Showing posts with label afrika. Show all posts

MAKSUD GELARAN 'NEGRO' SEBENAR YANG RAMAI TIDAK TAHU

MAKSUD GELARAN 'NEGRO' SEBENAR YANG RAMAI TIDAK TAHU Assalammualaikum.. salam sejahtera.. salam satu Malaysia. Gitu.. ala kak ton katanya. Apakehelnya tetiba mukadimah lain macam. Tebiat nak meninggal ke?

Idok ler.. sesaja la bertukar angin sikit. Bukan apa nak bagi banyak patah perkataan boleh tulis dalam entri ni. Idok ler senapas je kome bac udah habis ceritanya. Panjang sikit karangan lama sikit la mike melepek dalam blog teman ni,ye dak?

Kita kembali ke topik yang nak di kupas kupis & kopek hari ini iatu gelaran/istilah/perkataan Negro. Kita biasa je sebut negro bila nampak orang berkulit hitam tak kira dari negara mana pun. Tapi biasanya dari afrika la kan. Dah macam satu istilah biasa kita sebut untuk mengambarkan orang afrika.Contoh ayat.. Tu orang negro. 


Selama ni mungkin kita faham Negro tu membawa maksud orang afrika atau orang berkulit hitam tapi sebenarnya sangkaan kita tu meleset sampai melecet. Tak betul yer... Kita je rasa macam betul. Jadi mari kita betulkan agar tidak salah faham lagi.

Pepagi dok melayan Tiktok dapat juga ilmu & informasi dari seorang tiktokers melayu yang berkahwin dengan orang afrika. Beliau berkongsi apa maksud Negro yang selalu kita sebut pada orang afrika. Maksud negro sebenar adalah 'Hamba Abdi' bukan orang kulit hitam. 

Terkejut kan bila tahu? Jadi sangat la tak manis kalau kita memanggil orang afrika dengan gelaran Negro bila kita dah tahu maksudnya. Gelaran yang menjurus kepada penghinaan tak patut sangat lebih lebih lagi pada orang yang tak ada buat salah apa apa kat kita. So selepas ni kita boleh biasakan diri memanggil mereka dengan gelaran yang lebih baik la. Mereka pun berhak di hormati kalau mereka menghormati kita.

Selain itu menurut kak Bib dalam video dia.. Negro juga membawa maksud perdagangan kanak kanak. Selebihnya hangpa boleh tonton sendiri video di bawah. Kalau rasa nak follow kak Bib yang selalu share aktiviti dengan family dia boleh follow di Tiktok. Best juga kadang kadang tengok dia share masakan orang afrika.. bahasa bahasa afrika. 



Tapi kalau ikut wikipedia pula perkataan Negro membawa maksud keturunan hitam atau dalam bahasa sepanyol membawa maksud hitam. Tapi kalau di America Syarikat Nigger adalah satu gelaran atau istilah yang lebih kepada penghinaan kepada orang berkulit hitam. Apapun tetap perkataan tu menjurus kepada perlakuan menghina, mengejek & merendahkan sesuatu bangsa & kaum atau fizikal seseorang juga. So better elakan la.

Moral of the story.. kadang kadang kita ni double standard juga. Kawen dengan omputih,orang korea, orang orang dari negara maju kita puja puji.. Bila ada orang tempatan kahwin dengan bangsa bangsa dari negara miskin kita pandang rendah. Tapi memang tetap ada bangsa bangsa pelarian yang ambil kesempatan untuk dapat tempat di negara ni dengan berkahwin dengan orang tempatan lepas tu buat kacau.. itu yang buat orang tempatan marah & mula memberi persepsi buruk pada pendatang dari negara miskin ni.

Pendatang pun dah datang tempat orang kena pandai bawa diri, ikut undang undang negara orang jangan nak tunjuk taiko atau pailang sangat bagi orang tempatan benci.ingat tu?!!

SERVIS HANTAR MAYAT GUNA MOTORSIKAL KERANA KOS AMBULAN MAHAL

SERVIS HANTAR MAYAT GUNA MOTORSIKAL KERANA KOS AMBULAN MAHAL. Kadang2 tak terbayang kita orang orang susah ni apa yang mereka akan buat bila terdesak. Bila dalam keadaan yang tiada pilihan.. Mereka terpaksa guna sahaja apapun kaedah sebagai jalan penyelesaian walau di mata orang lain mungkin akan pandang rendah, sinis, hina & bagi yang berhati mulia sikit mungkin pandangan mereka lebih kepada pandangan simpati & sedih.


Bila terbaca perkongsian kat media sosial tentang servis penghantaran mayat guna motorsikal di Uganda, kerana katanya kos ambulan di sana mahal.. Time ni baru rasa syukur kita kat Malaysia yang masih boleh guna khidmat ambulan dengan percuma. Erkk.. percuma ke? Tapi rasanya percuma la sebab laki aku pun pernah naik ambulan untuk di hantar ke emergency tapi tak di kenakan sebarang kos pun.


Kat di negara2 miskin macam Afrika.. Dah lama miskin lepas tu semuanya nak kena bayar jadi apa yang kita tak pernah nampak berlaku di Malaysia jadi sesuatu perkara biasa di negara mereka. Sedih sangat tengok fenomena macam tu.. Tapi nak buat macam mana.. kemampuan mereka terbatas untuk menyempurnakan penghormatan terakhir dengan cara lebih baik. Tu je yang mereka mampu. So, sama2 la muhasabah diri yer kawan - kawan.. At least orang meninggal dunia kat Malaysia ni takde lagi dengar bawa balik naik motorsikal atau waris dukung jalan kaki bawa balik rumah untuk menyempurnakan mayat tu tapi di negara lain.. Memang ada berlaku semua tu.


Kita rasa kita susah.. Ada orang lain lebih susah maka sedarlah. Kau tak sesusah mana berbanding mereka yang lebih susah. Kalau kau masih mampu duduk & makan kat tempat ni >> Ramai Yang Sanggup Menanti Sepanjang Tahun Hanya Kerana Burger Ni << Sila rasa malu untuk mengaku kau orang susah, ok! Orang susah mungkin tak pernah merasa makan benda2 tu semua walau kau rasa bukan makanan mewah tapi kalau orang betul2 susah bagi dia makanan macam tu dah cukup mewah dah.

Moral of the story.. Walau kita rasa terbeban dengan pemerintahan kerajaan sekarang tapi tetap kita kena bersyukur kita masih mampu survive hidup kat Malaysia cuma jangan terlampau rasa selesa sampai malas nak usaha. Asyik dok harap BR1M jer. hihihihi

RUPANYA ZAKAR PUN BOLEH DI DERMA

Ni bukan entri lucah ini adalah infomasi jugak. Jangan sebab cakap pasal kemaluan terus label entri lucah & tak malu. Memang aku tak pernah tahu selama ni orang yang kehilangan zakar boleh menggunakan zakar milik orang lain yang di dermakan & dapat berfungsi macam biasa. Bila terbaca satu artikel ni baru aku tahu.


Alkisah seorang lelaki Afrika yang kehilangan zakar akibat kesilapan semasa berkhatan mendapat kemaluan baru dari seseorang yang mendermakan & mampu berfungsi dengan baik & sekarang dia dah jadi Father to be...  Tak sangka kan? Doktor pun terkejut tapi tu la keajaiban. Allah nak bagi keajaiban tu bila2 masa & pada sesiapa saja. Maybe dia orang yang terpilih menerima keajaiban tu.

Sebab tu la bila di uji kita jangan cepat down. Ni tidak.. katanya redha dengan ujian Allah, tapi mengeluh tak sudah. Tak abis2 dari pagi membawa ke pagi punya dok merintih kat FB. Berbaik sangka dengan Allah.. Insya Allah, yang baik tu akan datang jugak pada kita.

Moral of the story.. Aku tertanya jugak sapa la gamaknya yang sanggup derma aset paling penting kat mamat afrika tu yer.. Abis dia derma dia pakai apa?? Op's hehehehe

Sumber : Lelaki Dengan Zakar Orang Lain Bakal Menjadi Ayah


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com