JANGAN FITNAH AMRAN FANS WAHAI GENG BREASTFEEDING
JANGAN FITNAH AMRAN FANS WAHAI GENG BREASTFEEDING. Tu dia nampak sangat backup si meran tak cukup suku tu kan? Bukan backing tapi kita menilai biarlah adil. Jangan kita tak suka apa yang datang dari dia kita anggap semua negatif & apa yang kita suka kita anggap semua betul sampai yang salah pun kita nak betulkan. Yang betul tu betul la.. Yang salah tu takkan jadi betul pun walau kau cuba nak bagi nampak betul.Kes pergaduhan Amran fans & satu group yang memperjuangkan Breastfeeding.. Walaupun depa dok perang report page aku memang tak terlibat report mana2 page samada Amran Fans atau group yang breastfeeding tu. Bukan salah page tu pun.. Dorang cuma nak bagi kesedaran tentang kebaikan susu ibu pada anak tapi sebab ada spesis yang tak tau maksud berkongsi dengan menunjuk tu yang berlaku benda benda macam ni.
Setakat nak tunjuk gambar tengah menyusu anak tanpa motif.. kau simpan tunjuk dengan laki kau sudah. Tak perlu nak upload kat media sosial dengan muka bangga seolah2 kau sorang je ada susu ibu. Ni zaman media sosial kau kena ingat. Kau nak suruh semua orang jadi baik memang tak mungkin. Ada yang spesis meran yang suka tegur secara extreme macam tu. Bukan kata cara Amran tu betul.. dia pun ada bahagian salah dia. Mungkin cara dia mengaibkan orang lain tapi punca keaiban tu berlaku adalah dari pencetusnya sendiri iatu orang yang mengupload gambar tu. So masing masing ada bahagian salah.
Tapi aku paling tak setuju bila ada yang breastfeeding mommy dok kias kias konon macam tuduh si meran ni anti breastfeeding mommy, Gelar semua geng breastfeeding mommy ni hantu tetek & anggap semua breastfeeding mommy miskin tak mampu beli susu.. Please jangan nak raih simpati sampai memanipulasikan kenyataan Amran. Dia hanya point pada mommy2 yang cetek akal dok upload gambar selfie sambil breastfeeding jer dia tak point semua pun. Apa ingat semua ibu2 yang menyusu anak dengan susu badan ni spesis yang terlebih excited sampai kena selfie & upload kat media sosial ke? Aku pun pernah breastfeeding anak jugak kot.. Takde la pulak kalau tak ambil gambar & upload terus susu jadi kering.
Benda yang tak perlu tak payah la nak buat.. Nak2 yang boleh jadi viral kat laman sosial. Kempen penyusuan ibu tu bagus untuk bagi kesedaran betapa penting kita breastfeeding anak tapi tak perlu kot nak upload gambar. Biarpun tak nampak 'Buah Betik' kau tu.. sebab yang melihat ni ramai. Imaginasi manusia ni liar. Sebab tu benda2 macam ni boleh berlaku. bila jadi viral kita boleh nampak komen2 berunsur lucah akan muncul. Mungkin bila tengok gambar macam tu.. imaginasi mereka mungkin kearah seksual. Sebab tu la tak di galakkan kita upload gambar2 macam tu walau tak nampak isi dalam pun.
Banyak benda kot kita boleh ambil gambar & berkongsi dengan orang lain selain ambil gambar breastfeeding.. Kalau kau rasa takde apa yang best sangat yang boleh menarik perhatian orang like & share gambar kau try la masak resepi pelik ni & upload confirm ramai yang share sebab agak rare >> Inilah 9 resepi yang mungkin pelik menggunakan laici <<
Moral of the story.. Aku cuma harap Admin group breastfeeding tu & Amran Fans boleh berbincang secara tertutup untuk mengakhiri perbalahan ni. Masing2 pun ada salah masing2. Apapun jangan terlebih bersosial di media sosial sebab media sosial ni impak dia pun tak kurang hebat jugak.