Showing posts with label pattaya. Show all posts

AWAS! JANGAN SESEKALI PERGI TEMPAT NI.

AWAS! JANGAN SESEKALI PERGI TEMPAT NI. Ni Amaran keras yer.. Kalau anda berkunjung ke daerah tersebut jangan sesekali jejak kaki ke sebuah perkampungan kecil nelayan ni. Bahaya! Memang selangkah menuju ke neraka jugak la tempat tu. Orang kata kalau takut terbuat jahat.. lalu tempat yang tak baik pun jangan, takut iman tak kuat terjeremus ke lembah dosa katanya sebab kat situ ada sesuatu yang boleh merosakkan moral & akidah umat islam.


Party buih kalau kat Malaysia ni confirm kena kecam punya. Selalu party2 buih ni berkaitan dengan pesta liar yang melibatkan golongan muda. Biasala.. Dah nama party buih.. Memang pergaulan bebas.. seksi meksi la pakaian awek2 dalam tu. Almaklum la nak mandi buih dalam parti tu kan? Kat Malaysia memang rasanya di kalangan umat Islam tak boleh nak anjurkan atau sertai party buih macam ni. Bukan apa.. kalau party2 macam tu mesti ada perkara yang salah depa buat. Tak mabuk.. mesti ada adegan2 yang tak di ingini akan berlaku.

Tapi masih ada tempat yang tak ada siapa akan ambush kalau korang buat pesta buih ni. Awas! Yang beragama Islam jangan korang pulak nak join pesta buih kat situ. Bagi yang non-muslim tu, no komen. Bukan je boleh berpesta buih tepi pantai.. Malah kawasan tersebut memang banyak pusat2 hiburan walaupun ia terletak di sebuah perkampungan kecil nelayan. Kampung nelayan kemain macam tu.. Gila la wei! Hope tempat ni bukan menjadi salah satu destinasi percutian anda. Pilih la tempat2 lain yang best lain walau tempat tu tempat tersenarai dalam 7 destinasi yang patut di kunjungi. tempat tu je jangan pergi tapi 6 lagi Boleh di lawati. Nak tau kat mana meh tengok kat sini >> 7 Tempat Yang Mungkin Selama Ni Anda Tidak Pernah Terfikir Untuk Kunjungi <<

Alah.. setakat nak main buih dalam bilik air kat rumah sendiri pun boleh.. Ye dak? aku selalu je main buih dengan anak aku dalam bilik air. Ok jer.. tak payah nak travel jejauh nak buat maksiat dalam pesta buih macam tu. Orang2 yang suka berpesta buih ni kena letak buih sabun cuci baju jer baru dia rasa macam mana mata bertukar jadi mata hantu raya. Azab ke nikmat time tu baru dia rasa trauma nak join pesta buih dah. Hahahaha

Moral of the story.. terlalu banyak tempat cantik, menarik & menyeronokkan kat dunia ni boleh di kunjungi kenapa mesti pilih tempat yang banyak setan?? Peace Yo!

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com