab kawan. Lebih - lebih lagi dengan kawan baik. Tapi itulah harga sebuah pengalaman. Ilmu yang takkan dapat dari mana2. Kita belajar menjadi seorang penilai dan menjadikan pengalaman sebagai rujukan.

Sampai sekarang sang lekit berpegang dengan prinsip baik berpada pada. Bukan berdendam tak juga masih marah atau benci tapi bak kata pepatah jangan pisang berbuah dua kali walau dalam hidup sang lekit ni kalau pisang jadi perumpamaan dah masuk mastika.. berbuah beratus ribu kali baru nak cerdik. Kekekekekeke. Ini sekadar entri berkongsi kisah silam. Mana yang baik ambil sebagai teladan, yang buruk abdikan dalam longgok sampah yer.

Jangan mengabdikan pemberian seseorang disini tanpa sebab musabab & alasan yang munasabah. Kecik hati orang tu tau!


UJANG & YANA BERTANDANG DALAM MIMPI

Semalam kurang tidur.. Lepas tu bangun awal sebab en hubby nak ke melaka. Siang memang susah sikit sang lekit nak tidur tapi dalam pukul 9++ malam sang lekit terlelap depan pc. Kalau dah online pasti la depan blog & FB jer.. Mungkin sebab tu menjana mimpi pada pasangan blogger suami isteri ni.

Boleh pula mimpi Ujang & Yana. Nak kata asyik rindukan dorang tak juga tapi selalu jugak la baca coretan & bebelan sepasang blogger ni. Dalam mimpi tu Si Ujang & Yana temankan Sang Lekit masa en hubby takde. Baik & caring pula si Ujang & yana tu dalam mimpi sang lekit.

Ni la pasangan blogger suami isteri yang bertandang dalam mimpi sang lekit tadi (Gambar di culik dari FB Ujang)

Bangun je rasa pelik.. Kenapa tiba - tiba pula mimpi si Ujang & Yana ni? Nak kata hanya blog dorang jer sang lekit baca hari ni tak jugak. Kalau Mimpi Nyah Zulfikar tu tak pelik jugak la sebab sang lekit memang selalu berinteraksi & berkutuk senda dengan dia samada di blog atau FB. Dengan Ujang & Yana ni selalunya berkomen jer kat entri dorang.

Apapun terima kasih pada Ujang & Yana sebab sudi bertandang dalam mimpi sang lekit tadi. Kekekekeke

RAMAI YANG TILIK,TENUNG & TEKA CAKAP LELAKI

Ramai ahli2 nujum pak/mak belalang sedang meneka.. Lelaki ke perempuan? Tapi ramai yang kata lelaki. Sampai naluri sang lekit pun rasa lelaki...

Tapi sang lekit was was juga dengan naluri sendiri sebabnya sang lekit memang la nak sangat lelaki. Yelah.. selama ni membesar dengan adik beradik yang kesemuanya perempuan. 6 beradik perempuan. Jadi.. berharap juga yang bakal mendaftar ahli baru pertama ni lelaki.

Apa yang lelaki & perempuan ni sang lekit Ooi?? Alahai.. anak dalam perut ni la. Dari awal usia dia 4 bulan dalam perut sang lekit rasa lelaki melalui gerak hati seorang ibu & tahap keaktifan si baby dalam perut. Tapi En hubby pula kalau di beri pilihan nak baby girl sebab dia pula membesar dengan adik beradik lelaki.

Korang nak join teka teki ni ker? Meh join meneka sekali berdasarkan gambar boyot sang lekit yang berusia 7 bulan ni.

7 bulan

Apapun jantina anak sulung sang lekit ni.. Sang Lekit terima dengan hati yang terbuka & gembira. Yang penting permata hati sulung ku lahir dengan sempurna sifat, sihat & ceria. Moga dengan kehadirannya membuka ruang rezeki yang melimpah ruah,memberi kebahagian & mengeratkan & mengekalkan ikatan perkahwinan antara sang lekit dan en hubby.

P/S : Sang Lekit dah ada pilih dua nama... (lelaki & perempuan). Tapi kalau perempuan en hubby dah booking dia yang akan bagi nama.

BILA KANDUNGAN DAH CECAH 6 BULAN ++

Bila kandungan dah cecah 6 bulan ++ ni sang lekit mula dapat rasa banyak benda semakin berubah selain perut yang semakin membesar, bayi yang semakin aktif & kuat bergerak serta menendang. Sampai boleh nampak jelas dari luar perut gerakkan baby tu. Memang satu keajaiban bagi seorang bakal ibu yang pertama kali menempuh alam mengandung ni.

SEKADAR HIASAN
Dan paling ketara adalah dari segi kudrat. Jalan sikit kaki mula rasa lenguh yang amat. Buat kerja rumah yang tak banyak pun cepat letih walau nak jemur baju kat ampaian. Dulu ligat sang lekit berus baju kemeja putih Hubby. Sekarang ni dah makin rasa susah sebab bila duduk perut tu akan menghalang banyak pergerakkan kita lebih - lebih kalau baby mula dengki. Time kita nak berus baju dia mula la turun ke bawah & perut akan rasa tegang. Sang lekit memang tak suka basuh baju kemeja putih hubby guna washing machine. Rasa tak puas hati tahap kebersihannya. Lebih2 lagi kat lengan baju. Rasa tak sampai hati kalau hubby pergi kerja baju comot2. Baju lain2 memang la di humban dalam washing machine jer.

Yang paling sang lekit risau makin bertambah usia kandungan makin kurang pula selera makan. Aduhai.. Kadang - kadang paksa juga diri makan sebab takut kesannya pada bayi nanti. Mungkin faktor bosan buat sang lekit kurang makan. Yelah.. sorang - sorang kat rumah, nak makan or masak pun macam tak best.

Dari segi emosi pun makin berubah. Tak di nafikan memang sang lekit sekarang ni rasa cepat touching walau tak di tonjolkan secara umum pada sesiapa tapi hati sendiri mesti tahu. Sentiasa rasa nak suami tu ada depan mata. Semakin mengharap dia luangkan masa untuk diri sang lekit. Tapi takkan la hubby nak 24 jam mengadap bini dia kot. Kerja pun kena kalau tak siapa yang nak tanggung semua kos sara hidup, kan?

Cepat rasa marah pun ada jugak.Tapi sang lekit selalunya berjaya atasi emosi ni. Kalau rasa nak marah seperti biasa sang lekit akan diam. Ambil beberapa minit untuk motivasikan diri dalam hati & kemudian ok la. Rupanya melalui alam mengandung ni bukan la sesuatu yang mudah sangat. Perubahan bukan saja dari fizikal tapi emosi dan mental juga. Semoga sang lekit berjaya harunginya yer..

HIDUP KAU TAK BEST SEBAB TU KAU TAK CERITA

Wah dari tajuk entri mesti korang dapat teka pastinya ada isu hot & spicy yang sang lekit nak kopek dengan rakusnya, kan?? Takde la panas, pedas & perit sangat macam isu2 kat blog Nyah Zulfikar tu. Dia tu Sifu Sang Lekit.. So,tahap bahang entri dia lebih mengatasi entri sang lekit. Berpadanan la dengan ilmu yang ada.

Isu kali ni berkisahkan tentang blog juga. Mana – mana blogger yang tak berapa kenyal & kental jiwanya tu di nasihatkan jangan membaca takut timbul pula salah faham konon2 isu ni di adaptasi dari blog korang. Isu ni di kupas kupis secara umum yer tidak melibatkan mana2 blog atau blogger.

Okies berbalik kepada tajuk isu kita kali ni.. Ada yang berpendapat Sang Lekit jarang nak share kisah peribadi & kehidupan seharian kat blog & hanya tau menghentam & mengondem orang lain dengan isu2 berunsurkan pandangan & pendapat peribadi sang lekit ni menganggap sang lekit melalui rutin harian yang sangat2 membosankan, menderita & sentiasa dalam kemurungan. Jadi untuk mengubat semua kekecewaan hidup tu maka lahirlah entri2 yang bagi mereka berunsurkan umpatan.


Hasil carian google. Sekadar hiasan

Memang di akui blog melekit jarang nak share kisah2 peribadi tentang kehidupan seharian.. Kalau ada pun, kisah2 biasa yang tidak terlalu peribadi. Kenapa? Itu adalah prinsip sang lekit berblog. Kenapa harus cerita pada orang kisah2 peribadi yang mungkin menjadi senjata untuk orang lain jatuhkan kita, mungkin bukan hari ini tapi tak mustahil satu hari nanti. Berpada pada dalam menulis kisah peribadi.. Jangan sampai membuka rahsia sendiri, keluarga & saudara. Berpada pada juga kalau nak kongsi rutin harian jangan sampai ada yang bosan. Sebab tak semua rutin harian kita tu ada pengisian & mengiburkan. Betul tak??

Sebab tu la.. Sang Lekit hanya memilih kisah tertentu jer kalaupun nak kongsi aktiviti peribadi sang lekit. Sang Lekit banyak habiskan masa membaca & melihat apa yang ada di sekeliling sang lekit mungkin boleh di jadikan bahan membuat entri yang bermanafaat untuk di kongsi. Kalau dulu blog ni pun merapu meraban juga.. Tapi tak salah kita belajar dari kesilapan & cuba memperbaiki kelemahan. Ilmu itu takkan habis untuk di pelajari hingga akhir hayat.

Apapun sang lekit tak kata semua entri2 di blog melekit ni penuh pengisian & manafaat tapi cuba & belajar untuk menulis sesuatu yang berfaedah dari masa ke semasa. Apapun blog ni masih banyak kelemahan untuk di perbaiki. Teguran, pandangan & nasihat semua masih di perlukan. So,dengan meneruskan aktiviti menulis blog ni mungkin membantu sang lekit dari segi peningkatan dalam penulisan blog. Ini Cuma pandangan peribadi jer.. harap takde yang terasa hati.

P/S : apapun tema penulisan blog korang itu hak korang yer.. sang lekit Cuma memberi pendapat jer bukan nak paksa orang ikut konsep penulisan macam kat blog melekit. Mungkin cerita peribadi & rutin harian korang adalah kekuatan blog korang jadi teruskan la. Jangan ada yang salah faham pula tau

** Ini tak termasuk cerita2 nostalgia/kenangan yer.. Macam Nyah Zulfikar buat tu bagi sang lekit menarik, menghiburkan & ada pengisiannya. Tapi kisah nostalgia/kenangan pun kena tapis2 juga sebab takut tercerita aib sendiri, keluarga & sedara mara. Kalau nak juga cerita Sang Lekit ada satu idea jadi blogger yang macam Anonymous.. Menaip dalam misteri. So sapa2 tak tau.. kekekekekeke



BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com