Showing posts with label nikmat. Show all posts

TAK KAYA TAPI MALU UNTUK MENGAKU SUSAH

TAK KAYA TAPI MALU UNTUK MENGAKU SUSAH. Melihat.. Membaca & mendengar buat aku banyak belajar dari apa yang berlaku di sekeliling. Walau masa aku banyak habis di dunia maya selepas berkahwin & bergelar ibu tapi disitu jugak banyak kisah & cerita yang sentiasa buat aku rasa.. Aku masih bertuah. Aku masih senang & aku masih bahagia...


Terbaca perkongsian kisah kat blog siakap keli yang di ambil dari group Info Ibu hamil.. kisah seorang ibu terserempak dengan seorang Ayah & anak lelaki yang berusia lingkungan 4 tahun di sebuah restoran. Keadaan anak beranak tu di gambarkan sangat susah.. dengan pakaian lusuh, diri yang tak terurus & agak comot.. Dalam keadaan lapar tapi mungkin kemampuan kewangan membataskan mereka untuk menikmati makanan sedap.. Si Ayah cuma mampu ambil sepinggan nasi berlauk kan kuah kosong. Memang tak berlauk la.. Cuma kuah untuk ada rasa pada nasi kosong. Tu pun selepas agak lama mundar mandir di tempat lauk pauk. Mungkin mencari lauk yang sesuai dengan kemampuan dia nak bayar. Macam biasa la.. Orang memang suka menonton bagai satu show kesusahan orang lain. Pandangan orang ketika tu ada yang memandang hairan, sinis, jijik.. Tapi yang nak membantu bukan semua yang nampak kesusahan yang jelas terpamir tu. Hanya menonton bagai satu hiburan & mungkin menjadi satu modal inspirasi menulis di media sosial. Tapi mujur dalam banyak mata memadang, masih ada pandangan simpati yang tergerak untuk membantu.

Biarpun si anak meminta lauk sotong tapi bila bapak dia hanya mampu beri nasi putih & kuah.. dia tetap tidak memberontak & makan. Hanya anak yang makan.. si Ayah cuma memandang.. cuma sesekali mengutip butiran nasi yang terjatuh atas meja & makan.. Ya Allah.. Bayangkan Ayahnya juga lapar tapi di dahulukan anak. Melihat fenomena macam tu didepan mata.. Seorang hamba Allah memesan sepinggan nasi dengan beberapa jenis lauk termasuk sotong & minta pelayan restoran menghantar di meja dua beranak tu. Pada permulaan si Ayah menolak dengan alasan tidak mampu bayar tapi bila di beri tahu ada orang belanja dia terima. Lebih menyentuh hati.. dari jauh dia melihat si Ayah tertunduk menangis sambil mengusap kepala si Anak.. Mungkin rasa bersalah & sedih tidak mampu menyediakan kehidupan & makanan yang baik untuk anaknya..

Sebab tu aku sangat malu pada diri sendiri, pada orang lain & pada Tuhan untuk mengaku aku orang susah walaupun aku tahu aku bukan kaya. Rumah pun sewa.. Tapi masih cukup makan pakai. Setiap bulan Allah tak pernah lupa memberi kami sekeluarga rezeki untuk memenuhi tuntutan hidup. Allah tak pernah sekali menyekat rezeki kami sehingga kami putus bekalan makanan. Tapi aku sedih bila tengok orang yang masih mampu makan sedap, makan kenyang.. merintih,merungut & menyalahkan Tuhan yang mentakdirkan kehidupan yang susah pada mereka. Apa makna susah kalau masih tidur dalam rumah, atas tilam & masih boleh makan di restoran, cafe.. Masih pakai baju yang sempurna. Masih mampu beli syampoo, sabun untuk membersihkan diri agar tak nampak comot. Masih mampu membeli kehendak.. Malu la wei!! Malu sikit bila mengaku susah sedangkan kehidupan kau tak susah tapi kau tak pernah bersyukur!!!

Bukan berlagak kaya.. Tapi aku malu untuk mengaku susah demi nak dapat simpati & perhatian orang lain. Sebab perasaan malu tu aku rasa aku ada harga diri. Harga diri tu buat aku lebih selesa berusaha dari meminta sebab aku rasa aku masih ada kemampuan untuk bekerja. Selagi mampu.. Aku akan rasa malu untuk mengaku susah. Sekarang ni macam macam cara boleh buat untuk dapat duit.. Dari dok merintih kat facebook susah tu susah ni apakata try cari side income dengan cara ni >> 7 cara Mudah Untuk Anda Dapat Duit Di Malaysia <<

Moral of the story... Malu adalah perisai sebab bila hilang malu manusia akan hilang pertimbangan & mungkin tindakkan mereka bakal memalukan diri sendiri tanpa mereka sedar bila mereka mula hilang ke'malu'an.

SKODENG WARGA ASING DI RUMAH KONGSI TAPAK PEMBINAAN

SKODENG WARGA ASING DI RUMAH KONGSI TAPAK PEMBINAAN. Dah jadi kaki skodeng pulak aku ni sejak dua menjak ni. Sejak buka tingkap nampak projek pembinaan kondo yang mengadap tingkap rumah aku.. Dari hutan pokok dah semakin menjadi hutan batu. Simpati aku monyet yang pernah menghuni hutan tu dulu.. Tinggal sejemput je hutan untuk mereka berkampung. Selalu nampak dorang naik ke atas bukit area rumah aku selongkar tong sampah cari makan. Tak lama lagi orang komplen ada la operasi membunuh pulak. Kejamnya manusia kan...

Gambar pinjam google

Sejak projek pembinaan kondo tu bermula asal buka tingkap je atau jenguk keluar tingkap mesti nampak aktiviti buruh binaan yang majoriti warga asing. Dari sifat, bentuk wajah & kulit tu rasanya terdiri daripada warga bangladesh & indonesia. Tapi aku tak pernah la pergi dok interview depa kat tapak pembinaan tu asal mana, anak sapa bila sampai. Setiap hari aku cuma akan skodeng dari tingkat 9 rumah aku terus ke tapak pembinaan tu.

Gambar snap pagi tadi. Macam enjoy pulak tengok kehidupan mereka. hehehe

Bila tengok kehidupan mereka di rumah kongsi & bekerja kat tapak pembinaan tu lama2 timbul satu rasa insaf. Kita suka mengeluh akan kenikmatan yang mungkin kita tak mampu miliki sampai kita lupa sebenarnya apa yang kita miliki ini lebih baik dari sesetengah orang lain. Tengok warga asing yang bekerja buruh binaan tu.. Tinggalkan keluarga anak isteri.. Bersyukur la kau masih jumpa suami kau hari hari. Cuma kadang2 dia balik awal.. kadang2 dia balik lewat sikit. Bila suami kau kena kerja hari minggu kau mula muncung sedepa seolah2 macam sepuluh tahun dah suami kau kena kerja hari minggu. Bayangkan anak isteri pekerja buruh binaan tu mungkin tak jumpa suami dia dalam tempoh 5 - 6 tahun.. Dari situ kau akan rasa Ya Allah.. nikmat yang aku dapat adalah lebih banyak dari mereka mereka ni.

Gambar ni aku ambil guna 100% zoom sebab jauh jugak lokasi dia. Almaklum la aku guna galaxy s4 zoom je. Rumah aku atas bukit sikit & duduk pulak tingkat 9. Bayangkan jarak tu.. Tu pun syukur boleh zoom sampai ke tapak pembinaan kat bawah bukit rumah aku ni. Tapi kalau guna smartphone ni yang ada dua camera kat belakang rasanya lagi clear gambar boleh snap >> Bagaimana smartphone yang Dilengkapi Dual-Kamera Leica Ini Berjaya mengambil gambar Sehebat Ini <<

Tengok depa bekerja di tengah panas setiap hari.. Bersyukur la kau masih mampu menikmati kehidupan yang selesa tanpa perlu struggle sampai macam tu sekali. Kau masih mampu makan sedap2 kat cafe2 & restoran yang bukan semua orang mampu makan.. sedangkan mereka kita tak nampak apa mereka makan untuk terus bekerja di esok hari.

Bila kau rasa badan kotor & melekit.. Kau ada bilik air tertutup & selesa untuk kau mencuci badan tanpa di pandang orang lain. Lihat mereka... kehidupan di rumah kongsi terpaksa mandi di tempat terbuka bercampur lelaki & perempuan. Terpaksa sebab itu bukan pilihan mereka tapi itu ja yang di sediakan pihak majikan untuk mereka.

Ni je gambar yang aku rasa boleh di share. Ada gambar mandi beramai ramai campur lelaki & perempuan tak sesuai pulak untuk aku share.

Bersyukurlah... Jangan terlalu banyak mengeluh. Kenikmatan itu tak datang dengan hanya merintih.. Berusahalah seperti mereka tapi dengan kepakaran & cara kita sendiri.

Moral of the story.. Selalulah memandang orang yang lebih susah untuk kita belajar erti bersyukur. Supaya kita kurang merungut dengan apa yang kita tiada.

PANAS! 7 TIPS PALING EXTREME PIKAT SUAMI

PANAS! 7 TIPS PALING EXTREME PIKAT SUAMI. Orang perempuan ni memang antara makhluk yang nak kalau boleh pasangan dia hanya nampak dia paling terbaik, dia paling cantik, dia paling hebat.. Tu tak termasuk lagi bab perasaan. Dia nak jadi dia paling di sayangi, dia paling di cintai & di paling no 1 dalam hati. Sebab tu orang perempuan ni kebanyakkan cukup alert dengan tip & petua. Walaupun pasangan dia bukan hotstuff tetap dia akan berusaha menjadikan diri dia paling istimewa. Lelaki ni muka pecah pun kadang2 ada value.. Janji aset kau berkepok2. Apa ingat bontot montok macam dok viral perempuan heran sangat kalau wallet kau penuh resit bayar hutang je. Belum tentu ok!


Perempuan walau orang pandang sentiasa nak di pujuk, di belai, di manja tapi di sebalik tu sebenarnya perempuanlah paling ramai yang berusaha & bekerja keras memastikan hubungan suami isteri tu bertahan lama. Perempuan lebih banyak berkorban berbanding lelaki. Tapi bukan la aku kata semua lelaki ni asyik nak harap pengorbanan perempuan padahal dia tak berusaha pun untuk pastikan pasangan dia bahagia cuma bila tengok fenomena sekarang banyak perempuan terutama yang bekerja bagi membantu suami mencari pendapatan.. Pengorbanan dorang memang nampak lebih besar berbanding suami. Balik kerja ambil anak, sampai rumah, berkemas, memasak, layan anak. Sedangkan kebanyakkan lelaki balik kerja duduk depan tv tunggu nak makan je. Pun bukan semua macam tu tapi kebanyakkan macam tu. Tak payah cerita la laki korang bukan tergolong dalam golongan macam tu. Yang tu di kecuali. Tak payah nak compare laki dia dengan laki hangpa.

Faktor perempuan lebih ramai berbanding lelaki maka berlaku persaingan agak sengit la. Semua menuntut perempuan berusaha lebih untuk memikat hati sang suami. Sampai la sanggup buat perkara perkara yang konon extreme sangat la demi menambat hati pasangan macam ni >> 7 Tips Paling Extreme Pikat Hati Suami << Yelah.. nak memastikan suami dia sentiasa enjoy & bahagia dengan dia. Taknak la nanti cari perempuan lain dengan alasan isteri dia ni spesis boring. Tak ada apa2 kenikmatan ketika bersama sebagai suami isteri. Semua tipikal & biasa jer.

Apapun dalam hubungan suami isteri kalau sebelah pihak jer berusaha untuk pastikan hubungan tu sentiasa cerita, enjoy, happening tapi sebelah pihak lagi macam tak ada usaha untuk membahagiakan pasangannya pun tak best jugak. Masing2 main peranan untuk memastikan kebahagian dalam rumahtangga. Jadi masing2 ada komitmen & tanggungjawab yang perlu di pikul.

Moral of the story.. perkahwinan adalah penyatuan dua hati maka dua hati kalau nak bersatu kena ada give & take. Kalau asyik beri jer.. tak pernah menerima pun rasa annoying jugak kan. Jadi masing2 ada peranan untuk pastikan dua hati sentiasa bersatu.

AWAS! HANYA UNTUK BACAAN ORANG YANG MASIH BUJANG

AWAS! HANYA UNTUK BACAAN ORANG YANG MASIH BUJANG. Zaman dulu kebanyakkan orang kawen muda. Dah akil baligh jer tak lama lepas tu jodoh pun sampai la. Berbanding orang sekarang semakin ramai yang lambat kawen. Yelah... soal jodoh kita hanya merancang tapi Allah yang tentukan semuanya kan? tu salah satu sebab la.. Sebenarnya banyak jugak sebab lain kenapa orang sekarang lebih selesa hidup single.

Sumber Google

Yang mana sebenarnya berharap ada jodoh tapi jodoh tak jugak sampai sampai jangan sedih. Di sebalik kita rasa kekurangan sebab tak ada pasangan hidup yang halal banyak kelebihan orang single ni berbanding orang dah berkahwin. Sepatutnya korang rasa bersyukur walau jodoh belum sampai at least korang boleh buat banyak perkara yang orang dah berkeluarga tak boleh buat.

Sebab Allah menjadikan setiap perkara tu tiada yang sia sia. Dia melambatkan jodoh atau tidak menciptakan pasangan untuk anda di dunia mungkin ada yang lebih baik Allah nak bagi pada korang dengan hidup membujang. Jadi terus bersangka baik dengan Allah, Insya Allah seribu kebaikkan korang akan dapat.

Sebenarnya hidup bujang ni banyak nikmatnya jugak. Nikmat ni memang orang dah kawen tak boleh dapat la. Mungkin korang tak sedar ianya sedang korang nikmati tapi lepas baca artikel ni confirm korang tak rasa hidup bujang bukan satu kekurangan lagi. Tapi awas! Hanya untuk bacaan orang bujang je. Yang dah kawen di nasihatkan jangan baca nanti takut tetiba terbujang pulak merana pasangan anda tu. Inilah nikmat hidup bujang >> WARNING: Korang Confirm Akan Teringin Jadi Single Balik Lepas Tengok Ni <<

Moral of the story.. Enjoy je dengan hidup bujang tak payah sampai stress fikir pasal bujang. Sampai masa ada la jodoh. Kalau bukan di dunia mungkin di syurga. Jadi tak perlu risau. Bak kata Arwah Ayah aku.. tak perlu push soal jodoh sebab kita tak boleh tulis jodoh kita sendiri.

RAHSIA ROKOK SELUDUP SEDAP DI HISAP

Ramai perokok pilih rokok seludup bukan jer sebab murah tapi sebenarnya ada rahsia lain tersembunyi. Mesti ramai yang tak tahu rahsia pasal rokok seludup atau rokok haram ni termasuklah perokok sendiri. Aku pun baru tau sebab baru je di temui dalam kajian yang di buat oleh pihak UM.


Bukan la nak mengalakkan orang merokok bagai.. tapi hasil kajian ni buat aku terfikir patut la sedap sangat orang hisap rokok haram ni rupanya rokok haram ni hisap sebatang sama seperti menghisap 3 batang rokok sah. Bayangkan la nikmat yang perokok rasa dalam 3 batang rokok. Tentu lebih kan? hahahahaha


Even penemuan dalam kajian tersebut menjadi kejutan pada pengkaji tapi rasanya tidak pada perokok. Kalau depa terkejut gamaknya ramai mati kena serangan jantung. hahahaha.. perokok lebih tahu nikmat hisap rokok & rasa setiap rokok tu. Tapi biasa la... Nikmat lebih maka lebih berisiko jugak la. Ni baru tepuk dada tanya selera.. Nak sedap atau nak sihat?

Jadi sekarang kita tahu la kenapa penggemar rokok seludup ni masih setia dengan rokok seludup selain harga dia yang jauh lagi murah & confirm tak kena GST sebab masuk secara haram adalah nikmatnya seperti menghisap 3 batang rokok sah. hahahaha... apapun merokok tak elok untuk kesihatan luaran & dalaman.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com