MINGGU KAD RAYA

8/10/2011 12:14:00 PM suria lekatlekit 31 Comments

Kalau dulu - dulu sebelum popularnya sms & handphone ni minggu ni la minggu bershopping kad raya, setem bagai kan?? Yelah.. Kang lambat - lambat hantar sampai lepas raya pula tak pun tak sampai langsung. Tak merasa la nak dapat balasan kad raya yang di kirim. Tak merasa la nak buat  hiasan dalam rumah gantung2 kad raya yang orang kirim.

Carian google

Teringat sang lekit zaman 90an dulu dimana kad raya memang popular. Sang lekit ni selalunya kerja membalas jer.. Yang mana yang tak sempat balas tahun lepas, di balas tahun selepasnya. Yelah kalau dah sampai seminggu sebelum raya mana la sempat nak balas. Jadi selalunya kad raya yang kawan - kawan, kenalan, atau sedara mara yang jauh kirim & lewat sampai tunggu la setahun lagi baru sang lekit balas.

Seronok bila dapat kad raya. Macam - macam size, corak & kata2 ada. Ada siap berlagu bagai. Ada yang oversize tapi guna setem 50sen jer hantar maka posmen sedaya upaya sumbat jugak kat raya tu dalam peti pos walau tak muat. Berlengkong, berlipat sementara nak tunggu ada orang datang kutip surat2 dalam peti pos. Peti pos kat rumah sang lekit bukan macam peti pos rumah orang2 kaya yang boleh muat surat2 size besar. Alah peti pos merah gantung kat tembok tepi pintu pagar rumah jer.

Othman B. Awang ni takde kena mengena dengan sang lekit. Gambar sekadar hiasan hasil pinjaman google

Mengimbau zaman kegemilangan kad raya.. teringat sang lekit bila malam raya tu masing2 keluarkan kad raya untuk di gantung kat dinding. Paling banyak dapat kad raya sang lekit la sebab sang lekit la antara makhluk dalam rumah tu paling aktif dalam pergaulan. Yang best tu bila dapat kad raya ada yang selit duit raya sekali. Ada yang seringgit, dua ringgit, sepuluh ringgit tapi kebanyakkan sang lekit tak guna & simpan buat kenangan dalam kad raya tu tapi sekarang kad raya & duit2 tu sekali tak tahu mana tercampak. Yelah.. dah lama tinggalkan kampung halaman. Balik pun sekali sekala. Bila rumah dah di ubahsuai, bilik sang lekit yang comel nun di hujung dunia pun dah takde apatah lagi barang2 dalam bilik sang lekit tu dah di arkibkan tak tau kotak or bekas mana susah la nak cari semula.

Meriah dinding rumah dengan kad raya Uolls. Sekadar hiasan

Mengenang kemeriahan sambutan dengan kad raya dulu - dulu memang buat sesiapa pun akan rindu saat tu. Sekarang ni mana ada lagi. Semua sms, FB & email jer.. Nak gantung macam mana ucapan2 tu dalam rumah, kan?? Apapun kemeriahan kad raya zaman dulu2 takkan sama dengan kegemilangan raya di zaman IT ni. Tetap yang dulu2 tu lebih nampak meriah dari sekarang. Betul tak??

31 comments:

  1. bile la blh dpt kad raye lagi agknye.. skrg makin tk laku. mentang2 ade fon. msg2 sombong. hahah.

    ReplyDelete
  2. hehehe.tahu xpe,kalau posmen datang terus tunggu sebab takut2 ade kad raya.

    tapi kalau gantung kad bukan kad kami adik beradik tapi kad raya yg ayh dapat.,fuh kalah anak2.hehe

    ReplyDelete
  3. rindu nak hantar kad raya ^.^

    ReplyDelete
  4. happy giler klu dpt kad raya.. dulu siap buat pokok khas utk gantung kad raya.. ala2 pokok krismas gitu.. haha

    ReplyDelete
  5. tak dapat kad raya dah skrg ni..asyik2 sms, FB jer... senang kot ^^ jimat lagi then express delivery ye tak ?

    ReplyDelete
  6. perghhh! nostalgia tu kejadian gantung2 kad raya tue~~~

    ReplyDelete
  7. skrg ni org pakai sms...tapi lagi advance, gune fb n twitter je nak wish...katanye jimat duit...tapi nak lagi bermakna baik hantar kad raya..alang2 blh simpan sekali wat kenangan ye dak~

    ReplyDelete
  8. rindu kenangan zaman kad raya..huhu


    psst..nak kad raya bulleh???hehe

    ReplyDelete
  9. kad raya handmade saya tak siap buat lagi..hajat hati nak handmade untuk kawan2 tapi memandangkan takde envelop,terbantutlah hajat suci lagi murni itu

    ReplyDelete
  10. rindu tiba-tiba dengan keadaan begitu..nostalgia kad raya..

    ReplyDelete
  11. rindu nak tunggu posmen antar kad raya di tepi tingkap :(
    dah tak modern eh kalau antar kad raya..saya tak mo SMS..
    nak kad raya muehehehe..harap maklum ai jiwa org dolu dolu ;p

    ReplyDelete
  12. Betul lekit.. Masa akak sekolah dlu wajib bagi kad rasa kat kwn2 kelas.. 20sen je regenya.. Ayat yg mesti ada dihujuk kad.. Pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas.. Waktu jln raya umah kwan2 kalo tgk dia gantung bnyk kad raya, kagum ooooo.. kihkihkihkih dolu2..

    ReplyDelete
  13. Perghh!! klasik tu.. tp sy masih send kad raye lagi kat kengkawan..

    ReplyDelete
  14. hehehehe.. penuh dengan kenangan 80-an.. saya rindukan saat menjelang syawal macam tu.. sekarang tradisi macam begini tidak popular lagi..

    ReplyDelete
  15. btol tu... lgpon kad raya skg ni pon mahal... kalau guna email....free jew

    ReplyDelete
  16. kte pn sempat lagi dgn zaman kirim mgirim kad2 raya nie ~ kad raya xkan sama dgn email, msg raya !:)

    ReplyDelete
  17. kad raya memang best, bleh gantung-gantung bagai.

    ReplyDelete
  18. rindu nyaa nak dapat kad raya mcm dulu....dulu sampai xcukup kad raya nak membalas...skrg ni sekeping pun dah takda...haduyai punn....

    ReplyDelete
  19. itu lar pasal.. nak kad raya jugakkk!! mama lekit xmo bagi ceq kaaa?? ekekke

    ReplyDelete
  20. mmg sgt nostalgia la bile terkenang zaman kecik2 dulu. ehe^^ rase mcm nak kecik balik je. zaman dulu2 meriah tak terkate bile hari raye. pastu wajib balas2 kad raye. haha^^ skarang ni nape tah, semangat tu tak mcm dulu. maybe sbb dah besar kot. bukan budak2 lagi. tambah pulak, org sekarang sambut aidilfitri x mcm dulu. rindu dbuatnye =)

    ReplyDelete
  21. masa sekolah wajib beli kad raya byk2 n bg kat org..then rs sgt la bangga ble dpt kad dr org lain..skrg takde dah..sms jeh..huhu

    ReplyDelete
  22. Betul. Kalu raye takde mercun, meriam buluh xbes lgsg. Bdk2 skang main mercun dgn meriam dlm laptop jela. game flash.HAHA.

    UPDATE:ISTANA BIRU nak berkenalan.

    ReplyDelete
  23. zaman gemilang kad raya ni akan kembali juga satu hari nanti. saya pun rindu zaman-zaman dapat kad raya dulu.. hmmmm..

    ReplyDelete
  24. mcm xdapat kad raya jer thun ni

    :(

    ReplyDelete
  25. kalo dulu memang penuh peti surat tu ngan kad raya aku saaajaaa...
    skrg ni pnuh wall fb ngan kad raya sajalah..
    mcm x beessssttt..

    tringin nak kembali zaman skolah dulu trima kad rayaaaa!

    ReplyDelete
  26. hahahaha, tengah sesak2, boleh buat gotong royong bukak kotak2 ko nok...

    mana tau dapat singgit, spoloh ringgit...lepas beli nasik mamak.. hahaha

    ReplyDelete
  27. sentimentel value tu abby..
    cma pun masih berutus kad lg tau..

    ReplyDelete
  28. seyes sy pun rindu dulu2..
    paling last dapat kad raya
    time form 5..
    huhh..pastu tak dapat dahhh..
    huh

    ReplyDelete
  29. rindunya zaman tu... masa tu semangat nak kumpul siapa dapat kad raya paling banyak

    ReplyDelete
  30. saya last dpt kad raya tahun 2006..:(

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com