JEMPUT BACA PADA YANG SUKA BUAT MARKETING MENGELIRUKAN & MENIPU
JEMPUT BACA PADA YANG SUKA BUAT MARKETING MENGELIRUKAN & MENIPU. Perniagaan secara atas talian bukanlah sesuatu yang baru malah menjadi satu trend di zaman sekarang. Berniaga secara online menjadi pilihan masakini kerana lebih mudah. Tidak perlu menyewa tapak atau premis perniagaan. Produk boleh di pasarkan secara terus kepada pengguna melalui atas talian. Boleh di lakukan di mana mana sahaja. Hanya di perlukan cuma peranti elektronik seperti telefon pintar, laptop dan talian internet.Tujuan pemasaran ialah sebagai cara untuk memperkenalkan suatu perniagaan kepada masyarakat, melalui produk yang dibuat oleh perniagaan tersebut. Maka di atas tujuan inilah, para peniaga melakukan aktiviti pemasaran untuk memperkenalkan produk atau barang jualan kepada masyarakat. Pemasaran juga dilakukan bagi melonjakkan hasil pendapatan daripada suatu keadaan kepada suatu keadaan.
Atas tujuan ini beberapa penipuan dilakukan bagi mencapai tujuan di atas. Penipuan ini sama ada dilakukan secara lisan, atau melalui penulisan di sosial media. Antara kaedah yang digunakan ialah menulis kisah-kisah rekaan di media sosial tentang sesuatu perkara, sama ada kisah rumah tangga, atau kemalangan yang direka-reka. Terdapat juga kaedah mempamerkan bahawa perniagaannya di kunjungi ramai orang, dengan mengupah orang untuk melakukan fake review dan pelbagai lagi bentuk penipuan.
Hukum Marketing (Secara Umum)
Islam menghalalkan segala urusan jual beli secara umumnya yang tidak berkait dengan riba. Firman Allah SWT:
وَأَحَلَّ اللَّـهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا
Maksudnya: Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba
(Surah al-Baqarah: 275)
Berdasarkan nas Al-Quran di atas, hukum melakukan aktiviti marketing adalah harus berdasarkan kaedah fiqh:
الوَسَائِل لَها أَحْكَام المَقَاصِد
Maksudnya: Wasilah (medium untuk mencapai sesuatu tujuan)akan mengambil hukum maqasid (tujuan)
Kedudukan Peniaga yang Melakukan Penipuan Menurut Islam
Islam sangat tegas dalam hal penipuan. Hal ini boleh kita lihat dengan jelas bagaimana kemurkaan Allah hingga adanya sebuah surah khusus di dalam Al-Quran yang mencela dan mencelakakan golongan melakukan penipuan. Firman Allah SWT pada awal surah berbunyi:
وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ
Maksudnya: Kecelakaan besar bagi orang-orang yang berlaku curang.
Kemudian di dalam surah yang sama Allah berfirman dengan menyebut secara jelas:
وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ
Maksudnya: Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.
Selain itu, amaran yang keras dalam hal ini ini boleh dilihat melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi bersabda:
مَنْ حَمَلَ عَلَيْنَا السِّلاَحَ فَلَيْسَ مِنَّا وَمَنْ غَشَّنَا فَلَيْسَ مِنَّا
Maksudnya: “Siapa yang mengangkat senjata ke atas kami, bukanlah daripada golongan kami, dan siapa yang menipu kami, bukan daripada golongan kami”
Para fuqaha’ bersepakat bahawa hadis ini tidak diambil maknanya secara zahir iaitu pada frasa “bukan daripada golongan kami”. Frasa ini tidak membawa maksud terkeluar daripada Islam. Mereka bersepakat bahawa maksud frasa “bukan daripada golongan kami” ialah bukan cara seorang muslim untuk melakukan penipuan. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 4/544)
Kesimpulan
Daripada perbincangan di atas, dapat disimpulkan beberapa perkara:
- Marketing hukumnya adalah harus jika bebas daripada perkara yang diharamkan.
- Kejujuran dalam perniagaan adalah satu perkara yang tinggi akhlaknya dalam Islam hingga disebutkan secara khusus kedudukan para peniaga di dalam syurga.
- Penipuan adalah satu perkara yang ditegah di sisi Islam dalam sebarang urusan khususnya perniagaan.
Sumber : Website Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Zaman sekarang ada dua golongan perniaga online yang suka menipu. Satu suka menipu yang mengambarkan dia kaya dengan hasil perniagaan online dia dan satu golongan lagi menggunakan taktik yang mengambarkan hidup dia daif, susah, miskin, sakit,cacat untuk meraih simpati dan melariskan jualan dan pada yang sama mendapat sedekah dari individu individu yang terpedaya dengan ceritanya
Moral of the story.. Yakin dengan usaha, InsyaAllah, ada rezeki dari Allah. Tak perlu menggunakan marketing menipu & misleading (mengelirukan). Rezeki Allah ada di mana mana. Orang jujur Insya Allah murah & berganda rezekinya. Walau sedikit andai ada keberkataan Insya Allah itulah sebaik baik rezeki yang kita dapat.
JUAL JAMU JANGAN SAMPAI NAMPAK MACAM PELACUR CARI PELANGGAN
JUAL JAMU JANGAN SAMPAI NAMPAK MACAM PELACUR CARI PELANGGAN. Allahu.. tak insof lagi ka lekatlekit ni dok melaser orang. Orang dah pesan kat hang jangan satgi kerana jari badan binasa baru padan muka katanya.Yer yer.. sabar ye puan puan semua. Sebenarnya tajuk entri tu memang mengambarkan apa yang sedang berlaku sekarang. Habis tu nak tulis macam mana lagi kalau dah macam tu situasinya. Sekarang ni lambakkan produk di pasaran termasuk produk jamu ni buat Masing masing bersaing untuk memasarkan produk agar lebih kedepan. Yelah saingan sengit copywritting memainkan perasan sangat penting untuk membuatkan orang tertarik dengan iklan seterusnya membeli produk tersebut kan..
Dan sebab tu la berlaku.. copywritting yang agak melampau sehingga hilang 'kemaluan' yang di buat sesetengah pihak. Selain copywritting nama produk2 jamu sekarang pun tak kurang melucahnya. Janji attractive katanya. Lagi tak senonoh nama tu lagi cepat orang kenal produk tu ye dak??
Minggu ni viral beberapa posting dari seorang pengeluar produk jamu terkenal.. Sebab posting dia tu Allahu serius sangat memalukan & memualkan bagi sesapa jer yang membaca kecuali supporter dia la. Sampai ramai yang menegur di social media terutama aktivis dari golongan medical. Semua berunsur s3ksual & penceritaan dia tu pun Allahu memalukan sangat. Kita baca pun rasa malu.. Den nak share pun rasa tak tergamak pulak. Yelah yang menulis posting tu pun seorang perempuan kan..
Kenapa kalau jual produk jamu mesti melibatkan cerita atau testimoni dalam kain jer.. testimoni atas katil. Adakah fungsi jamu tu sendiri hanya untuk kepuasan nafsu batin manusia saja? Sedangkan dulu tok nenek moyang kita ciptakan ramuan jamu ni berfungsi untuk menjaga kesihatan badan supaya boleh melakukan rutin harian dengan baik sekaligus benda tu memberi kesan pada hubungan kelamin bagi pasangan yang dah berkahwin. Yelah.. benda ni semua melibatkan kesihatan.. Kalau kita jaga kesihatan dengan baik maka semua fungsi organ badan kita pun bekerja dengan baik la. Kalau setakat kau focus nak ketat tang poe* tu.. nak besar tang kot* tu je tapi risiko masalah kesihatan yang mungkin berlaku kepada bahagian organ yang lain pun tak guna. Jangan terlalu obses nak hebat di ranjang jer.. Alih2 terlantar atas katil ICU menunggu malaikat maut bagi salam.
Ayat ayat iklan melampau dari penjaja jamu ni.. Kadang kadang seolah olah macam merendahkan maruah diri sendiri. Seolah olah macam seorang pelacur di lorong sedang menjual diri dengan ayat ayat ghairah supaya ada pelanggan melanggannya. Jangan la merendahkan martabat kita hanya kerana nak melariskan jualan produk kita jual. Tak salah nak jual jamu asalkan produk tu di buktikan selamat (dah melalui proses R&d) & berdaftar dengan KKM.. KKM sendiri pun ada keluar garis panduan apa yang boleh & tidak di iklankan pada produk termasuk produk ubat tradisional @ jamu ni. Bukan asal kau dah hantar KKM pun dapatkan kelulusan memasarkan produk kau boleh iklan ikut suka kepala lutut kau jer..
Untuk info lanjut apa yang boleh & tidak di iklankan untuk menjual produk jamu mengikut garis panduan KKM boleh rujuk pada entri ni : KETAT FARAJ, BESAR PAYUDARA ANTARA YANG TIDAK BOLEH DI IKLANKAN UNTUK JUAL JAMU |
Kebanyakkan seller/agent produk produk jamu ni tak tahu apa yang boleh depa iklankan & apa yang tak boleh. Sebab kadang2 copywritting semua dah di sediakan pihak Hq.. depa main copy & paste untuk tujuan iklan & menarik pembeli je. Esok kena tindakkan hangpa ingat tokei besaq tu nak peduli sangat. Dah banyak kali berlaku seller kecil kena ambush dengan KKM.. pihak pengeluar lepas tangan. So, sila protect diri anda wahai penjaja produk.
Berniaga ni salah satu aktiviti yang di galakkan dalam Islam... Nabi kita pun berniaga tapi apa yang kita niagakan & bagaimana cara kita berniaga menentukan samada baik atau buruk. Yer berniaga produk zaman sekarang ni kalau kau pandai buat marketing kau boleh jadi jutawan dalam masa 2 - 3 tahun je. Tapi jadilah peniaga beretika & jujur. Jangan hanya focus belajar marketing tapi langsung tak peduli apa yang kau jual & cara kau menjual tu.
Moral of the story.. sekadar berpesan sesama kita sebab kita ni manusia ada sisi baik & buruk. Sama macam saya.. Di samping saya berpesan pesan pada orang lain, orang lain juga berpesan pesan kepada saya. tak salah kan?
KETAT FARAJ, BESAR PAYUDARA ANTARA YANG TIDAK BOLEH DI IKLANKAN UNTUK JUAL JAMU
KETAT FARAJ, BESAR PAYUDARA ANTARA YANG TIDAK BOLEH DI IKLANKAN UNTUK JUAL JAMU. Zaman jamu macam kembali menguasi pasaran sekarang cuma beza jamu dulu memang majoriti homemade guna barang dapur bak kata orang. Buat & makan sendiri.. Tapi Jamu zaman sekarang lain sikit. Ada di buat di kilang & ada juga di buat di rumah tapi di campur dengan bahan bahan tak sepatutnya untuk mendapatkan kesan yang cepat.Bukan kata tak boleh langsung nak amalkan jamu tapi zaman dah berubah.. Ada benda yang kalau dulu jadi baik di amalkan tapi zaman sekarang maybe jadi memudaratkan. Sebab tu la nak ambil apa2 produk berbentuk supplement atau ubat ni kena merujuk kepada mereka yang pakar.. Kena buat check up dulu bagi memastikan apa yang badan kita perlu & tidak perlu atau tidak boleh terima. Pengedar & penjual produk ni kebanyakkan tak ada qualified dalam bidang medical.. Banyak mereka suggest ikut pandangan peribadi & logik akal je. Korang cerita apa masalah dorang pun main suggest je itu ini.. Padahal dalam badan korang dorang sendiri pun tak tahu apa masalah yang ada. Tu yang bila ambil produk yang maybe tidak sesuai, tindakbalas dia jadi bukan bukan.
Sebab tu KKM dah buat guidlines untuk pasarkan sesuatu produk apa yang boleh & tidak di iklankan. Sebab tu kena berdaftar dengan KKM sebab sekiranya berlaku kemudaratan kepada pengguna senang untuk pihak KKM mengambil tindakkan menghalang penjualan & pemasarannya.
Produk Jamu ni di bawah kategori produk Tradisional. cara pengambilan dia kebanyakkan perlu di masukkan ke dalam badan tak kira cara telan atau masukkan ke sudut2 tertentu di dalam tubuh kita. So Produk JAMU yang nak di pasarkan wajib berdaftar dengan NPRA (KKM) sebagai MAL. Sebab dia produk dalam kategori ubat jugak yer.
Antara perkara yang tak boleh di jadikan iklan dalam produk jamu adalah..
☠ Ketat kan faraj (Yang ni memang sangat popular di iklankan)
☠ membesarkan/menegangkan/memontokkan payudara
☠ melancarkan haid
☠ merancang kehamilan/menyuburkan
☠ merawat kemandulan
Moral of the story.. Moga info sedikit ni memberi manafaat yang besar kepada semua pengguna & pengedar. Dah tahu tu jangan pulak buat buat tak faham pulak yer.. terus mengiklankan produk jamu hangpa dengan tuntutan yang menjadi kesalahan demi rice cooker masing masing. Percaya.. rezeki tu semua dari Allah.. Insya Allah tak iklan secara extreme nak2 lagi berkaitan aktiviti sek$ tu pun Allah akan bagi juga rezeki untuk kita. Tak payah la sampai hilang kemaluan semata mata nak menyerlahkan produk hangpa sampai beromen dengan pasangan pun kau boleh cerita detail semua.
BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT
* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.
Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017
Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com