Showing posts with label gelak kuat. Show all posts

GELAK KUAT & KUAT GELAK

Bila teringat peristiwa gelak ni, tergelak jugak sorang walau tak kuat pun. Gelak tak gelak sangat la, orang tepat orang cakap senyum kambing sorang2. Kisah ni sebenarnya dah lama tapi untuk nak kongsi dengan korang2 semua terpaksa la di ungkit semula.

Carian Google

Kisah ni jadi masa kursus pra perkahwinan, bermakna masa tu belum kawen, masih single but not available la. Tak juga dalam ikatan pertunangan sebab seperti yang korang tahu (kalau dah lama ikuti blog melekit ni la) sang lekit tak pernah bertunang terus nikah je. Masa kursus tu kebetulan penceramah2 kat situ semuanya kelakar2 belaka. Sang Lekit ada satu perangai sedikit comot la.. kalau tengok, tonton, baca @ dengar benda kelakar ni & buat sang lekit rasa ia amat kelakar sang lekit akan gelak agak kuat. Pernah jadi dulu masa zaman2 awal rumaja (sek menengah) sang lekit suka baca Ujang/Apo tengah2 malam. Dah baca komik kelakar mesti la gelak.. tak sengaja tergelak besar sorang2 dalam bilik tengah2 malam sampai mak terpaksa datang jenguk. Risau kot2 tersampuk JINtan manis lak.. Rupanya baca komik. Kena marah kejab. Tapi adik beradik sang lekit rasanya dah tau perangai sang lekit nan comot ni.

Berbalik pada kisah kat kursus pra perkahwinan tu, bila si penceramah tu buat lawak yang buat sang lekit rasa terlalu kelakar sehingga tak mampu nak control ayu semasa gelak maka pecahlah tembelang comot ku bila daku la perempuan kat situ yang gelaknya paling kuat. Sang Lekit tahu bila asben (masa tu boipren lagi la) bagitau sang lekit gelak paling kuat. Korang bayangkan betapa malunya sang lekit bukan pada boipren ku tapi pada orang2 lain yang sang lekit tak kenal.

Tu kes gelak kuat, kes kedua kuat gelak. Sang lekit pernah kena tegur dengan member sang lekit masa tengok wayang. Cerita apa dah tak ingat yang pasti cerita lawak la. Sang Lekit punya dos gelak ni lambat sikit nak habis dari orang lain, bila sampai part yang lawak orang semua gelak termasuk sang lekit tapi orang lain dah habis gelak sang lekit punya dos lawak tu tak habis lagi still gelak2 walau orang lain dah tak gelak. Bila sang lekit je masih gelak, suara gelak sang lekit je la kedengaran dalam panggung wayang tu. Member cuit suruh berhenti gelak. Bayangkan punya la malu. Tapi nak buat macam mana tak boleh nak control.

Walaupun perbuatan tu takde la salah tapi tetap memalukan diri sendiri. Korang ada pengalaman gelak yang memalukan tak?? kalau ada jangan malu2 jom share2 kat sini. kekekekeke

P/S : Jangan gelakkan daku setelah membaca entri ni. Kekekekeke


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com