SUMPAH IBU.. AZAB SEORANG ANAK DERHAKA KEPADA IBU SUSUAN
SUMPAH IBU.. AZAB SEORANG ANAK DERHAKA KEPADA IBU SUSUAN. Malam ni adalah episod akhir drama bersiri Sumpah Ibu. Nak kata aku follow semua episod tu tak jugak. Kadang2 terskip jugak. Tapi memang antara drama yang aku follow kalau ada kelapangan time di siarkan kat tv9. Almaklum la.. aku memang susah nak follow apa2 drama bersiri ni tanpa ada yang terskip. Tapi aku masih lagi faham & tahu perjalanan cerita dia dari awal sampai akhir.Untuk episod akhir ni memang episod yang paling menyentap jiwa jiwa semua yang bergelar anak. Walaupun aku seorang ibu.. aku masih lagi seorang anak. So, dua2 posisi tu aku boleh jiwai rasanya. Wah kemain feel lekatlekit tengok drama pulak kali ni. Drama yang bermoral macam ni memang senang meresap kesanubari katanya.
Untuk episod akhir ni.. Intan Si tanggarina tu.. Dah kena macam macam azab sebelum dia mati akibat menderhaka kepada ibu angkat merangkap ibu susuan dia. Episod ni jugak membongkar asal usul intan yang sebenar iatu dia bukan anak kepada adik ibunya tapi dia anak yang di buang semasa bayi di dalam semak kemudian di temui oleh bapa angkat dia. kemudian mereka membela Intan dengan penuh kasih sayang. Sampai dah besar & berjaya dia lupa diri sampai tak mengaku ibu susuan dia tu. Akhirnya dia mati tanpa mendapat keampunan dari ibu susuan dia.. walau masa nak hembuskan nafas terakhir tu ibu dia datang mengajar dia dua kalimah syahadah. Walaupun si ibu redha.. namuan sampai akhir hayat mak dia tak dapat nak ampunkan segala dosa si tanggarina tu. Dia datang jenguk sekadar... untuk membiarkan Intan boleh pergi dengan tenang.
Jangan ingat syurga seorang anak hanya kepada ibu kandung yer.. Kalau yang di besarkan oleh ibu angkat merangkap ibu susuan.. Jangan fikir boleh sewenangnya melukai hati orang yang dah mencurah sepenuh kasih sayang & membesarkan kau dengan mengorbankan segalanya. Kau tetap akan di azab even kau derhaka kepada ibu angkat & ibu susuan sekalipun.
Ibu.. Bukan malaikat tapi manusia. Hati manusia yang dah hancur berkecai takkan bercantum kembali kasih sayang yang pernah wujud hanya dengan ucapan maaf. Tak semua kesalahan boleh di maafkan.. Jadikan pengajaran wahai anak anak.. Ibu cuma manusia. Jangan sewenangnya kau menyakiti hati mereka & anggap sebesar manapun kesilapan kau.. atas nama seorang anak ibu akan sentiasa memaafkan. Bukan semua ok!
Moral of the story.. Si Tanggang & Tanggarina sekarang semakin membiak. Terang2 nampak kat media sosial.. Maki mak bapak tanpa rasa bersalah. Hope anak2 jenis tanggang & tanggarina ni tengok la epsiod akhir drama sumpah ibu ni.. Walau ibu susuan je pun dah kena azab macam tu apatah lagi ibu kandung.
Nak baca sinopsis drama ni boleh baca kat sini >> SUMPAH IBU KISAH TANGGANG MODEN VERSI PEREMPUAN <<