CARA MENGIRA BERAT BAYI YANG IDEAL

12/27/2011 04:19:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Entri kali ni bertemakan mak2 sikit. Almaklum la dah jadi mak orang. Lagi2 baru pertama kali jadi mak ni maka banyak benda la sang lekit tak tahu. Dan memang di akui sang lekit sekarang rajin bertanya pada cikgu google. Bila tengok baby orang lain gebu2.. debab2.. montel2.. chubby2.. bambam2 belaka.. tengok lala alahai anak mummy. kecik molek je. Baby yang lagi muda dari lala pun lagi besar dari dia mula la hati mummy gundah gulana. Walaupun dalam buku pink lala, last check up haritu takde misi tulis apa2 masalah. Semuanya ok jer..

Lala bercomot comotan di rumah
Jadi untuk memuaskan hati sang mummy maka sang lekit pun tanya la cikgu google & terjumpa satu blog yang penulisnya seorang jururawat terlatih yang mempunyai 10 tahun pengalaman dalam wad bersalin ni. Info yang ada kat blog dia sangat berguna bagi sang lekit & sang lekit bermurah hati nak share dengan semua ibu2 & bakal ibu yang baca kat blog melekit ni.

Macam sang lekit risau lala kecik & nak jugak lala montel2 macam baby lain tapi jangan anggap bayi yang montel2 ni adalah bayi yang sihat. Boleh jadi dia obesiti & berisiko mendapat masalah kesihatan. Cara mengukur berat badan yang ideal adalah macam ni..

Berat bayi yang normal sewaktu lahir adalah 2.5 kilogram ke atas. Jika kurang dari angka itu, bermakna bayi lahir dengan berat tubuh yang kurang. Kenaikan berat tubuh bayi yang normal dan sihat boleh dilihat dalam 3 bulan pertama. Pada usia 1 hingga 3 bulan, kenaikan berat tubuh yang normal adalah antara 150 - 250 gram seminggu. Pada usia 4 - 6 bulan pula, kenaikan berat badannya haruslah antara 350 - 450 gram sebulan. Pada usia antara 10 hingga 12 bulan pula, berat badan si kecil sebaiknya bertambah antara 250 - 350 gram sebulan.Antara 1 hingga 6 bulan, pertambahan berat tubuh bayi biasanya berlaku dengan cepat. Apabila masuk usia 6 bulan ke atas, pertambahannya akan mula perlahan. Salah satu faktornya kerana bayi sudah mulai aktif bergerak. (INFO sepenuhnya boleh clik DISINI )

Jadi para2 ibu yang ada baby tu apakata cuba kira berat badan baby korang. Ideal ke tak?? terlebih ke terkurang?? Apa yang seorang ibu bapa harapkan selain melihat permata hatinya membesar dengan sihat,, riang & tak lupa juga 'membesar bagai juara' kan?? Jadi tips2 & info2 macam ni sang lekit rasa memang amat berguna pada semua ibu2.

15 comments:

  1. Alolollololo!! Comelnya Cik Lala.. Ai dah terjatuh chenta ni.. :)

    ReplyDelete
  2. takpe la kecik pun cik lala tu..macam mummy die jugak..ehehe..janji die sehat sentiasa tkde penyakit..^_^

    ReplyDelete
  3. wahh mate nmpk cm kak lekit hidung ni mesti hubby kak lekitnye nih..hehe

    ReplyDelete
  4. kalau doc kata OK.. means OK lar tuh kan.. comel2.. jgn jd mcm my nephew..obes sudahh..ikot achik dia lak..ahhahaha

    ReplyDelete
  5. memang betul pun sang lekit..cam kita cuma harapkan anak2 sihat sejahtera. Anak pertama saya memang sihat dan yang kedua kecik jer..Paling penting sihat dan cergas..

    ReplyDelete
  6. kecil molek pun takpe, janji lala sihat dan aktif!

    ReplyDelete
  7. lalu ikut acu mak dia kot.. hehehe

    ReplyDelete
  8. hehe..nk try kira berat badan montox2 kat umah tu..

    huhu..bulatnye mata dia..

    ReplyDelete
  9. tips yg berguna ni..cute nya baby

    ReplyDelete
  10. sebuah perkongsian yang menarik ni... ibu2 bole amalkan tips ni...
    p/s: lala mmg comeyyyy

    ReplyDelete
  11. HYE...

    bby awk ms lahir bape kg?
    comey je..

    ms sebulan timbang x?
    terbaca kat blog bidanbersalin... berat bby awk 4bln 4.9kg..
    bby sy lahir pun kicik n ringan huhu

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com