BUKAN SALAH PERAGUT KALAU KENA RAGUT

9/06/2013 02:53:00 PM suria lekatlekit 10 Comments

Peragut tak salah?? Kerja meragut tu baik ke? Mulia ke? Bawak bertenang je anak2.. adik2.. kakak2.. abang2... pakcik2.. & makcik2.. semua. ketenangan saja boleh buat kita berfikir dengan waras. Jadi tarik nafas dulu.. jangan buat apa2 spekulasi sebelum baca habis entri ni.

Biasa la rutin harian den clik2 jugak la akhbar online ni nak ambil tau isu2 semasa dalam & luar negara katanya. Mana yang best untuk di kupas kupis dalam blog melekit ni harus la jejari kontot ku menaip sepatah dua kata dalam entri. Berita hari ni yang buat den tertarik pasal berita dua gadis yang tercedera terbabas motorsikal selepas cubaan meragut. Baca dulu sedutan berita kemudian baru kita kopek dengan lebih rakus.


Sumber Sinar Harian

Kalau macam ni punya kes memang bukan nak salahkan peragut. Peragut dah tau la sejenis manusia bertopengkan syaitan. Jadi dia memang la jahat tak boleh di nafikan lagi. Akal dia 80% di kuasai syaitonn... Tapi kita yang manusia ni. Dah kau tahu jenayah sekarang macam cendawan yang tumbuh selepas hujan. Mentang2 la sebelum ni maybe tak pernah kena ragut jadi macam confident je takkan kena ragut sampai tak ambil pusing soal keselamatan diri & harta benda.

Banyak kot kes ragut di sebabkan kelalaian kita sendiri. Macam si gadis ni.. Kira memang berani mati la letak handbag dalam bakul motorsikal tu. Orang sekarang majoriti memang tak berani dah buat macam tu. Even galas kat bahu pun orang tak berani ambil risiko. Kalau boleh sorok sesoroknya la handbag tu dari penglihatan peragut kalau nak memandu ni tak kira la motorsikal ataupun kereta.

Jadi dalam kes ni kesalahan utama adalah dari sikap cik adik ni sendiri yang mendedahkan diri dia pada risiko jenayah. Jadi pada semua gugurl.. kakak2.. makcik2.. beringatlah! Kaum wanita adalah sasaran penjenayah jadi alert sikit bila ada kat luar. bawak handbag tu tak payah la sangkut kat lengan ala2 mak limah pulang petang sangat. senang2 je peragut nak tarik. Gunalah handbag yang tali panjang boleh galas silang walaupun tak menjamin 100% selamat tapi at least tak senang2 la peragut nak tarik. Dia nak ragut pun dia fikir jugak berapa peratus peluang dia berjaya ragut. Kalau yang galas bersilang tu peratus untuk dia dapat kurang sikit sebab tersakut pada badan si mangsa.

P/S : Bukan kata kerja meragut tu tak salah tapi kita tak mampu nak tangkap semua peragut yang ada kat Malaysia ni jadi kita sendiri yang kena ambil langkah keselamatan untuk mengelak diri kita jadi mangsa ragut. Kang ada pulak yang salah faham kata den ni cakap peragut tu tak salah.

Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

10 comments:

  1. setuju tu kadang2 kita sendiri mendedahkan diri kita dengan peragut...

    saya selalu nampak perempuan bawak motor tapi handbag siap gantung kat bahu... seriau sangat saya tgk...

    ReplyDelete
  2. betul tu...sndiri cari penyakit
    btul la malang tak berbau...tp kalau beringat...tak akan jadi
    kan kan? =)

    ReplyDelete
  3. sekarang ni kalau nak keluar atau ke sekolah pun rasa macam taknak pakai handbeg je sebab macam mengumpan penyamun2..rasa macam nak pakai beg disposable je..bior selekh asalkan selamat Insya Allah.

    keluar rumah pastikan tak miss baca doa yang panjang..

    ReplyDelete
  4. smlm bru nmpk couple naik motor..handbag gf letak dekat bakul motor..padahal ada box..wonder sgt2 apasal x masuk kan dlm box? kitorg laki bini naik motor dr couple sampai la skrg ni ha..mmg pelik dgn diorg2 yg suka bg chance kat peragut..susah sgt ke nk pk keselamatan sndiri. huhu!

    ReplyDelete
  5. betul2... nak lg selamat...letak box motor kat belakang motor...letak la beg dlm tuh... skrg nih kene berjaga n sentiasa beringat.

    ReplyDelete
  6. saya dulu zaman bujang sekali boleh sumbat semua dalam poket.. memang nak sumbat. selagi boleh bawah sekecik2 beg.. beg tu la yg nak bawak tp bila dah ada anak ni.. tak boleh nak buat apa la. nak keluar je dah 2 bag.. 1 bagpack lala.. tp beg tu stanby dlm keta je.. sebab segala pampers baju spare susu air panas air masak minyak angin losyen bedak bagi.. handbag tu selalunya ada tuala kecik lala.. botol susu.. yg lain2 tu barang mak dia la. dh ada anak ni memang x logik la kalau keluar lenggang kangkung. kena jugak bawak beg.

    ReplyDelete
  7. Hati hati di jalan yang ada peragut..

    ReplyDelete
  8. Nadiah pernah tengok vidio, ada orang simpan handbag kat dalam bonet pun, sampai je rumah bukak bonet elok datang perompak ragut handbag dia. huhuh sedih! Sebab tu keluar rumah kena mohon perlindungan Allah

    ReplyDelete
  9. pakai beg yang galas silang tu kan kemudian sila pakai sweater yang tebal dan besar. memang nampak x cun tp lebih selamat sebab x nampak ada bag kat dalam sweater tu

    ReplyDelete
  10. salam mummy lala..

    huhu..kecuian membawa padahkan..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com