AKIBAT TAKSUB DENGAN BOMOH IBU NYANYUK DI TUDUH ADA SAKA
AKIBAT TAKSUB DENGAN BOMOH IBU NYANYUK DI TUDUH ADA SAKA. Jangan tak tahu ada tau spesis macam ni di kalangan orang melayu Islam.. Sebab dari muda memang selalu guna khidmat bomoh sampai satu tahap dia tak percaya & yakin dengan rawatan cara Islam menggunakan ayat ayat Al Quran ni. Kisah yang aku nak share ni adalah kisah benar cuma identiti tu di rahsiakan la..Alkisahnya.. sipolan ni mula terjebak dengan bomoh ni masa dia masih muda kerana terkena buatan seseorang yang sukakan dia. Time tu dia tengah dating dengan someone la.. Ada perancangan untuk kahwin. Bila terkena sihir sipolan yang sukakan dia & cuba pisahkan dia dengan kekasih dia tu so dia cuba mendapatkan rawatan untuk buang sihir tu dari seorang bomoh kampung. Katanya.. Bomoh tu pun syok kat dia jugak.. Konon nak tolong buang sihir yang orang hantar pada dia tapi dia pulak sihirkan sipolan ni supaya sukakan dia. Lawa sangat gamaknya kan.. semua orang berebut2 nak kan dia...
Bermula dari kisah tu la.. dia mula taksub dengan bomoh sampai sekarang. Ada je la dia nak merujuk dengan bomoh ni. Even tak ada apa apa gangguan mistik pun dia rasa macam ada gangguan mistik. Sampai la satu masa.. Mak dia dah tua, mula nyanyuk. Dah tak berapa mampu nak uruskan diri.. Terlalu taksub dengan perkara berkaitan makhluk halus ni.. dia percaya bila ada bomoh yang cakap mak dia ada saka. Kononnya sebab mak dia busuk sangat.. dia percaya la yang sebenarnya mak dia dah mati yang hidup dalam jasad mak dia tu cuma saka. Sampai satu tahap dia nak tikam mak dia sendiri sebab dia rasa bukan mak dia dah..
Mak dia busuk tu sebenarnya sebab tak ada sapa nak tolong uruskan mak dia yang dah nyanyuk. Mandi pun kadang2 tak.. Dia pulak bila mak dia dah jadi macam tu langsung tak peduli. Macam benci sampai tahap dia kata kalau boleh putuskan hubungan anak beranak tu dia nak buat. Elok la semua harta & duit mak dia semua dah tukar pada nama dia.. So, orang tua nyanyuk tu di biar sampai busuk macam bangkai.
Pernah dia cuba panggil seorang ustaz yang mengamalkan rawatan Islam untuk buang saka mak dia kononnya.. Tapi bila ustaz tu periksa sebenarnya tak ada apa2 pun dengan mak dia. Cuma orang tua yang dah nyanyuk jer.. Dia tak percaya apa yang ustaz tu cakap. Dia tetap yakin dengan bomoh yang dok pembohong dia yang kononnya mak dia ada saka. Sampai sekarang dia masih anggap mak dia hidup dengan saka. Sampai sekarang dia tak pedulikan mak dia walau tinggal serumah. Sampai sekarang mak dia masih busuk & tidak terurus & dia terus memusuhi mak dia.
Kesian kan.. Terlampau banyak guna khidmat bomoh memang boleh buat seseorang tu hilang kewarasan. Macam sipolan dalam kisah ni.. Aku syak dia pun dah tak berapa setting mental sampai semua benda dia rasa ada kaitan dengan makhluk halus ni.. Nak kata tak sekolah educated. Ada degree beb! Tapi tu la bila terjebak dengan orang2 yang mengamalkan perkara khurafat & syirik ni.. jadi tak berguna juga taraf pendidikkan yang dia ada. Walau tahu baca terjemahan Al Quran sekalipun tapi dia tak yakin dengan Al Quran pun no point jugak.
Moral of the story... Memang ada masalah atau penyakit berkaitan dengan sihir & jin tapi merujuk la kepada mereka yang mengamalkan rawatan secara Islam. Jangan sesekali terjebak dengan bomoh2 khurafat ni.. Bukan apa jenis bomoh2 macam ni bomoh cari makan.. Depa rawat jugak hangpa tapi ada yang depa hantar balik pendamping. Macam2 sebab la depa buat macam tu.. So berhati hati bila mendapatkan rawatan secara spiritual ni.