NI SEMUA KERANA BLOGGER YANG BUAT...
Sebelum wujud smartphone atau sms.. Kad raya memang popular bila menjelang hari perayaan. Tak kira la kat kedai buku, supermarket, pasar malam bersepah orang jual kad raya. Tapi semakin pupus bila ucapan raya mula di hantar dalam bentuk digital. Mula2 sms, lepas mms, lepas tu elektronic card melalui email.. & bila dah wujud laman sosial.. kada raya dah tak jadi satu tarikan. Semua sampaikan ucapan secara online.Tapi nampak blogger sekarang cuba mengembalikan zaman kegemilang kad raya even blogger kebanyakkan tempah dengan design eklusif takde beli kat luar. Dah makin jadi trend blogger kirim kad raya ni.. Bagus mengembalikan nostalgia yang hampir di arkib & jadi sejarah. Even selalu keep in touch kat laman sosial tapi bila dapat kiriman kad raya ni feel dia lain. Termasuk la aku.. Tapi tu la aku dah siap2 tulis nak balas kad raya tapi setem laki aku asyik lupa beli. Aku tak salahkan dia.. sebab sekarang ni banyak benda yang kami nak fikir & kena buat. Nak push sangat pasal setem rasa tak berapa sampai hati. Insya Allah.. aku akan cuba jugak hantar even lepas raya.
Dah siap tulis 5 kad raya ni tapi tu la.. rezeki nak mengepost belum ada.
dah lama tak dapat kad tetiba tahun ni ada pulak blogger yang kirim. Apapun terima kasih semua
Moral of the story.. walau kita hidup dalam era moden serba canggih tapi tetap yang lama jugak kita akan rasa best sebab nampak kemeriahan tu. Kalau setakat hantar ucapan melalui sms, mms atau kad elektronik mana boleh gantung. ye dak??