Showing posts with label my baby story. Show all posts

BILA DAH GENAP 9 BULAN..

Bila dah genap 9 bulan semakin lasak, semakin banyak kemahiran baru dia belajar, semakin tak senang la mummy kan?? Semakin hari semakin tak berani biar lala main sorang2 & buat kerja lain walau lala bukanlah jenis kuat meragam & sentiasa nak didukung @ duduk atas riba.

Lala Hari ini.

Tapi di sebabkan dia semakin lasak.. makin laju bergerak walau merangkak tak berapa merangkak lagi tapi dengan meniarap pun sekejab je dia boleh sampai kemana saja dalam rumah ni dia nak pergi kalau di luar pengawasan. Apa saja dia nak capai.. dia akan berusaha cuba dapatkan. Letak dalam walker pun dia suka panjat walker tu bila dia nak capai barang yang tak dapat di capai lebih2 barang2 yang agak rendah dari walker dia. Seriau jugak takut dia tersungkur masa menunduk nak ambil barang. Jadi sang lekit nak buat apa2 pun sang lekit terpaksa tunggu lala tidur dulu. Tidur pun kadang2 sang lekit tak senang jugak. Kalau letak dalam buai takut dia terjun buai sebaik je dia terbangun. Bila bangun je dia akan berpusing & meniarap dalam buai. kadang2 kaki keluar dari buai, kadang2 kepala terdongak keluar buai. Aksi2 lala sekarang banyak merisaukan sang lekit. Walau dia tidur sekalipun sang lekit nak buat apapun mesti 5 minit sekali jenguk dia. Tak kira dia tidur dalam buai atau kat atas tilam je.

Lala semalam. Kat Genting dengan mummy & dady

Lala memang banyak habiskan masa tengok TV. Tengok kartun kat TV9 @ tengok iklan2 kat tv. sambil dia buat la aktiviti lain selain memantapkan lagi skill merangkak dia. Bab makan pula.. lala sekarang memang semakin banyak makan bubur. Susu masih lagi susu ibu cuma sang lekit tambahkan dengan susu formula. Tak banyak sangat.. 1 hari 60ml je bagi sebab susu original lala masih banyak & cukup. Yang bagi susu formula sebab 2 bulan lepas masa check up berat lala tak naik banyak. Sebab nak lala montel macam baby lain bukan je lala minum susu formula, mummy pun turut minum susu Anmum. Masa baru lahirkan lala pun sang lekit minum susu Anmum cuma berhenti sekejab sebab masa tu susu terlampau banyak. Tak sempat lala nak minum. Sekarang untuk memastikan susu yang lala minum cukup zat sang lekit ambil la semula. Lala jugak akan minum vitagen apel hijau setiap hari selepas makan lebih kurang 50ml yang sang lekit bagi 2 kali (sekali minum dalam 25ml). Dia makan pun 2 kali 1 hari. Untuk mengelakkan lala sembelit. Petua ni sang lekit dapat dari seorang ibu di kelab Ibu Comel kat FB.

Lala dengan acu. Jelir lidah nampak sikit lesung pipit tu

Semalam bawak lala main2 kat genting. Teruja dia tengok lampu2 & banyak benda bergerak2. Selalunya jalan2 kat KL je. Angkut sekali Ateh An & Acu. Lala lebih minat dengan Ateh An walaupun masa mula2 dulu dia tak minat dengan Ateh An. Hanya dengan Acu je. Tapi sekarang Acu dah jadi last choice. kesian Acu.. di mak tirikan lala. Hanya 2 orang mak sedara lala tu la yang rapat dengan lala sebab dorang tinggal tak jauh dengan lala. Jadi lala selalu di jenguk la 2 mak sedara dia. Yang lain2 kat utara tu.. sekali sekala je dapat jumpa.

Itulah perkembangan lala sehingga hari ni yang genaplah umur dia 9 bulan. Apa yang sang lekit harap lala sentiasa sihat, ceria, aktif & menjadi anak yang baik & cerdik. Dalam membesarkan anak 1 perkara yang sang lekit belajar adalah jangan malas. Jangan malas pujuk dia makan bila sampai masa dia perlu makan.. jangan malas untuk melatih dia dengan kemahiran2 baru, jangan malas jaga kesihatan & kebersihan dia..  Kalau malas tu la punca masalah dari semua sudut. Jadi pada ibu2 walau sebelum ada anak kita ni pemalas dah ada anak kita kena rajin la, kan??


SEMAKIN KUAT JERIT

Setiap bulan akan muncul entri ni. Entri apa?? Entri ni la... Entri yang membuktikan bahawasanya saya seorang MAK gitu. Kalau ada blogger yang baru berkenalan dengan blog melekit ni tak payah nak teka teki lagi status penulis blog melekit ni. Kalau dah jadi MAK maka auto memang bini kepada seseorang.

Semalam (20/03/2012) genap usia shahila @ cik lala 7 bulan. Keletah dia pun dah semakin macam - macam. Tapi perubahan ketara lala sekarang adalah kuat menjerit. Tak boleh tinggalkan dia sendirian lama sikit mula dia menjerit. Menjerit bukan menangis tau. Kadang2 kalau dia suka pun dia menjerit. Dah semakin laju sikit dari dulu tolak walker dengan kaki dia. Tapi lala belum boleh merangkak cuma meniarap sambil berguling2 bila dia nak bergerak.

Hari2 dia akan tunggu dady dia balik untuk tidurkan dia sambil dengar lagu Old Mc Donald. Lala masih tak banyak makan makanan pepejal. 90% masih susu. Tapi sang lekit tak putus asa untuk ajar dia makan. Makanan dia bubur nasi + kentang + carot + ayam. Nestum pernah try sekali bagi.. lepas tu lala berak campur darah. Dari info yang sang lekit baca kemungkinan alahan dari makanan dia. dari firasat seorang mummy.. mungkin nestum. Bila tak bagi nestum bagi bubur nasi je berak dia ok. Maka yang tertuduh adalah nestum.

Apa yang sang lekit paling tak sabar tunggu shahila pandai bercakap. Tak sabar sangat nak dengar dia sebut MUMMY. Moga shahila cepat pandai bercakap, cepat boleh berjalan boleh la holiday jauh2 sikit kan. Apapun yang paling penting shahila membesar dengan ceria & sihat. Sempena hari lahir shahila yang ke 7 bulan takde hadiah khas.. tapi hadiah yang mummy & dady bagi setiap hari KASIH SAYANG.

baru la wajah keperempuanan sikit..


SETENGAH TAHUN SUDAH BERLALU

tik.. tok.. dah 6 bulan berlalu. Sekejab je rasanya, kan?? Dah membesar shahila. Walaupun perkembangan lala tak secepat sesetengah bayi lain yang mungkin seusia lala dah boleh merangkak tapi lala cuma mampu meniarap gaya titanic je lagi. Sesekali tu ada juga tengok dia cuba angkat badan. Mungkin tanda2 dia nak belajar merangkak kot.

Setakat ni nampak lala mula mesra alam dengan orang lain dah. Dia dah pandai untuk murah senyum & mula bersuara bila di usik. Tapi sikit2 je keramahan dia tu. Tak seramah & semesra macam dia dengan mummy & dady kat rumah. Kalau kat rumah mengekek ketawa.. terjerit2 bila suka. Macam2 bunyi di buatnya tapi bila kat luar lala amatlah pendiam. Mungkin sebab lala kurang bersosial. Seminggu ada la sekali dua bawak lala keluar. Selebihnya hari2 lala cuma dalam rumah. Kat rumah yang ada dengan dia cuma mummy & dady je.

Selama membesarkan lala ni en google & kawan2 maya banyak menjadi tempat rujukkan. Bertuah bagi sesiapa yang membesarkan anak dengan adanya orang tua di rumah. Tak kira la mak ayah sendiri @ mertua. Macam sang lekit anak pertama ni cuma 2 bulan je mak sang lekit ada. Tu pun masa pantang. Seterusnya pandai2 sendiri la nak handle. Memang semuanya serba baru.

Alhamdulillah selama 6 bulan ni berjaya juga sang lekit handle cik lala walau 4 bulan pertama lala amatlah menduga sebab dia kerap menangis waktu malam. tapi sekarang tak lagi dah. Lala dah besar, dah baik juga ceria. Anak mummy bakal membesar bagai juara. Dan semalam sang lekit dah cuba bagi lala makan bubur nasi yang di lenyek dengan penapis (tutorial pun dapat dari blog juga). Dia nak juga makan tapi tak banyak lagi. Lala masih kenyang dengan susu. Susu untuk lala masih cukup untuk kenyangkan lala tapi saja je sang lekit teringin nak bagi lala makanan pepejal.

Setengah tahun berlalu macam cepat sangat. Tapi selama setengah tahun dengan lala ni memang satu pengajian yang paling bermakna, mencabar & enjoy jugak. Lala dah 6 bulan hari ni.

Bukan senyum tapi lala tengah membebel sambil meniarap.


BILA BAWA ANAK KELUAR MESTI ADA BENDA NI JADI

Kadang2 rasa macam diri ini terlalu aneh pada pandangan mata sesetengah manusia bila daku mendukung cik lala di tempat awam. Memang betul dia anak saya, napa tak percaya ke saya mampu beranak??

Kisahnya semalam.. Kami anak beranak keluar sekejab ke tesco beli barang sikit. Masa singgah makan kat KFC dalam tesco tu,, ada sepasang mata macam terpegun pula tengok sang lekit dukung lala sementara asben kita pergi beli makan. Lala kalau stroller tak gerak dia memang taknak duduk dalam stroller jadi kena dukung sekejab. Dia macam tak percaya lala tu anak sang lekit (dari reaksi wajah dia la. tengok hujung2 mata jer reaksi dia supaya dia tak perasan sang lekit perasan dia perhatikan sang lekit). Kemudian dia bagitau teman sebelah dia suruh tengok sang lekit sambil senyum2. Dorang mesti boleh teka memang tu anak sang lekit sebab kami cuma keluar bertiga. Mana ada orang nak bawak adik keluar dating. Nak2 adik yang masih bayi, kan?? Melainkan mak sang lekit dulu jer.. Keluar dating bawak adik (maksu) sampai orang ingat mak kita janda walhal masih anak dara (menurut cerita mak la. Yelah maksu jadi anak yatim sejak dia bayi lagi)

Pandangan macam tu dah biasa sang lekit terima sejak ada lala ni. Dari kat hospital masa lala baru lahir sampai la sekarang, bila keluar kemana2 je dengan lala & asben kita mesti ada mata yang akan pandang macam tu. Kalau yang terlebih ramah akan tegur & tanya terus. Selalunya makcik2 la yang akan meng'confirm'kan teka teki dorang tu. Bila selalu sangat terima pandangan macam tu tertanya jugak sang lekit sendiri.. 'Apa yang dorang fikir bila ibu kurang tinggi ni ada anak??' Dorang fikir daku ni terlalu muda ke untuk ada anak walhal daku bukan terlalu muda seperti yang dorang fikir atau dorang fikir aku yang kurang inci ni tak mampu beranak. Kalau boleh beranak tu macam satu keajaiban la kot.

Sang lekit dah mula biasa dengan keadaan macam ni.. Masa balik kampung haritu pun, waktu pergi ziarag sedara sebelah arwah ayah dorang ingat lala anak adik bongsu sang lekit. Kesian Acu.. status anak dara sedikit tergugat, kan?? Tak kisah la dari pandangan orang2 macam tu terlahir 1 pertanyaan berunsur baik atau mengejek mahupun kagum.. Bagi sang lekit setiap apa yang Allah jadikan itu ada kurang & lebihnya. Tapi percayalah.. Shahila memang anak daku! kekekekekee.. aku mampu beranak, kau mampu?? kekekekekeke

P/S : Pada yang menyinggah, yang add follower yang komen, yang silent reader.. thanks. Sang Lekit masih tak mampu nak BW buat masa ni atas masalah teknikal yang berlaku. Laptop masih belum di hantar untuk di beri belaian kasih sayang maka dia masih lagi demam. Mampu update blog je nak view blog tak lepas. terlalu siput sedut.

MENIARAP

Risau.. resah.. gelisah.. gundah gulana jadinya bila tengok baby orang lain perkembangannya setiap bulan nampak lebih cepat dari cik lala. Ada kawan sang lekit yang baby boy dia sebaya lala (cuma 2 hari je lebih tua dari lala) dah pandai merangkak & tumbuh gigi tapi lala jangankan gigi nak merangkak jauh sekali.

Risau si mummy sampai tanya Doktor jugak la samada cik lala kita ni ada masalah @ tak. Dr yang check lala cakap dia takde masalah pun. Balik rumah latih lala supaya meniarap. Bila di balikkan dia boleh meniarap bila harap dia cuba meniarap sendiri macam dia taknak jer. Tapi dalam bulan januari ni lala nampaknya berusaha untuk belajar. Sekarang lala dah boleh meniarap sendiri & rajin jugak dia balikkan badan dia. Gembiranya hati mummy. Tapi bila dia meniarap je mulut dia bising yang amat.

Sebelum ni lala macam malas sikit nak meniarap.. hari2 sang lekit cakap dekat lala.."tolong la mummy.. meniarap la anak mummy". Hari2 sang lekit cakap macam tu kat lala tau. Nak meransang lala kononnya. Alhamdulillah selain cuba melatih dia meniarap dengan berbual & bermain dengan dia buat dia bersemangat. Mungkin la kot.. Lala semakin lasak sekarang. Kalau di biarkan dia baring.. mesti berpusing2 dia bergerak. Tidur malam pun sekarang lala taknak dalam buaian dah. Mungkin sebab dia semakin lasak & banyak bergerak dia selesa tidur atas tilam. Mangsanya mummy la.. kejab2 kena kick dengan lala. Bila sang lekit bangun je mesti posisi lala berubah. Bantal ke apa ke ntah kemana2 dah. Bila lala semakin lasak ni.. Time mandi la paling merisaukan sang lekit. Kadang2 kita pegang dia.. nak syampo kan dia.. dia asyik bergerak takut jatuh jer. Tapi sedaya upaya la sang lekit cuba kukuhkan pegangan tu..

Bukan gambar terkini lala.. nI masa lala 3 bulan. Time ni kalau meniarapkan dia.. dia mampu angkat kepala dah.

Bila makin besar.. siang lala kurang tidur dah. Bila bangun dia sentiasa nak bermain. Untuk next step sang lekit tengah search makanan pepejal pertama yang terbaik untuk baby selain nestum. Tengah search jugak cara nak sediakan makanan pepejal dia ni. Yelah.. untuk kali pertama ni semuanya tak tahu tapi untuk lala sedaya upaya jugak sang lekit nak bagi yang terbaik yang sang lekit mampu supaya lala sihat & tak mudah jatuh sakit.

Moga lala cepat pandai cakap, boleh berjalan, sihat, bijak & membesar bagai juara.

BAYI LIMA BULAN WARIS HARTA PUSAKA

Orang kata tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia siapa la yang tahu kan?? Begitulah boleh sang lekit umpamakan tuah seorang bayi yang baru genap 5 bulan tapi dah mewarisi harta pusaka mak bapak dia. Apakah harta itu?? apakah berupa wang tunai jutaan ringgit?? Emas berkoyan koyan?? Atau.. Sebuah kilang biskut?? Dan paling penting, korang tau sapa bayi tu.

Bayi bertuah itu telah di wariskan lola dari mummynya. Lola itu adalah hadiah dari dady masa awal perkenalan dengan mummy. Masa tu mungkin dady tak berapa kenal sangat dengan mummy sedalamnya & dia tak tau mummy jenis tak berapa minat dengan benda alah tu. Tapi mummy jenis hargai apa saja pemberian orang & mummy simpan jer. Jadi untuk ulangbulan kelahiran lala yang ke 5 bulan hari ni.. Mummy dengan ikhlasnya wariskan harta pusaka mummy tu kat lala. Semalam mummy dah siap2 basuh, ampai.. Hari ni dah kering maka dengan rasminya menjadi kepunyaan lala. Dan itulah toys pertama lala.


Nak beli toys banyak2 & awal2 sangat pun bukan pandai main lagi. Jadi beli la mengikut perkembangan dia. Lain orang lain cara tapi sang lekit lebih suka membeli benda yang tak sia2 & untuk keperluan mengikut perkembangan lala. Jadi dengan lola tu lala boleh sesuaikan diri dengan toys.. kalau lala minat dengan toys nanti mummy suruh dady beli lagi yer.


Itulah hadiah buat lala untuk hari jadi yang ke 5 bulan ni. Kalau lala pandai jaga & simpan baik2.. mungkin harta pusaka tu ada pewarisnya lagi lepas lala dah dewasa. kekekekekeke

CARA MENGIRA BERAT BAYI YANG IDEAL

Entri kali ni bertemakan mak2 sikit. Almaklum la dah jadi mak orang. Lagi2 baru pertama kali jadi mak ni maka banyak benda la sang lekit tak tahu. Dan memang di akui sang lekit sekarang rajin bertanya pada cikgu google. Bila tengok baby orang lain gebu2.. debab2.. montel2.. chubby2.. bambam2 belaka.. tengok lala alahai anak mummy. kecik molek je. Baby yang lagi muda dari lala pun lagi besar dari dia mula la hati mummy gundah gulana. Walaupun dalam buku pink lala, last check up haritu takde misi tulis apa2 masalah. Semuanya ok jer..

Lala bercomot comotan di rumah
Jadi untuk memuaskan hati sang mummy maka sang lekit pun tanya la cikgu google & terjumpa satu blog yang penulisnya seorang jururawat terlatih yang mempunyai 10 tahun pengalaman dalam wad bersalin ni. Info yang ada kat blog dia sangat berguna bagi sang lekit & sang lekit bermurah hati nak share dengan semua ibu2 & bakal ibu yang baca kat blog melekit ni.

Macam sang lekit risau lala kecik & nak jugak lala montel2 macam baby lain tapi jangan anggap bayi yang montel2 ni adalah bayi yang sihat. Boleh jadi dia obesiti & berisiko mendapat masalah kesihatan. Cara mengukur berat badan yang ideal adalah macam ni..

Berat bayi yang normal sewaktu lahir adalah 2.5 kilogram ke atas. Jika kurang dari angka itu, bermakna bayi lahir dengan berat tubuh yang kurang. Kenaikan berat tubuh bayi yang normal dan sihat boleh dilihat dalam 3 bulan pertama. Pada usia 1 hingga 3 bulan, kenaikan berat tubuh yang normal adalah antara 150 - 250 gram seminggu. Pada usia 4 - 6 bulan pula, kenaikan berat badannya haruslah antara 350 - 450 gram sebulan. Pada usia antara 10 hingga 12 bulan pula, berat badan si kecil sebaiknya bertambah antara 250 - 350 gram sebulan.Antara 1 hingga 6 bulan, pertambahan berat tubuh bayi biasanya berlaku dengan cepat. Apabila masuk usia 6 bulan ke atas, pertambahannya akan mula perlahan. Salah satu faktornya kerana bayi sudah mulai aktif bergerak. (INFO sepenuhnya boleh clik DISINI )

Jadi para2 ibu yang ada baby tu apakata cuba kira berat badan baby korang. Ideal ke tak?? terlebih ke terkurang?? Apa yang seorang ibu bapa harapkan selain melihat permata hatinya membesar dengan sihat,, riang & tak lupa juga 'membesar bagai juara' kan?? Jadi tips2 & info2 macam ni sang lekit rasa memang amat berguna pada semua ibu2.

DARI DUDUK DAH NAK BERDIRI PULAK

Itulah keletahnya.. Kalau bulan lepas dia tak nak baring. Dia nak kita dudukkan dia. Kalau di baringkan.. dia akan cuba angkat kepala dia untuk bangun. Kalau tak di angkat & didudukkan macam dia nak mesti la meraung. Itu cerita bulan lepas..

cerita bulan ni bila dah didudukkan dia nak berdiri pula. Bila kita dudukkan dia dia cuba berpijak dengan tapak kaki & cuba angkat bontot dia untuk berdiri. Kalau kita tak bantu dia, dia akan mula meraung. Sudahnya.. Ikutkan saja. Dia masih dalam proses belajar jadi siapa lagi yang akan menjadi guru dia di rumah kalau bukan mummy.

Itu kisah Shahila @ lala yang semalam genaplah umur lala 4 bulan. Tapi semalam tak sempat nak taip entri. Pagi gegas pergi klinik nak ambil ubat untuk lala. Kepala lala sang lekit perasan mula ada kuping2 putih. Baru lagi 2 3 hari ni. Tapi hari2 sang lekit buang. Sebab sang lekit tak tahu apa benda yang kat kepala lala.. sang lekit rujuk dengan kak Lydia Myza. Jadi semalam sang lekit bawak lala gi klinik walau benda tu tak serius. Masa jumpa doktor.. doktor pn tercari2 benda putih tu.. dah takde pulak. Sebabnya sang lekit dah buang. Kat atas kepala lala pun ada sikit ruam2.. Jadi sekalikan la ambil ubat untuk ruam. Pun masa jumpa doktor.. doktor kata tak nampak pun ruam. Tak tau la sang lekit jumpa doktor rabun ke atau bilik doktor tu terlalu romatika di tampoi. Memang la tak banyak.. tapi sang lekit hari2 belek lala dari hujung rambut sampai hujung kaki jadi sang lekit tau la. Doktor cuma check 2 3 minit jer.. Lepas pergi klinik terus jenjalan dengan dady. Tapi semalam lala tak berapa sporting sebab asyik meragam.

Hari ni memang sang lekit tengok kuping2 putih tu dah takde. Pun macam tu tetap sang lekit sapu ubat yang doktor bagi. Orang kata rawat sebelum parah. Cuma ruam2 dia je belum hilang. Tak tahu kenapa kat kepala lala jer ada ruam. Nak kata tak syampoo.. hari2 sang lekit salonkan kepala lala tu. Takde skip2 punya. Kalau syampoo yang punya angkara sang lekit dah tukar. Memang masa lahir lala guna baby johnson..lepas tu dady tukar guna pureen.. sekarang sang lekit guna balik baby johnson. Mungkin lala lebih serasi dengan baby johnson kot.

Doktor kata kulit lala sensitif.. jadi syampu mandian dia doktor nasihatkan jangan guna yang ada perfume (wangi2). Syampo rambut lala sekarang memang jenis clinical & tak wangi pun. Sesuai la untuk lala. Alhamdulillah selain masalah kecil kulit kepala dia, lala takde masalah kesihatan yang lain. Dia sangat aktif & lasak. Sekarang ni sang lekit risau nak tidurkan dia dalam buai. sebab dia terlalu lasak.. pernah 2 kali hampir2 terjatuh dari buai. Nasib baik sang lekit perasan.. Sang Lekit mula ajar dia tidur atas tilam sekarang. Tapi tak boleh on the spot.. kena pelan2 biasakan dia tidur atas tilam. Lala dah biasa dengan di buai dalam buaian masa tidur jadi bila tidur tak di buai dia kurang nyenyak sikit.

Itulah kisah shahila @ lala yang sudah menganjak ke 4 bulan. Sang Lekit nak cerita lala setiap bulan ada dalam blog ni. Kalau blog ni masih ada sehingga lala besar.. mesti lala tahu serba sikit tentang proses dia membesar. Dan inilah salah satu cara mummy menyatakan sayang pada lala.


Susah sekarang nak buat photoshoot dengan lala sebab dia asyik nak hisap jari jer. Nak dapat shoot macam ni pun jenuh tepi tangan dia. Apapun comel lala pakai baju Tok (nenek lala di kedah) beli. Walau bagi sang lekit & hubby lala ni kurang sesuai berbaju macam ni sebab kelasakkan dia. Sang Lekit & hubby lebih suka beli jenis yang berseluar panjang untuk lala. Seluar pendek2 hubby tak suka lala pakai. 

P/S : Rambut lala masih nipis jadi dia sentiasa la bertopi. Kalau tak nampak macam baby boy pulak


KISAH SEORANG IBU DAN JARUM

Kisah seorang ibu bersama anak kecilnya... Minggu ni minggu sakit tapi alhamdulillah hari ni nampaknya dah sepenuhnya baik. Dah ada selera makan sejak semalam & tak muntah2 lagi. Bila dah boleh terima makanan badan pun rasa ada tenaga sedikit nak uruskan rumahtangga. Lala sihat jer tapi cuma meragam dia yang menjadi jadi minggu ni. Lala pun dah ambil suntikkan pertamanya khamis lepas (walau dah lewat 3 bulan). Mula2 nurse minta nak bagi 2 suntikkan terus sebab dah lambat sangat. Katanya nanti mummy yang susah sebab lambat nak habis suntikkan tapi sang lekit cakap takpe. Buat satu persatu dulu. Risau jugak kang di suntik dua2 sekali 1 masa lala punya siren taknak berhenti. Nurse ikut je apa mummy nak. Alhamdulillah.

Carian google
Yang lawaknya masa kat klinik.. Dah janji dengan hubby masa nak ambil suntikkan suruh hubby je masuk. Sang lekit tak nak masuk. Sungguh! Fobia pada jarum tetap tak boleh hilang walau masa pregnant dah banyak jarum keluar masuk kat tangan sang lekit ni. Tu sebab terpaksa sangat. Bila nama lala di panggil kebetulan hubby pergi toilet. Menggelabah dah sang lekit tapi tetap masuk. Nasib baik sang lekit baru je masuk hubby dah datang. Terus pas lala kat hubby sang lekit berdesup keluar. Kat luar, jantung macam nak tercabut. Berdebar bila ingat lala nak kena suntik. Risau, takut tak terkata. Fobia sungguh dengan jarum. Alih2 lala cuma ber siren tak sampai 3 minit pun. Dia bunyi sikit jer masa kena suntik lepas tu diam. Keluar dari bilik suntikkan elok je gelak2 dengan dady. Mummy yang kat luar  dah separuh nyawa berdebar. Aduhai.. Bila agaknya sang lekit mampu atasi ketakutan pada jarum suntikkan. Bukan mengada2 tapi takut pada jarum suntikkan ni dari sejak kecik lagi. Sebab tu sang lekit selalu lari bila nak di suntik masa sekolah dulu. Dari sekolah rendah sampai menengah.

Setiap orang ada kelebihan & kelemahan sendiri.. kan?? Benda ni bukan kita sendiri yang pilih. Macam sang lekit walau amat penakut dengan jarum suntikkan.. ketahuilah wahai kawan2 ku sang lekit dari kecik sampai sekarang jenis perempuan yang tak geli dengan banyak jenis serangga yang kebanyakkan perempuan lain geli. Ulat, lipas, cacing & paling sang lekit suka main dulu cicak. Mungkin tu kelebihan sang lekit. Maka korang jangan harap la akan ada aksi lompat atas meja bila lipas lalu bawah kaki. Malah sang lekit la penyelamat hubby bila ada lipas dalam rumah sebabnya hubby amat penakut dengan lipas. kekekekekekeke

SETAHUN KEMUDIAN

Berhabuk sikit blog ni selama 2 hari ni kan.. Yelah, tuan empunya di serang demam yang agak tinggi suhu badan nya. Boleh tahan la kalau cecah 39'c kan?? Sebab tu la blog ni pun turut demam sepanjang sang lekit demam. Alhamdulillah.. Lala sihat jer tapi...

2 hari lepas sang lekit demam dia buat perangai tak tidur sampai subuh. Lama jugak la hubby cuba pujuk dia tidur, tak jugak tidur2. Sang Lekit terbangun masa tu dekat pukul 3 pagi.. Hubby dah pejam celik kat sebelah lala yang terbeliak lagi matanya. Sang Lekit pun cuba tidurkan dia.. tetap tak berjaya. Dekat nak subuh tu bunyi pulak siren dia. Apa lagi siap2, turun bawah, start enjin bawak jenjalan sampai dia tidur. Itu je cara nak buat lala senyap & tidur kalau dia buat perangai.

Hari ni pun sebenarnya sang lekit tak berapa sihat sepenuhnya lagi. Badan rasa macam kertas je sampai nak dukung lala pun rasa dia berat sangat. Kepala pulak masih sakit2 dah tu tekak rasa loya2. Mungkin sebab perut kosong. Takde selera nak makan sejak demam.

Sebenarnya sang lekit dah lama tak demam. Setahun jugak la tak demam. Masa prgenant kan lala pun sang lekit tak demam langsung. Sekali demam.. dari hujung rambut sampai hujung kaki sakitnya. Dugaan demam bila ada baby kecik ni memang cukup2 mengugat keimanan. Tapi hati seorang ibu ni, walau sakit sekalipun kebajikan anak tetap terjaga. Tetap nak pastikan anak tu tak lapar, tak panas, tak sejuk & tak sakit walau diri dia sendiri yang sakit, kan?? Itulah pengalaman jadi seorang ibu. Naluri keibuan tu secara automatik ada bila kita berjaya bergelar ibu.

SHAHILA & SUHAILA 2 MAKHLUK YANG BERBEZA

Siapa shahila tak perlu tanya lagi.. Itulah cik lala, anak sang lekit. Tapi siapa pula Suhaila? Kenapa Shahila & suhaila 2 makhluk yang berbeza. Dua2 nama manusia tapi hanya seorang sahaja manusia & satu lagi bukan. Nak tahu siapa suhaila.. Jom kita berkenalan dengan dia.

Kelas Mak sang lekit.. Kali pertama dia bagi nama kucing. Selalunya Si Acu (adik) la paling banyak menamakan kucing berbanding adik beradik yang lain. Kalau sempat je bagi nama.. Kalau tak sempat memang nama2 kucing di kaut habis Si Acu. Nama2 kucing yang dia bagi memang nama2 manusia. Tapi nama2 kucing tu dah tentu bertemakan klasik sikit.

lahirnya  warga baru di rumah sang lekit (kampung) anak si Tom @ Kalsom adik sang lekit kali ni menamkan dia sebagai Cik Mok tapi di tukar oleh mak sang lekit. Mak sang lekit panggil dia suhaila. Nak tau sebab apa mak sang lekit panggil suhaila?? Let's check it out!

Kelas Mak namakan anak kucing sebab shahila.

Kalau ikutkan sejarah.. Mak sang lekit bukan la pencinta haiwan sangat. Tapi bila dia dah kawen dengan Arwah Ayah yang mempunyai keluarga meminati kucing ni.. Mak terima je. Kalau nak main2 dengan kucing tu takde la.. Tapi dia tetap bagi makan & tengok2 kucing2 kami kat rumah. Tapi kami 5 adik beradik semua jejak perangai arwah ayah yang sukakan kucing cuma kakak sulung dulu dia ok je dengan kucing tapi sejak membesar dengan dewasa dia jadi alah dengan kucing maka kurang la dia nak main2 dengan kucing lagi macam dulu - dulu.

Berbalik pada kisah Shahila & suhaila ni.. Jom kita tengok betul ke suhaila ni macam shahila. Kekekekekekekeke

Suhaila dalam kurungan merah tu yer... kekekeke
Dan ni pula shahila.

Takpe la.. Mungkin cara tu je boleh ubat rindu orang jauh pada lala. Tapi kelakar bila fikir mak bagi nama kucing ni bersempena dengan nama shahila.


HISAP JARI

Kalau la blogging 1 kerjaya bukan hobi.. Nak2 lagi kerja makan gaji rasanya sejak ada lala mesti dah kena buang kerja dari berblog. Sebabnya.. sekarang ni memang la jarang2 lagi dapat membelai blog ni. Jangankan nak BW, dapat update blog pun dah kira bertuah sangat.

Semalam Lala demam.. Tapi tak kuat. Pun macam tu tetap meragam. Meragam takpe sangat tapi yang sang lekit runsing dia langsung tak nak menyusu. Asal nak bagi susu jer dia mengamuk & meraung. Lala ni menyusu terus dari badan. Dah dia taknak, susu tu terpaksa di pam keluar & simpan dulu. Sebab dia taknak menyusu sang lekit cuba susukan dia guna botol susu. Pujuk2 minum la jugak walau tak banyak seperti kebiasaannya. Sang Dady cuba beli susu formula.. Kot2 lala taknak susu badan dah. Pun sama jugak. Malam demam dia dah takde tapi tetap meragam. Menangis tak henti2. Terpaksa la bawak dia keluar sekejab. Ronda2 KL. Bila dalam kereta lala memang tak menangis. Dalam kereta sang lekit pujuk2 bagi dia minum susu (BF). Alhamdulillah dia nak jugak minum. Round2 kl sampai lala tidur dengan nyenyak baru kitorang balik (dalam kereta je la). Dah dekat pukul 2 pagi masa tu.

Pagi ni masa bangun pagi sang lekit cuba Breastfeeding kan lala. Dia tak nak pula. Jadi cuba susukan dia dari botol guna susu ibu dia minum la jugak. Lepas mandi pagi tadi.. Cuba lagi BF dia. Alhamdulillah sampai setakat ni dah 2 kali sang lekit berjaya BF kan dia balik (walau dia minum tak banyak sangat). Masa di meragam2 taknak minum susu tu sang lekit cuba la search2. Kot2 punca dia berkaitan dia suka hisap jari. Sekarang ni memang la kuat hisap jari. Kalau dulu bila lapar jer.. sekarang ni lepas menyusu pun kalau dalam buai dia akan hisap jari sambil tidur. Hasilnya..

Kajian juga menunjukkan bahawa bayi memang suka menghisap dan ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan. Bayi yang suka menghisap jari atau tangan didapati lebih mudah tidur malam kerana ia dapat membuatkannya selesa. Sesetengah bayi akan menghisap jari apabila mereka berasa penat, bosan atau perlukan belaian. Bayi anda bukannya lapar selepas menyusu. Kelakuannya itu adalah normal. (Baca artikel sepenuhnya DISINI)

Model tak berbayar. Tak payah credit sapa2.

Dari pengalaman sendiri selama 3 bulan bersama shahila ni.. sang lekit rasa shahila hisap jari sebab nakkan perhatian je sebabnya bila dia tidur atas riba dia tak hisap jari. Kalau dalam buai jer dia buat macam tu. Ada juga terbaca artikel yang cakap bayi yang hisap jari ni berisiko jonggang & gigi rosak. Tapi itu kalau sampai masuk alam kanak2 la kot. Kalau bayi rasanya takde apa2 risiko sangat.

P/S : Macam biasa sorry kalau sang lekit jarang singgah ke blog korang. Insyaallah kalau ada masa sang lekit akan baca story mory korang. Sekarang ni lala memang kurang tidur. Masa dia tidur sekejab tu la nak settle kan kerja rumah. Hari ni ada sikit masa sang lekit update blog.

3 BULAN BERSAMA MU

Pejam celik.. bangun duduk.. jalan berlari.. dah 3 bulan. Dari kuat meragam.. makin kurang ragamnya.. dari susah tidur malam.. makin kurang bangun tengah malam dah sekarang. Dari tak pandai senyum & gelak.. dah ada reaksi bila di usik (Gelak senyum).

Itulah Shahila @ Cik Lala bersama mummy & dady sepanjang 3 bulan ni. Gadis ni walau ter lepas 2 suntikan tapi Alhamdulillah.. Lala di beri kesihatan yang agak baik. Mungkin antibodi dia kuat kot. Bak kata orang.. Bayi minum susu ibu sepenuhnya ni memang kurang sakit. Harap2 sampai besar Lala sihat & bahagia.

Hari ni Genap 3 Bulan umur Lala. Masih lagi guna khidmat Buaian elektrik untuk sesi tidur. Sebabnya.. Lala nampak lebih nyenyak dalam buaian yang sentiasa membuai tidur dia tu. Takpe la janji dia dapat tidur yang cukup. Kalau meragam macam dulu tu bukan saja lala tak dapat tidur yang cukup.. Mummy & dady pun akan turut terlibat, kan?? Takut2 kita sekeluarga nanti jadi panda. Semua mata hitam2 belaka sebab kurang tidur.

Sempena Hari Jadi Lala yang ke 3 bulan.. takde la majlis gilang gemilang untuk lala.. Takde jugak kek ada gambar lala.. & takde apa2 hadiah selain kasih sayang mummy & dady untuk lala. Moga Lala membesar bagai Juara yer.. Jadi peneman Mummy & dady dunia akhirat. Amin..

Segar dari Digicam cap ayam pencen. Lala hari ni. 3 Bulan


OH MUMMY..

Bila dah bergelar mummy ni kan.. hampir 80% dunianya semakin berubah. Perubahan yang paling jelas.. dulu takde baby.. sekarang dah ada. Dulu tak pernah beli pampers.. sekarang kena beli. Dulu tak pernah itu ini..bla.. bla.. sekarang kena buat itu ini & bla.. bla.. la. Kalau nak senarai perbezaan sejak jadi mummy dengan sebelum jadi mummy ni memang berkajang la entri ni. Jadi pepaham je la..

Bukan setakat kehidupan dalam dunia realiti je berubah.. di dalam dunia maya (online pun berubah). Dulu takde nak upload gambar baby.. asyik dok tayang muka sendiri je. Kemana mana pun tak lekang tangan dok snap muka sendiri. Sekarang ni macam lupa yang diri sendiri punya rupa (wajah) sebab asyik dok tengok baby capture gambar. Pantang nampak comel sikit mesti rasa nak ambil gambar. Kesimpulannya camera hp/digicam penuh dengan gambar anak saja.(tak mampu beli DLSR orang mesekin la katakan.. tabung Nuffnang pun tak penuh2)

Bukan setakat gambar.. Update status FB pun dah bercirikan keibuan sekarang. Setiap hari memang la seorang ibu akan lebih banyak fikir pasal anak dari orang lain mahupun diri sendiri. Contoh nak buat kerja rumah, auto la fikir.. Kena pastikan baby dah tidur. walau diri nak makan atau mandi pun, anak dulu terfikir. Selagi anak tu tak rilex @ tido (baby la.. kalau dah sebangka manusia nak tunggu anak tu tidur baru boleh buat semua, harus la si bangka tu di ketuk bertubi2 sebab dah bangka pun nak susahkan mak lagi, kan??) baru boleh selesaikan hal lain. Bila timbul sesuatu kemusykilan (lebih2 lagi anak 1st ni macam2 benda tak tahu) mula la karang status berbentuk pertanyaan dengan harapan ada yang dapat bagi jawapan yang betul2 jawapan buat maharajalawak punya jawapan.

Macam kes Mummy & lala.. Haritu lala kuat tidur sampai terlepas waktu minum susu. Bila kejut dia mengamuk, langsung susu taknak minum, tidur pun taknak & dia menyanyi lagu yang merunsingkan kepala mummy (nangis le tu). Akibatnya mummy trauma sikit nak kejutkan dia bagi susu kalau dia sedap tidur. Itu 1 kes.. Kes kedua.. akibat kecuaian (taknak point sapa2 la) lala terlepas 2 suntikan (suntikan 1 bulan & 2 bulan). Sebabnya mummy keliru.. Tengok dalam buku pink baby takde appoitment dengan klinik untuk suntikan, cuma appoitment dengan doktor je bersepah dalam kad biru. Nurse pun tak bagitau kena pergi ambil temujanji untuk suntikan, sang lekit pula ingat appoitment dengan Doktor tu sekali harung la dengan suntikkan. Bila sebulan terlepas & 2 bulan terlepas.. mula diri ini merasa pelik. Baru ingat nak tanya orang.. Baru terfikir nak call hospital/klinik tanya. Rupanya.. Temujanji dengan doktor & jadual suntikkan untuk lala adalah 2 perkara yang perlu di buat berasingan. Dah nak masuk 3 bulan baru tahu. Benda dah jadi.. maka redha je la. Nanti 29hb pergi hospital untuk check up lala (tak tau dorang nak check apa lagi.. Lahir kecik pun sekarang lala dah besar. Sihat, aktif & comel lagi).


BILA POSMEN BETUL2 BUAT KERJA

Bila posmen dah betul2 buat kerja.. maka takde lagi alasan lift rosak, call tak jawab & orang takde kat rumah. Elok pulak hari ni takde sebarang call terus datang ketuk pintu rumah. Boleh pula panjat tingkat 9 tanpa pengsan di pertengahan jalan atau semput sesudah sampai di depan rumah tingkat 9. Kan bagus kalau masa pertama & kedua kali encik posmen tu datang terus naik ke tingkat 9 & buat kerja sepatutnya dia buat bukan buat kerja yang patut je. (Rujuk DISINI untuk mengetahui kisah encik posmen tu).

Bila dah encik posmen buat kerja seperti yang di amanahkan maka pos laju yang tak berapa nak laju tu pun sampai jugak akhirnya kat sang lekit. Hadiah untuk lala dari Untie El & family pun cik lala dah terima & mummy tanpa basuh dulu pakaikan sekejab untuk cik lala bergaya dengan baju baru tu. Ini hadiah ketiga dari untie blogger.. Yang dua hadiah dari Untie Ezan & Ibu Aqil tak dapat lagi lala melaram sebab kena tunggu besar sikit. Takpe sesudah lala muat jer baju2 tu.. On the spot mummy lala akan buat photoshoot lala melaram dengan baju2 pemberian untie2 blogger tu nanti yer.

Kat sini mummy lala mewakili cik lala nak ucap terima kasih pada Untie El sebab hadiahkan lala sepasang baju gadis yang comel. Lala pun memang kekurangan baju gadis lagi. Masa pregnant tak tau jantina, last minute je baru tahu tu pun sesudah sesi membeli belah di jalankan. Saja mummy taknak beli lagi baju2 gadis banyak2. Sebab lala tengah membesar. Besar sikit lagi baru mummy rasa comel lala melaram dengan baju2 gadis.

Sebagai menghargai & ucapan terima kasih pada Untie El & family mummy hadiahkan pose yang comel lala melaram dengan baju baru ni. Maaf la lala ngantuk time ni.. nak ber photoshoot pun dia meragam. Alih2 dapat gambar yang pejam jer.. Ok la tu kan??

Inilah pose comel dari lala harini. Maaf lala memang lepas mandi dia akan minum susu & tidur.Op's lupa nak cakap kad ucapan tu pun cantik. Siap ada gambar family Untie El

So sesapa yang nak berkenalan dengan blogger yang baik hati ni jom terjah ke rumah (blog) beliau yang cantik tu. The Beautiful life of Us.

P/S : Hadiah ketiga dari blogger ni buat sang lekit semakin terharu.


TERCIPTA UNTUKKU

Hari ni nak kata takde kelapangan langsung.. ada la sikit kelapangan tapi tak banyak. Yang buat lapang sikit tu dah tentu sebab Lala tak meragam & nak tido hari ni walau tengahari tadi dia buat juga perangai taknak tido. Bukan la lala tido sepanjang siang.. Selalunya dia akan tidur kejab - kejab jer.. Tapi hari ni mungkin sebab cuaca sejuk & mood dia yang baik maka tidur dia panjang la sikit. Bangun sekejab2 berbanding hari2 lain tidur sekejab2.

Nak Update entri hari ni hari takde idea. Nak salahkan cuaca hujan & sejuk pun tak boleh sebab ilham ni nak datang & rehat bukan boleh di set. Otak dah blur, jadi sang lekit tak suka nak paksa2 demi nak penuhkan tuntutan blog yang mesti update sekurang2nya 1 entri. Blog ni kan umpama hobi & mengisi masa lapang.. Jadi ia akan di belai saat ada ilham & masa terluang.

Di sebabkan takde idea hari ni maka terciptalah untuk mu sekalian video ni (sebenar di cipta untuk shahila). Simple je video ni. masa pun tak lama nak buat. Guna pun perisian yang biasa jer.. Movie maker. Untuk kenang kenangan di hari tua & untuk tatapan lala bila dah besar nanti. Biar video ni takde la gempak tapi mungkin 1 hari nanti ia mampu menyentuh perasaan si lala.. kan?? Tu pun kalau video ni wujud sampai lala dah pandai tengok & feel. kekekekeke.. Kalau rasa2 korang nak sama2 berjiwang, jom la tengok hasil kayap sang lekit hari ni...


Buat anak mummy.. Mungkin ini bukan sesuatu yang mampu menzahirkan kasih sayang mummy pada lala, namun ini adalah luahan hati mummy untuk lala... permata hati mummy selamanya.


YANG BERUBAH SEJAK 2 BULAN NI..

Diam tak diam dah 2 bulan berlalu. Banyak yang dah berubah. Sekarang ni tak dapat lagi tidur yang berkualiti. Nak tidur 8 jam macam dulu rasanya umpama mimpi dalam mimpi jer. Paling lama boleh tidur pun 4 jam.. kadang 2 3 jam jer. Kalau si lala tak meragam pun malam, setiap 1 jam sekali dia akan bangun untuk minum susu. Semalam Lala pukul 4 pagi baru tidur.. Lama2 mata mummy & dady jadi panda la sebab kurang tidur.

Banyak rutin harian yang dah berubah, dari tidur, rehat dan macam - macam lagi la. Itu perubahan mummy si lala, perubahan lala selama 2 bulan ni pulak macam - macam. selain makin banyak ragamnya, Lala sekarang kalau bangun je nak kena main dengan dia walau dia belum pandai gelak lagi tapi kalau dia suka kita usik2 dia mulut dia akan ternganga & mata dia membulat dengan wajah yang ceria. Main pula bukan jenis aucak2 tu.. Lala ni nak kena main lasak2 skit. Nak kena angkat2..timang2 (timang yang tak lambung2 la), tangan kaki dia kena di gerakkan.. Lala sekarang memang taknak baring kalau mata dia celik. Asyik nak di dukung jer.

Pejam celik hari ni genap la umur cik lala 2 bulan. Dari fizikal sampai la rupa cik lala dah banyak berubah rasanya. Kalau dulu baru2 lahir ramai yang cakap rupa dia mirip sang lekit tapi sekarang dia semakin mirip dady. Apapun Selamat Hari Lahir yang ke 2 bulan Shahila. Mummy & dady will always love lala.. Ingat tu, nak Ooi! Besar esok lala pula kena dodoikan mummy & dady yer..

Segar dari ladang.. Lala Hari ni. Dimata lala sentiasa comel

P/s : Curi masa sementara lala tidur & kejab lagi kena sambung kerja rumah. Kalau Lala tidur lama boleh la melawat kawasan (BW)

LAGU BUAI

Lagi entri ibu - ibu. Almaklum la dah bergelar mak orang ni entri pun banyak berunsurkan mak - mak gitu. Jadi pada adik - adik & abang - abang tu harap tak jemu la nak baca entri di blog melekit ni.

Kali ni kopek pasal lagu buai. Apa tu lagu buai. Sebenarnya sang lekit pun tak tau nak namakan apa tapi memandang lagu ini di nyanyikan semasa membuai si kecik dalam buaian jadi sang lekit namakan dia sebagai lagu buai jer. Boleh??

Bagi ibu - ibu, mak - mak, mama - mama & mummy - mummy kat luar sana tentu dah sinonim dengan lagu buai semasa membuaikan si kecik korang kan?? Selalunya apa yang korang lagukan semasa membuai baby korang? Kalau yang muslim tu sinonim la dengan lagu2 berunsur keagamaan macam zikir bagai kan. Paling tak pun bunyi hmm.. hmmm.. dengan irama tanpa lirik je.

Sang lekit pula kalau sorang - sorang kat rumah selain lagu2 berunsur keagamaan macam zikir, sang lekit suka nyanyi untuk lala lagu Whitney Houstan , lagu raihan tak pun lagu labag - labah. Kalau lagu whitney houstan tu lagu the greatest love, lagu raihan pula lagu I'tiraf & lagu labah2 pula lagu yang sang lekit belajar masa tadika dulu. Tu pun kalau sorang2.. kalau ada orang kat rumah, segan jugak. Almaklum la suara I kan lunak sikit dari Sheila Hamzah tapi shiela hamzah lunak banyak la dari sang lekit. kekekekeke

Walau inggeris ku tak la fasih sangat tapi tetap gigih tu nyanyi lagu orang putih. Biar lirik terabur janji mampu memukau cik lala untuk tidur. Nak tidurkan lala sekarang bukan senang macam dulu. Maunya 3 4 lagu juga la terpaksa di sumbangkan dengan suara sumbang. Zikir2 tu selalunya di nyanyikan masa meriba @ memangku lala jer.. Masa tu dia celik & fokus dengar. Bagi sang lekit afdal la time tu di dengarkan benda2 yang baik. Kan??

Korang lak aku apa menjadi lagu mendodoikan anak korang? Jom kongsi2 dengan sang lekit.

TERUJA SEORANG IBU

Bila dah jadi ibu@mumy ni.. Bila dengar cerita orang mengandung, orang beranak & orang upload gambar2 baby automatik jadi teruja. Dulu takde sangat.. Hanya ambil yang best2 jer untuk di tatap. Sekarang ni lain pula. Lepas tu kalau tengok gambar atau baca kes2 buang bayi, bunuh bayi & dera bayi.. automatik sentap. Kadang2 sampai menangis tapi takde la berbaldi air mata. Setitik dua jer.. lepaskan perasaan. Kalau dulu kalau baca atau tengok kes2 macam tu bukan takde perasaan cuma lebih berperasaan bila dah jadi seorang ibu@mumy ni.

Mungkin ni la orang cakap naluri ibu kot. Hanya yang berjaya bergelar ibu jer akan rasa semua ni. Rasa dia lain tau.. Tak sama macam sebelum jadi ibu@mumy ni. Susah nak gambarkan perasaan tu macam mana tapi memang berbeza sangat2. Mungkin sebab bila tengok anak orang automatik teringat anak sendiri. Bila baca bayi di bunuh, di dera, automatik teringat anak sendiri. Sebab tu la jadi cepat sentap atau teruja apabila baca kisah bayi ni kot..

Pengalaman pertama bergelar seorang ibu@mumy ni memang sangat istimewa. Orang kata pertama kali tu yang paling manis, kan? Bukan kata kedua.. tiga.. empat.. lima kali dapat anak tu tak manis dah cuma apa yang di lalui tu bukan jadi perkara pertama dah. Jadi rasa teruja dia pun lain sikit. Macam orang kali pertama kawen juga.. dia punya gementar nak akad nikah tu tak sama macam orang yang kawen dua tiga kali dah. kekekeke. Ye ker yang kawen dua tiga kali dah tak ketaq nak lafaz akad?? Agaknya la kot..

Apapun.. naluri ini sangat murni & mulia. Penuh kasih sayang & pengorbanan. Tak caya cuba jadi seorang ibu@mumy dulu.. Mesti korang juga rasa macam sang lekit rasa. Takde kata2 dapat gambarkan kecuali kamu lalui sendiri.

Inilah anugerah terindah saya.


CULIK MAK SEBAB ANAK MERAGAM

Ni apa kes pulak ni.. Anak sapalah yang kejam sangat sanggup culik mak sendiri. Tak takut jadi anak derhaka ker? Apa kes anak meragam, mak di culik? Nak tau apa kes.. Teruskan membaca. Macam2 kes ada.. kekekeke

Ni kisah cik lala la. Sejak dua menjak meragam jer. Paling teruk selepas mak pergi berehat2 kat rumah adik sang lekit. Dah teruk sangat meragamnya.. menangis siang malam, semalam en hubby pergi culik mak kat rumah adik. Dalam erti kata yang tak bergimik ganas, jemput mak balik kerumah kkitorang sementara dia masih kat sini. Minggu depan mak dah nak balik kampung.

Elok la pulak lala semalam. Tak meragam langsung. Cuma siang je dia meragam, malam tak lagi. Tidur pun ok. Bangun minum susu jer tapi letih jugak sebab lala 1 jam sekali bangun minum susu. Pun macam tu, lebih baik la dari dia bangun minum susu lepas tu menangis & taknak tidur sampai siang, kan?? At Least walau 1 jam sekali dia bangun, dapat la jugak lelap mata. Takde la lemau sangat rasa. Jadi mak yang kitorang culik semalam takde la penat sangat. Dia boleh tidur dengan aman.

Menyelit sikit kat sini nak ucapkan thanks kat Untie Ezan Cik Lala yang bermurah hati bagi Lala hadiah baju. Cantik & comel. Pink gitu. Ezan ni pun blogger & sang lekit kenal pun melalui blog. Berinteraksi dekat blog jer. Terharu sebab Ezan sudi bagi lala hadiah. Terima kasih yer Ezan.

Hadiah dari Ezan. Terharu akak dik!


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com