KISAH SERAM PASARAYA TESCO MERGONG DI HANTUI LEMBAGA HITAM
KISAH SERAM PASARAYA TESCO MERGONG DI HANTUI LEMBAGA HITAM. Sekarang ni orang tengah sibuk tulis pasal filem seram Volkswagen kuning. Tapi aku malam ni nak cerita pasal pasaraya Tesco pulak. Jarang kat blog lekatlekit.com ni nak share cerita seram melibatkan pasaraya sebab tak banyak kisah seram melibatkan pasaraya. Almaklum la pasaraya sapa nak kisah sangat pasal hantu sebab kat dalam tu banyak benda yang boleh menghantui pengunjung katanya hahahhaa...Alkisah pasal pasaraya Tesco Mergong Alor Setar ni katanya berhantu. Setiap kali budak kecik yang di bawa masuk ke situ akan menangis. Menurut cerita orang2 la kan.. katanya memang kat situ kawasan panas sikit. Yang menyebabkan dia jadi berhantu adalah sebab berjiran dengan dua kubur katanya. Asal berhantu je hangpa nak kaitkan dengan kubur kan.. Kubur tu di pagar dengan Zink yang tinggi tapi tinggi lagi kebolehan hantu untuk menyakat manusia kat situ.
Menurut cerita yang aku baca.. Dari cerita pekerja Tesco & pekerja Pizza hut kat situ.. Mereka pernah ternampak satu lembaga hitam bertenggek kat dahan pokok yang berada di tengah2 antara dua kubur tersebut. Tak tau la apa menatang yang bertenggek malam2 buta kat situ.. Di tambah seram lagi pengawal keselamatan kat situ pun selalu terbau wangi di sertakan dengan perasaan seram sejuk bila melalui kawasan tu. Tak tau kejadian seram tu ada kaitan dengan dua kubur misteri tu atau tidak.. Sebab kubur misteri tu pun tak tau macam mana boleh ada kat situ.
Elok la berhantu sikit pasaraya ni.. Bukan apa kalau dia tak berhantu ramai pulak kaum wanita naik hantu. Nak2 lagi nampak perkataan keramat 'Sale' tu boleh histeria jadinya. Bila ada kisah2 mistik melibatkan pasaraya tu.. Kurang sikit aktiviti yang menyeramkan para suami di lakukan oleh kaum wanita hahaha.