KEBUN EMAS ALAM GHAIB
Bila di beri gelaran seorang ustaz kita melabelkan seseorang tu tinggi ilmu agamanya sehingga mampu menjadi tempat untuk orang lain menimba ilmu agama & merujuk kepadanya tentang agama tapi sayangnya kisah seorang ustaz ni. Walau dia seorang ustaz tetap terjebak dalam kumpulan ajaran sesat.Kumpulan ajaran sesat ni di katakan kononnya mampu menyedut kemewahan dari kebun emas yang wujud di alam ghaib menyebabkan seorang ustaz sanggup meminjam duit dari Along sebanyak RM20K untuk membeli ‘kebun pokok emas’ berkeluasan sembilan hektar yang kononnya terletak di alam ghaib. Guru agama itu juga berzikir di tengah padang sekolahnya pada tengah malam kerana tindakan itu dikatakan membolehkannya mendapatkan kemewahan dengan lebih cepat. Akibat dari perkara tu isteri dan tiga anaknya kini terpaksa hidup bagai pelarian selepas diancam along.
Aduhai.. Memang duit & kemewahan buat orang hilang pedoman tak kira siapapun dia. Sepatutnya seorang pendidik ni lebih bijak & matang membuat penilaian.. Tak sangka ustaz ni pun percaya benda2 karut yer. Kalau betul wujud kebun emas di alam ghaib, dah lama ketua kumpulan ajaran sesat tu jadi jutawan, kan??
Rujukan : Harian Metro