AMANAT USTAZ KAZIM ELIAS ANDAI BERLAKU APA APA PADA DIRI BELIAU
AMANAT USTAZ KAZIM ELIAS ANDAI BERLAKU APA APA PADA DIRI BELIAU. Semua sedia maklum kondisi kesihatan pendakwah bebas Dato Ustaz Kazim Elias sekarang ni tak berapa baik. Baru2 ni beliau kena serangan jantung semasa mengadakan ceramah di salah satu tempat di kelantan. Sekarang kesihatan beliau masih tak begitu baik katanya.. Sama2 kita doakan Allah permudahkan segalanya buat Ustaz Kazim Elias..emosi orang sakit ni kadang2 bercampur baur. Orang sakit ni kadang2 rasa mungkin tu petanda ajal dia dah dekat walaupun tak siapa tahu bila & bagaimana seseorang itu akan mati. Mungkin Ustaz Kazim pun sedang menghadapi situasi perasaan yang rasa semakin hampir nak kembali kepada pencipta. kadang2 semua tu cuma mainan perasaan sebab tak sihat. Tapi Bila baca luahan hati ustaz kazim ni memang sangat2 menyentuh hati. Pesanan... amanat & ucapan maaf kepada semua buat aku rasa agak tersentuh la...
Semua orang akan mati.. Tapi tak semua orang dah bersedia untuk mati. tak semestinya kita rasa dah macam nak mati kita baru nak minta maaf kat semua orang kan. Tak semestinya kita meminta maaf pada semua orang tu tanda kita dah nak mati. Sebab mati ni tak menunggu kita bersedia. Orang sihat pun boleh mati.. Orang sakit teruk belum tentu akan mati dulu.
Timbul rasa keinsafan sekejab dalam diri ini.. Kita tak tahu sampai bila nyawa akan bersatu dengan jasad kita jadi dengan rendah diri saya mohon kemaafan kepada semua yang pernah saya sakiti melalui penulisan saya yang lantang n. hehehehe
Moral of the story.. Semoga Ustaz Kazim di beri kesembuhan & kesihatan yang beransur pulih untuk menyambung dakwahnya. Amin...