TAK SEMUA ORANG BENCI BLOGGER NI

7/05/2015 11:12:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

Yelah.. dalam kehidupan ni kita mana ada semua orang akan suka atau sayang kita & mustahil jugak semua orang benci kita. Sebab dalam kehidupan seharian kita.. Allah dah jadikan sangat sempurna. Sejahat jahat manusia pun masih ada lagi insan2 yang menyayangi dia.. & sebaik baik manusia pun tetap ada orang benci. Semua ni untuk mengimbangi sistem kehidupan kita.. Hidup ni umpama masak 3 rasa.. ada manis, ada masam & pedas. Gabungan 3 rasa ni la yang melengkapkan kita sebagai manusia normal.


Sebab aku tahu.. kalaupun ramai orang benci aku masih ada lagi yang suka aku. Kenapa aku yakin masih ada orang suka aku.. Aku pun dapat kad raya tau dari blogger yang sweet & baik hati sangat. Aku takde pm2 minta kat kad raya kat orang.. Tapi depa2 ni semua pm aku minta alamat nak hantar kad raya. So, keikhlasan mereka tak perlu nak di ragui lagi.

Terima kasih buat sahabat lama dalam dunia blog ni.. blogger yana yani yang membuktikan seorang kawan tak semestinya sentiasa sependapat. Kita cuma manusia mustahil kita mempunyai citarasa, pendapat & minat yang sama. Terima kasih atas kad yang comel buat kita rasa kembali ke alam rumajakala. hehehehe


Tak lupa jugak buat kakak yang sangat lembut orangnya.. Kerana sudi pilih lekatlekit sebagai penerima kad raya cantik dari beliau. Sis Kathy R'Bain. Antara supporter blog lekat lekit. Ya Allah sungguh terharu rasanya..

Blog : Kathy R'Bain

Ni dari pemenang contest selfie sunsilk yang dapat enpon berharga RM3.. zazazehra. Ni level adik2 yang suka pm akak lekat lekit minta pendapat & nasihat. Trademark dia tak lain tak bukan kucing. Untung sapa dapat gadis suka kucing ni.. confirm penyayang & manja...

Blog : Zazazehra

Tak lupa jugak snow white melayu dari perak. Putih gebu orangnya.. Kad dia pun comel lote macam orang dia jugak. Blogger yang buat servis design blog yang harga semua mampu milik. Blogger sheda ucu. Terima kasih atas kiriman kad raya eklusif ni.

Blog : Sheda Ucu

Apapun terima kasih atas ingat tulis ikhlas kawan2 blogger yang kirim kad atau yang tak kirim kad pun terima kasih sebab terus menyokong blog lekatlekit yang tak seberapa gah ni.

Moral of the story.. doakan aku dapat setem secepat mngkin untuk balas semua kad2 raya yang di kirim. Awat la susah sungguh nak berjodoh dengan setem ni gamaknya.. kalau tak sempat balas sebelum raya, maka lepas raya lah yer. sekarang tengah busy sikit cari rumah nak pindah. hehehe.

2 comments:

  1. Alhamdulillah.. kathy punya pun dah sampai..

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak dapat kad raya camni :'(

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com