Showing posts with label hacker. Show all posts

CHECK EMAIL SEKARANG TNB NAK BAGI RM150K PADA EMAIL BERTUAH

tetiba je nak bagi kita duit dengan alasan aku antara 7 email yang terpilih. Tak pepasal pulak email aku yang terpilih. Rajin sungguh pihak Tenaga Nasional Berhad dok cari email aku. Gamaknya staff2 TNB atau pemegang Account dengan TNB ni dah abis dah kot di beri hadiah sempena krismas.

Sumber google

Aduhai.. email2 menjerat macam ni rasanya orang baru kenal email maybe terpedaya la kot. Tak pepasal kau nak bagi aku duit, lepas tu katanya di bayar melalui bank antarabangsa. Dah tu suruh jangan rujuk TNB pasal email di hantar sehingga proses duit tu di buat. katanya protokol supaya nombor bertuah kita tu tak di salahgunakan oleh orang lain.


hahahaha.. lawak sangat kan? Kalau betul hadiah ni memang TNB ikhlas nak bagi kenapa tak boleh dedahkan email ni kepada TNB. Kalau betul mesti la orang nak sahkan dengan TNB dulu kan? yelah.. tetiba je email aku yang kau pilih, kau dah kenapa? hahahahaha Nak suruh kita hantar butir2 peribadi. Sudah - sudah la buang masa buat kerja tak berfaedah tu. Tapi tak mustahil ada yang mungkin terpedaya cuma nasihat aku, sebelum buat apa2 keputusan memberi data peribadi hangpa kat sapa2 atau apa2.. check dulu betul2 kesahihannya. Jangan dengar TNB dia rasa confident sangat dah.. Sebab yelah.. dia fikir, TNB takkan nak menipu. TNB memang tak menipu tapi orang nak menipu bukan setakat nama TNB dia boleh guna.. nama PM, nama sultan pun orang boleh jual tau tak??

Moral of the story.. takde sesenang dalam dunia ni nak dapat duit even singgit. So, jangan otak terus berhenti berfungsi bila tetiba orang kata nak bagi duit. Teliti dulu kesahihannya sebelum bertindak. Takut sebab RM150K.. anda kehilangan puluh puluh ribu atau kehilangan sesuatu yang lebih bernilai dari duit, siapa tahu. Zaman sekarang jenayah boleh berlaku di mana mana saja even depan pc,laptop,smartphone bagai. Berhati hati yer..


BAHAYA WALAU PRIVATE KAN GAMBAR DALAM FACEBOOK

Kita kalau dah tak nak orang tengok gambar2 lama selalu kita akan private kan gambar tu. Nak delete katanya sayang.. akan datang boleh tengok balik. Untuk tatapan sendiri. Kalau delete takut takde backup. Yelah orang sekarang album gambar dalam smartphone, PC, laptop,tab,note bagai.. kan?? So, takut gadget2 tu ter problem & hilang semua gambar2 kenangan jadi backup la dalam album FB.


Bila tengok fenomena di laman sosial sekarang.. even kita private kan album gambar kita sekalipun dah takde jaminan selamat gambar tu tak terlepas & jadi sebaran. Nak2 pulak gambar tu maybe mungkin agak tak manis untuk tontonan umum, pasti jadi agak berisiko jugak la kalau kita jadikan album di laman sosial sebagai backup photo kita. Contoh yang jadi sekarang.. Bila seseorang tu jadi viral terkenal atas kesalahan dia buat.. mula la para hacker mainkan peranan hack account Fb bagai.. Korek segala gambar yang ada & sebar. Kalaulah.. ada gambar2 yang kita tak nak orang tengok dalam album yang kita private kan & account kita kena hack.. boleh bayangkan tak apa yang berlaku??

So moral of the story dari kisah ni.. Kalau kita rasa gambar tu memang kita tak nak orang lain tengok @ tak elok untuk paparan umum jangan private, delete je terus. Manalah tau kan.. Hari ni kita dengar account FB orang kena hack.. esok lusa tak tau nasib siapa pulak yang kena. Sebab sekarang ni dah ramai sangat hackers... tak perlu ambil course kat mana2 Uni @ kolej nak jadi hackers ni.. belajar sendiri pun kadang2 dah mampu jadi hackers. So, Hackers ada dimana mana & tak peduli siapa bakal jadi mangsa.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com