BUKAN SALAH PERAGUT KALAU KENA RAGUT
Peragut tak salah?? Kerja meragut tu baik ke? Mulia ke? Bawak bertenang je anak2.. adik2.. kakak2.. abang2... pakcik2.. & makcik2.. semua. ketenangan saja boleh buat kita berfikir dengan waras. Jadi tarik nafas dulu.. jangan buat apa2 spekulasi sebelum baca habis entri ni.Biasa la rutin harian den clik2 jugak la akhbar online ni nak ambil tau isu2 semasa dalam & luar negara katanya. Mana yang best untuk di kupas kupis dalam blog melekit ni harus la jejari kontot ku menaip sepatah dua kata dalam entri. Berita hari ni yang buat den tertarik pasal berita dua gadis yang tercedera terbabas motorsikal selepas cubaan meragut. Baca dulu sedutan berita kemudian baru kita kopek dengan lebih rakus.
Sumber Sinar Harian
Banyak kot kes ragut di sebabkan kelalaian kita sendiri. Macam si gadis ni.. Kira memang berani mati la letak handbag dalam bakul motorsikal tu. Orang sekarang majoriti memang tak berani dah buat macam tu. Even galas kat bahu pun orang tak berani ambil risiko. Kalau boleh sorok sesoroknya la handbag tu dari penglihatan peragut kalau nak memandu ni tak kira la motorsikal ataupun kereta.
Jadi dalam kes ni kesalahan utama adalah dari sikap cik adik ni sendiri yang mendedahkan diri dia pada risiko jenayah. Jadi pada semua gugurl.. kakak2.. makcik2.. beringatlah! Kaum wanita adalah sasaran penjenayah jadi alert sikit bila ada kat luar. bawak handbag tu tak payah la sangkut kat lengan ala2 mak limah pulang petang sangat. senang2 je peragut nak tarik. Gunalah handbag yang tali panjang boleh galas silang walaupun tak menjamin 100% selamat tapi at least tak senang2 la peragut nak tarik. Dia nak ragut pun dia fikir jugak berapa peratus peluang dia berjaya ragut. Kalau yang galas bersilang tu peratus untuk dia dapat kurang sikit sebab tersakut pada badan si mangsa.
P/S : Bukan kata kerja meragut tu tak salah tapi kita tak mampu nak tangkap semua peragut yang ada kat Malaysia ni jadi kita sendiri yang kena ambil langkah keselamatan untuk mengelak diri kita jadi mangsa ragut. Kang ada pulak yang salah faham kata den ni cakap peragut tu tak salah.
Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE