hahahaha.. lawak sangat kan? Kalau betul hadiah ni memang TNB ikhlas nak bagi kenapa tak boleh dedahkan email ni kepada TNB. Kalau betul mesti la orang nak sahkan dengan TNB dulu kan? yelah.. tetiba je email aku yang kau pilih, kau dah kenapa? hahahahaha Nak suruh kita hantar butir2 peribadi. Sudah - sudah la buang masa buat kerja tak berfaedah tu. Tapi tak mustahil ada yang mungkin terpedaya cuma nasihat aku, sebelum buat apa2 keputusan memberi data peribadi hangpa kat sapa2 atau apa2.. check dulu betul2 kesahihannya. Jangan dengar TNB dia rasa confident sangat dah.. Sebab yelah.. dia fikir, TNB takkan nak menipu. TNB memang tak menipu tapi orang nak menipu bukan setakat nama TNB dia boleh guna.. nama PM, nama sultan pun orang boleh jual tau tak??
Moral of the story.. takde sesenang dalam dunia ni nak dapat duit even singgit. So, jangan otak terus berhenti berfungsi bila tetiba orang kata nak bagi duit. Teliti dulu kesahihannya sebelum bertindak. Takut sebab RM150K.. anda kehilangan puluh puluh ribu atau kehilangan sesuatu yang lebih bernilai dari duit, siapa tahu. Zaman sekarang jenayah boleh berlaku di mana mana saja even depan pc,laptop,smartphone bagai. Berhati hati yer..
6 Komen Melekat:
Hahahahahahaha kita pun dapat email yang sama , tapi bila baca takleh dedahkan tu. Eh lagi semangat rasa nak dedahkan. Hahahaha.
tengok email pon dah tah tahu spam.. outlook? aiyoo..baru register outlook letteww.. hehehehe
hadiah kemain ko...
Merapu betullah... Katanya dari bahagian ganjaran TNB, kenapa tak mahu letak no. telefon pejabat, mesti nak letak no. handphone? Eh, ada ek Jabatan Ganjaran ni? Apa fungsinya yek? Pakai outlook je ke? Kesian pada yang tak tahu, mungkin ada juga yang tertipu. Pada yang rambang mata, tak payah ceritalah memang pitam tengok amaun tu!
apekehey nya orang tnb guna email @outlook pulak..hahaha..
moral of the story nothing Free in this world. haha
Post a Comment
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini