23 November 2011

HISAP JARI

Kalau la blogging 1 kerjaya bukan hobi.. Nak2 lagi kerja makan gaji rasanya sejak ada lala mesti dah kena buang kerja dari berblog. Sebabnya.. sekarang ni memang la jarang2 lagi dapat membelai blog ni. Jangankan nak BW, dapat update blog pun dah kira bertuah sangat.

Semalam Lala demam.. Tapi tak kuat. Pun macam tu tetap meragam. Meragam takpe sangat tapi yang sang lekit runsing dia langsung tak nak menyusu. Asal nak bagi susu jer dia mengamuk & meraung. Lala ni menyusu terus dari badan. Dah dia taknak, susu tu terpaksa di pam keluar & simpan dulu. Sebab dia taknak menyusu sang lekit cuba susukan dia guna botol susu. Pujuk2 minum la jugak walau tak banyak seperti kebiasaannya. Sang Dady cuba beli susu formula.. Kot2 lala taknak susu badan dah. Pun sama jugak. Malam demam dia dah takde tapi tetap meragam. Menangis tak henti2. Terpaksa la bawak dia keluar sekejab. Ronda2 KL. Bila dalam kereta lala memang tak menangis. Dalam kereta sang lekit pujuk2 bagi dia minum susu (BF). Alhamdulillah dia nak jugak minum. Round2 kl sampai lala tidur dengan nyenyak baru kitorang balik (dalam kereta je la). Dah dekat pukul 2 pagi masa tu.

Pagi ni masa bangun pagi sang lekit cuba Breastfeeding kan lala. Dia tak nak pula. Jadi cuba susukan dia dari botol guna susu ibu dia minum la jugak. Lepas mandi pagi tadi.. Cuba lagi BF dia. Alhamdulillah sampai setakat ni dah 2 kali sang lekit berjaya BF kan dia balik (walau dia minum tak banyak sangat). Masa di meragam2 taknak minum susu tu sang lekit cuba la search2. Kot2 punca dia berkaitan dia suka hisap jari. Sekarang ni memang la kuat hisap jari. Kalau dulu bila lapar jer.. sekarang ni lepas menyusu pun kalau dalam buai dia akan hisap jari sambil tidur. Hasilnya..

Kajian juga menunjukkan bahawa bayi memang suka menghisap dan ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan. Bayi yang suka menghisap jari atau tangan didapati lebih mudah tidur malam kerana ia dapat membuatkannya selesa. Sesetengah bayi akan menghisap jari apabila mereka berasa penat, bosan atau perlukan belaian. Bayi anda bukannya lapar selepas menyusu. Kelakuannya itu adalah normal. (Baca artikel sepenuhnya DISINI)

Model tak berbayar. Tak payah credit sapa2.

Dari pengalaman sendiri selama 3 bulan bersama shahila ni.. sang lekit rasa shahila hisap jari sebab nakkan perhatian je sebabnya bila dia tidur atas riba dia tak hisap jari. Kalau dalam buai jer dia buat macam tu. Ada juga terbaca artikel yang cakap bayi yang hisap jari ni berisiko jonggang & gigi rosak. Tapi itu kalau sampai masuk alam kanak2 la kot. Kalau bayi rasanya takde apa2 risiko sangat.

P/S : Macam biasa sorry kalau sang lekit jarang singgah ke blog korang. Insyaallah kalau ada masa sang lekit akan baca story mory korang. Sekarang ni lala memang kurang tidur. Masa dia tidur sekejab tu la nak settle kan kerja rumah. Hari ni ada sikit masa sang lekit update blog.

22 Komen Melekat:

Salina@IbuAqil said...

Alahai!! Cik Lala syg demam ke.. Get well soon syg.. Mummy, mungkin tekak dia sakit ke? Kekadang kalo bengkak anak tekak pun dia x berapa nak nyusu.. Tu yg demam tu.. Apapun take care ye mummy.. ;)

Anonymous said...

tak tau la pasal bayi hisap jari nieyh elok ke tak..
hehe.
nanti ada ank baru nak buat research!

LURZAN TAZA LIMAJ said...

xpe2, bwk2 berehat ye, awk pon kene cukup rest jugak

Izwa Kamaruddin said...

paham..rutin dah jadi mama ni kan :)

mas saari said...

anak Mas hisap jari dari umur 2 bulan sampailah sekarang... dah 8 tahun umur dia!

tapi gigi tak jonggang pun... dia cuma hisap jari masa tidur je atau dia sedang asyik tengok tv!

jangan risau, normal je tu! tapi kalau tak nak berlarutan sampai besar kenalah halang dari sekarang!

Shahada Fauzi said...

alahai..lala demam ke? cian die..

baby mmg suke hisap jari kot mummy lekit..

Daddylicious said...

makin lama makin kiut baby ni...eee geram yer...:)

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

hurmmm cam gitu laa kalau ader baby...memang susah nak hup date selalu...terpaksa cepat2 wat kije sebelum kiter kena kejakan dari baby tu...cam2 die mau ...itu baby lagi kalau dah besau sket...hurmmm lagik laa payah die pon same nak buat entri..ahahahaaaa

☾SHiemaCMa786☾ said...

demam ke lala??
semoga cepat sembuh ye..

isap jari nk gusi gatai kut..
huhuh..

JunAina said...

hisap jari masa nak tido ok tapi kalau jadi kebiasaan jgn dibiarkan takut melekat sampai ke besar tabiat tu...

Rtp Farra Arisha said...

what i see is baby memang suka hisap jari..hehe. but when they grow bigger, it will not be happened anymore. namanya shahila ya? what such a nice soft name..:)

emarieys said...

hisap jari nanti..air liur meleleh...

Anonymous said...

Sori klw komen saya ni, menyakitkan hati. Nice entry cuma cite dgn warna latar dan header blog cam kurang sesuai...
Cite baby2, happy2, sweet2 tp warna blog terutama font tulisan, warna dan style penampilan header tu cam cite 'SERAM...'.

Cik Ecah said...

owh...i c...
br tau...

alolo cik lala.....
comelnyer isap jari...

suria lekatlekit said...

en/cik Annoymous.. sbb blog ni tak hanya kisah baby jer.. kdg2 cite2 hot.. tu yg header camtu.kekeke

Pondok Usang said...

kalau isap jari nanti gigi jadi jongang eh.. betul ke?

Ce'gu JAERA said...

kesian Lekit.. sejak bergelar ibu, komitmen pun dah ke arah lain kan. takpa lekit, dahulukan yang utama...

yang penting Lekit ada pembaca setia macam saya yang terus melelekat di sini... ehehe

Unknown said...

dia gatal gusi nak tumbuh gigi kot....

takpun tekak dia sakit..


jgn paksa sangat. bayi ada naluri semulajadi untuk pilot diri dia mencari keperluan hidup.

KizZ said...

Hee..Kiz kecik-kecik dulu kuat tau isap jari tahu..

Anonymous said...

meragam nak keluar jalan2 rupanya. boring duk rumah agaknya

Cik Bambam said...

kekadang dia isap jari sbb gigi nak tumbuh..x tau ler..hehehe..

kalau dia isap ibu jari kaki.. ada yg dpt adik lama nanti..hahahah

eliyaezlinalias said...

alahai...smga ciklala cepat sihat yea....

p/s: akak ada adek yg skrg ni da umo 26thun still isap jari..hehehehehe

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;