Showing posts with label salih yaakob. Show all posts

REUNION SEKOLAH PUNCA SALIH YAAKOB BERCERAI DENGAN ISTERI KEDUA

REUNION SEKOLAH PUNCA SALIH YAAKOB BERCERAI DENGAN ISTERI KEDUA. Sebelum ni ramai yang kagum dengan Otai kita sorang ni, Salih Yaakob yang mampu kahwin & handle 4 bini. Dia tak main la lari kawen kat siam.. Dia kahwin dengan izin semua isteri isteri dia. Dari segi kemampuan untuk menyara empat isteri nampak macam dia memang tak ada masalah. Boleh bawa semua pergi bercuti ke luar negara lagi. Tapi tup tup dengar cerita bercerai dengan isteri kedua ni apa kes pulak.


Katanya masalah rumahtangga dia & isteri keduanya bermula selepas isteri kedua salih yaakob menghadiri majlis perjumpaan dengan bekas rakan sekolah. Lepas tu dia mula cari alasan untuk di ceraikan. Antara alasan yang di beri katanya abang salih kita ni tak berlaku adil terhadap dia. Abang salih kita ni dah cuba pujuk tapi nak buat macam mana kalau hati dah tak ada rasa.. tak payah  buat apa la. Nak2 hati tu dah ada nama orang lain kan.

Sumber Harian Metro

Jadi bercerai la mereka secara baik. Katanya lepas edah nanti bekas isteri kedua dia akan berkahwin semula dengan lelaki pilihan dia. Bila dah jodoh sampai takat tu jer.. Kahwin berpuluh tahun & anak dah besar panjang pun tetap jugak bercerai berai.

Kadang2 manusia ni walau orang dah jaga dia dengan baik.. Sentiasa spent time bawa pergi bercuti Tapi kalau hati dia dah berubah memang apapun kita buat dah tak berharga. Jadi kalau dia berkeras juga nak di lepaskan.. maka lepaskan la jalan yang terbaik untuk kedua belah pihak.

Tak salah nak bersosial dengan kawan kawan.. Nak ber reunion bagai.. Tapi sentiasa sedar & jaga status kita. Kalau laki atau bini orang buat la macam laki bini orang. Tak payah nak feeling remaja macam zaman sekolah sangat la kan. Sebab tu aku tak berapa minat nak join apa2 kalau suami tak dapat join sekali. Kita ni cuma manusia.. hati tak mustahil boleh berubah. Perbuatan mungkin jadi over bila tak ada suami kat sisi. Bergurau tepuk tampar bagai bila berkumpul..dari situ mungkin permulaan sebuah kecurangan. Jadi jagalah pergaulan.

Apapun.. semoga masing2 dapat menerima suratan takdir dengan redha & menemui kebahagian yang di cari. Sapa salah.. salah siapa.. Biarlah jadi pengajaran untuk kita & semua. Yang baik jadikan pengajaran yang buruk jadikan sempadan.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com