WALAU DI ANGGAP TIDAK KENAL HURUF TAPI DAH BOLEH TULIS NAMA SENDIRI SELEPAS AMALKAN ESSENTIAL OIL
WALAU DI ANGGAP TIDAK KENAL HURUF TAPI DAH BOLEH TULIS NAMA SENDIRI SELEPAS AMALKAN ESSENTIAL OIL. Seronok tau bila boleh tengok progress anak yang nampak semakin laju bila kita amalkan sesuatu produk. Tak sabar nak share dengan orang lain supaya orang yang memerlukan sama sama dapat manafaat & kebaikkan. Sebab aku percaya dengan berkongsi kebaikkan dengan orang lain, kita akan sama2 mendapat kebaikkan tu. So, tak payah kedekut sangat kan..Comel kan tulisan shahila bila menulis hahahaha |
Dah masuk bulan kedua shahila amalkan pengambilan produk Young Living Essential Oil untuk focus blend. Kesan dia pada shahila boleh nampak seawal 3 hari. Nanti korang boleh baca entri sebelum ni yang aku share pasal perkembangan shahila selepas guna essential oil, focus blend ni. Seperti semua sedia maklum shahila ada masalah dalam perkembangannya.. Sebab kekurangan dia memang tak nampak dengan mata kasar so selalunya orang nampak dia macam budak2 normal yang lain. Kena mendekati & mengenali dia.. Baru akan nampak kekurangan dia tu. Baru2 ni shahila di refer ke pakar psychologist kanak kanak untuk membuat IQ test & dignosis. Malangnya shahila kurang bagi kerjasama sebab masalah low attention (Kurang Tumpuan) & Speech Delay (Lambat bercakap). Walaupun shahila dah masuk kategori Verbal (boleh bercakap) tapi masih dalam level speech delay. Sebab komunikasi dia masih di tahap kanak kanak 3 tahun setengah macam tu menurut doktor.
Kalau nak tengok banyak lagi aktiviti & perkembangan shahila boleh follow IG : @lalalekatlekit kat sini susah nak upload video2 dia belajar.
Video yang sempat aku record masa shahila menulis nama dia sendiri
Dari segi komunikasi Alhamdulillah semakin banyak dari masa ke semasa selain echolalia. Dia dah pandai menggunakan ayat untuk bercakap pada situasi yang betul.Dia nak cakap apa2 sekarang ni dia dah boleh bagitau dengan cara komunikasi dua hala. Insya Allah.. Akan berkembang lebih baik dari masa ke semasa.
Selain tu dia lebih dengar kata la & kurang tantrum bila dia tak dapat sesuatu. Kalau dulu, pantang kena reject permintaan dia confirm mengamuk walau tantrum dia tak lama.. Kalau kat rumah ni aku bagi arahan apa2 pun banyak dia boleh buat dah. Walaupun doktor anggap dia menghafal rutin bukan memahami arahan tapi aku sentiasa test dia dengan task2 baru.. Benda2 yang mungkin aku tak pernah minta dia buat & aku akan tiba2 suruh dia buat. Yup banyak jugak dia faham & tahu buat. Bagi aku doktor berpendapat macam tu sebab shahila susah nak bagi kerjasama setiap kali appointment dia dengan doktor.. Kadang2 dia malu.. kadang2 memang faktor masa. dia dah letih, mengantuk.. Yelah.. kalau appointment kat hospital tu dari pagi sampai pukul 1 - 2 baru dapat turn jumpa doktor. Time tu dia memang kadang2 dah mengantuk.. So, dia dah taknak bagi kerjasama untuk apa2 aktiviti dah dengan doktor.
Lagi satu.. Shahila sekarang suka selfie ok! Normally budak yang ada masalah low attention ni memang susah nak tengok camera ambil gambar, tapi shahila ni sekarang kalau nampak je aku atau bapak dia nak selfie.. time tu la dia nak posse jugak. Dia pun pandai dah buat posse ok! Lagipun shahila punya eye contact memang dah ok berbanding masa umur dia 2 - 3 tahun dulu. Takde masalah respond bila di panggil. Cuma selepas amalkan essential oil, focus blend ni dia banyak tunjuk ciri2 yang biasa ada pada kanak kanak tipikal. Yang paling penting sangat suka meniru. Behavior ni maybe ada pada kanak kanak yang masuk usia 2 tahun.. Tapi shahila baru ada dalam usia 5 tahun. Aku ni kan suka makeup jadi anak aku pun pantang jumpa makeup jugak la.. Kalau masak.. pun dia nak join buat apa yang kita buat. Shahila tak ada sangat sikap yang suka berada dalam dunianya sendiri sebab dia lebih suka apa2 aktiviti ada yang join dia bersama. Bermakna kalau dia nak bermain atau belajar dia suka kita participate jugak. Kalau dulu dia suka menyanyi jer.. Sekarang dia dah boleh ikut step tarian dari lagu kanak kanak yang dia tengok. Tu pun satu perkembangan yang baik juga bagi aku.
So, far.. Shahila nampak semakin baik perkembangan dia tak kira dari segi pelajaran & kelakuan dia selepas aku amalkan secara consistent essential oil, focus blend ni. Sebab dalam flavor essential oil yang di gunakan untuk focus blend memang ada khasiat2 yang membantu kanak2 lebih focus, lebih tenang & boleh meransang perkembangan pertuturan bagi anak2 yang speech delay.. Juga sesuai untuk kanak kanak yang ada masalah hyperactive. Bila kanak - kanak lebih tenang dia akan lebih focus apa saja yang diajar & dia boleh ikut. Untuk Perkembangan otak shahila pun aku nampak sangat membantu sebab nampak dia lebih cepat belajar walau sekali je aku ajar. So, tak kira la anda ada anak yang normal atau ada masalah autisme, disleksia, hyperactive, slow learner atau apa2.. Boleh cuba produk young living essential oil ni. Salah satu ikhtiar selebihnya tetap kena usaha, doa & tawakal. Yang Maha memberi kesembuhan adalah Allah SWT.
Essential oil,Focus Blend |
Kalau berminat nak cuba untuk anak anak anda boleh hubungi :
Puan Shareena Shaifudeen : 013-3993407
Facebook : Shareena Shaifudeen
FB Page : natural with young living