RAHSIA ROKOK SELUDUP SEDAP DI HISAP

3/21/2015 11:17:00 AM suria lekatlekit 4 Comments

Ramai perokok pilih rokok seludup bukan jer sebab murah tapi sebenarnya ada rahsia lain tersembunyi. Mesti ramai yang tak tahu rahsia pasal rokok seludup atau rokok haram ni termasuklah perokok sendiri. Aku pun baru tau sebab baru je di temui dalam kajian yang di buat oleh pihak UM.


Bukan la nak mengalakkan orang merokok bagai.. tapi hasil kajian ni buat aku terfikir patut la sedap sangat orang hisap rokok haram ni rupanya rokok haram ni hisap sebatang sama seperti menghisap 3 batang rokok sah. Bayangkan la nikmat yang perokok rasa dalam 3 batang rokok. Tentu lebih kan? hahahahaha


Even penemuan dalam kajian tersebut menjadi kejutan pada pengkaji tapi rasanya tidak pada perokok. Kalau depa terkejut gamaknya ramai mati kena serangan jantung. hahahaha.. perokok lebih tahu nikmat hisap rokok & rasa setiap rokok tu. Tapi biasa la... Nikmat lebih maka lebih berisiko jugak la. Ni baru tepuk dada tanya selera.. Nak sedap atau nak sihat?

Jadi sekarang kita tahu la kenapa penggemar rokok seludup ni masih setia dengan rokok seludup selain harga dia yang jauh lagi murah & confirm tak kena GST sebab masuk secara haram adalah nikmatnya seperti menghisap 3 batang rokok sah. hahahaha... apapun merokok tak elok untuk kesihatan luaran & dalaman.

4 comments:

  1. asben kite dah berhenti merokok sebab batuk berdarah.. terus dia trauma.. hahaha.. dulu kerja di Langkawi.. rokok memang murah.1 hari entah brapa kotak.. lepastu kalau balik KL rokok kan mahal... sanggup dia hisap rokok seludup ni..

    ReplyDelete
  2. Hmmm... Dahsyat dia punya efek kan? Patut org tak serik. Da ada gst,mmg kaya la tauke rokok haram ni,sebab customer pakat beli rokok takda gst..

    ReplyDelete
  3. Hasben aku masih isap rokok seludup.... kekadang saja psiko dia... mana lebih penting, aku ke rokok?? hahahha tapi tetap dia pilih dedua..... susah nak suruh stop sebab dia heavy sangat.... tapi fakta kat atas memang betul tu... kalau dia isap rokok seludup... dia boleh tahan sejam baru isap lagi, kalau yang sah ni, isap sebatang dia tak puas...

    ReplyDelete
  4. Oh, gitu rupanya! Maklumlah tak tahu sebab bukan perokok katanya. Husband pun tergolong dalam spesies yang sama - non smoker juga. Padanlah walaupun haram, permintaan tinggi. Kalau fikir secara logik akal pun, dah katanya nikmat sama macam hisap 3 batang rokok sah, perokok manalah tak tergoda mendengarnya. Murah pun murah. GST pun tak kena bayar...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com