RAMAI YANG TILIK,TENUNG & TEKA CAKAP LELAKI
Ramai ahli2 nujum pak/mak belalang sedang meneka.. Lelaki ke perempuan? Tapi ramai yang kata lelaki. Sampai naluri sang lekit pun rasa lelaki...Tapi sang lekit was was juga dengan naluri sendiri sebabnya sang lekit memang la nak sangat lelaki. Yelah.. selama ni membesar dengan adik beradik yang kesemuanya perempuan. 6 beradik perempuan. Jadi.. berharap juga yang bakal mendaftar ahli baru pertama ni lelaki.
Apa yang lelaki & perempuan ni sang lekit Ooi?? Alahai.. anak dalam perut ni la. Dari awal usia dia 4 bulan dalam perut sang lekit rasa lelaki melalui gerak hati seorang ibu & tahap keaktifan si baby dalam perut. Tapi En hubby pula kalau di beri pilihan nak baby girl sebab dia pula membesar dengan adik beradik lelaki.
Korang nak join teka teki ni ker? Meh join meneka sekali berdasarkan gambar boyot sang lekit yang berusia 7 bulan ni.
7 bulan
P/S : Sang Lekit dah ada pilih dua nama... (lelaki & perempuan). Tapi kalau perempuan en hubby dah booking dia yang akan bagi nama.