Showing posts with label sunglasses. Show all posts

RUPANYA INI YANG ADA DALAM LEMARI CEKLAT YANG KORANG KENA TAHU

RUPANYA INI YANG ADA DALAM LEMARI CEKLAT YANG KORANG KENA TAHU. Bab bongkar membongkar, dedah mendedah memang kojo den la. Den ni maybe di lahirkan untuk jadi detective konen kot.. Suka bebenor menyelongkar rahsia yang tersimpan termasuk rahsia yang ada dalam lemari ceklat pemilik seorang hamba Allah ni. Hope Pemilik Lemari Ceklat Tak saman den la sebab buat pendedahan ni.. Kita kena dedahkan kebenaran supaya masyarakat boleh tahu..


Mesti hangpa pun tak sabar kan nak tahu apa yang ada dalam Lemari Ceklat yang saya nak dedahkan ni. Sabar ok.. Isghtifar dulu.. Kemudian teruskan membaca. Pembongkaran ni mungkin buat Iman & nafsu anda sedikit tergugat katanya.. Dah bersedia nak tahu apa yang ada dalam Lemari Ceklat? Jom kita terjah.. Kita bongkar & kasi panas!!!

Dalam Lemari Ceklat ni ada macam macam sunglasess & white glasess beb! Elok sangat la hangpa terjah ke page Lemari Ceklat kalau tengah cari Sunglasses atau white glasses ni. Alah.. setakat cermin mata kot.. Apa nak heran. Melambak ada jual kat luar sana kan? tak payah nak godek dalam gobok Lemari Ceklat tu..

Nanti dulu! Ada la yang specialnya Cermin Mata Di Lemari Ceklat ni..



Lemari Ceklat menjual pelbagai jenis cermin mata dari jenama terkenal dengan kualiti setaraf butik tapi harga dia sangat kasih sayang ok! Sangat berpatutan & mampu milik. Mempunyai kualiti premium dengan perlindungan maksimum UV400. Kenapa penting UV bila memakai sunglasses ni? Meh sini nak habaq sikit kat hangpa supaya hangpa semua tau..




Pendedahan pada cahaya matahari terlalu lama juga boleh mengakibatkan ketajaman penglihatan menurun, kehilangan kontras, silau, pening dan keletihan visual. Spektrum cahaya yang dapat dilihat dengan mata kasar adalah berjarak gelombang antara 380nm hingga 780nm iaitu antara cahaya Ultraungu (UV) dan Infra merah (IR).


Ini bermakna, mata manusia hanya mampu melihat cahaya antara jarak gelombang ini sahaja (380nm hingga 780nm). Mata manusia tidak berupaya mengenal pasti berbagai elemen cahaya mengikut berbagai jarak gelombang yang lain. Cahaya UV, cahaya biru dan cahaya IR boleh menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu mata. Oleh itu, penggunaan cermin mata hitam yang sesuai adalah perlu bagi mengelakkan kesan negatif yang disebabkan oleh cahaya tersebut ke atas tisu mata.


Malaysia adalah sebuah negara yang beriklim tropika. Keadaan panas terik dengan keterangan cahaya yang tinggi amat menyilaukan mata. Kandungan UV yang tinggi pula akan memberi kesan kepada mata. Pendedahan pada sinar UV untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan masalah katarak kerana sebahagian besar cahaya UV akan diserap oleh kanta mata. Penyerapan cahaya UV lama-kelamaan mungkin membawa kepada kanta mata menjadi semakin gelap.


Secara amnya, bila kita memakai cermin mata hitam, saiz bukaan pupil akan membesar kerana cermin tersebut mengurangkan cahaya terang daripada masuk ke dalam mata. Sekiranya cermin tersebut tiada perlindungan UV, lebih banyak cahaya UV dari matahari akan masuk ke dalam mata melalui pembukaan anak mata yang lebih besar pada ketika itu. Ini akan menyebabkan kerosakan kepada lebih banyak tisu mata.


Bukan sahaja bahagian kornea dan kanta mata, cahaya UV juga boleh terus ke retina yang boleh menyebabkan kerosakan tisu-tisu retina. Kerosakan tisu retina boleh menyebabkan kebutaan. Sebab tu la ada keperluan kita memakai cermin mata yang ada UV Protection. Nama pun protection kan.. Mesti la untuk tujuan menjaga kesihatan & keselamatan mata.


Tapi cermin mata yang di jual kat Lemari Ceklat ni bukan sekadar mempunya UV protection malah.. design dia pun lawa lawa.. Selain menjaga mata boleh bergaya gitu.


Cantik kan koleksi sunglasses kat Lemari Ceklat ni. Kalau nak usya lagi banyak boleh ke

 Facebook Page : Lemari ceklat 
 Instagram : Lemari_Ceklat 
 Whatsapp/Telegram : 019 3823400 

SEBELUM BELI SUNGLASS DI ZALORA ATAU LAZADA INI ANDA PERLU TAHU

SEBELUM BELI SUNGLASS DI ZALORA ATAU LAZADA INI ANDA PERLU TAHU. Mentang mentang la baru shopping spek itam kat zalora & lazada. Terus buat entri tu.. Yelah.. Kita kena kongsi pengalaman sendiri agar boleh menjadi rujukkan pada orang lain. Mungkin ada yang tengah dok survey sunglasses kat Zalora atau Lazada sekarang ni. Ada orang memang semua benda dia beli online termasuk pakaian dalam. Maybe dia jenis manusia macam Najib Tun Razak yang memanjang busy. Takde masa nak ukur shopping mall macam aku ni. Kalau boleh berkhemah dalam shopping mall gamaknya aku dah buat camping kat situ masa sale. hahaha


Walaupun aku suka menabung kat shopping mall sekarang aku mula berjinak jinak menderma secara online shopping pulak. Sebelum ni yang aku  beli online kebanyakkan supplement anak aku jer... Lepas tu kadang2 beli skincare macam sabun cuci muka yang susah nak jumpa jual kat luar. Sekarang dah mula mengketagihkan diri beli barang2 aksesori macam sunglass pulak. Yang terbaru.. baru je sampai sunglass dari Lazada. Bulan lepas ada jugak beli sunglass dari Zalora. Sebenarnya aku order dari lazada dulu tapi sebab barang ni kat oversea so shipping ambil masa dekat sebulan baru sampai. Tu yang tetiba ter order kat zalora. hehehe

Kualiti barang kedua2 sunglass dari lazada & zalora bagi aku padan la dengan harga tapi tak ada la kualiti pasar malam sangat walau harga dia konon masa sale sampai cecah harga pasar malam. Tapi kedua dua tak ada kotak atau sarung tempat simpan sunglass. Beli sendiri kat DIY. saploh hengget je kotak sunglass ni.

Pengalaman aku beli sunglass kat zalora & lazada ni.. Masa tengah survey aku rasa lazada lebih bagus untuk description produk tu. Untuk cermin mata la.. Sebab ukuran size dia letak kat ruangan description jadi bagi aku jenis muka kid size ni senang nak ukur besar mana even kalau yang adult size ni normally standard size jer. Cuma kalau ada ukuran size tu, yang design jenis kecik sikit aku boleh agak2 besar mana kalau letak kat muka aku.

Ni Lazada punya. tanpa rasa malu ni memang kid size ok! Janji ada Uv protection je. hahaha Tapi ok la ngam dengan muka aku. Tips membeli kalau hangpa jenis kid size macam aku.. cari yang design sama je dengan adult. Confirm takde orang tanya pakai spek anak ke? hahahaha. Yang ni jenis retro.

Tapi berbeza dengan Zalora. Ukuran tu macam takde je. Yelah.. adult size ni normally size dia semua sama. Kalau ada kat description tu pun ukuran tu tak jelas sangat. Maksudnya panjang lebar tinggi bagai dia tak bagi secara detail macam kat lazada. Aku main agak2 je masa nak beli. Aku tengok muka model yang pakai cermin mata tu & agak kalau letak kat muka aku besar mana. Tapi bila sampai ok la.. sebab aku ambil yang jenis cutting kecil. Kalau jadi besar pun tak nampak janggal. Sebab trend sekarang mata lalat kan. Sunglass besar dari muka hahaha.

Yang ni beli kat Zalora. Adult size tapi cutting dia tak besar jadi letak kat muka aku nampak macam pakai sunglass yang trend mata lalat la. Tak ada la nampak janggal sangat bila dua tiga kali aku pakai. Yang penting confident, Insya Allah semua nampak matching & selesa je. hahahaa. yang ni cutting bulat
Service penghantaran tak janji melayu sangat la. Zalora cepat, lazada pun sampai seperti yang di janjikan. Sebelum ni aku ada membeli di lazada bukan barang dari oversea so dia sampai cepat. Proceed pagi..  esok pagi tu dah sampai. Paling2 lusa pagi dah dapat barang. Zalora pun sama. Barang pun takde la kita rasa tertipu sangat. tak jauh beza dari dalam gambar. Apapun dua2 selesa di pakai. Kadang2 sunglass yang murah2 ni pakai bagi effect rasa sakit kepala. Tapi Alhamdulillah.. yang zalora punya takde masalah. Yang Lazada ni try test tengok rasa selesa sangat dengan material dia.

Lepas ni boleh la cheq selfie ala2 retis korea. Dulu bukan takde sunglass tapi dah nam jahanam jadinya di buat si dara kecik dalam rumah ni. Almaklum la Malaysia ni panas.. mendidih bijik mata cheq bila dok dalam kereta time panas. Nak2 kalau jalan jejauh di siang hari. Tu yang gedik beli.

Moral of the story.. Nak beli apa barang pun make sure baca description sampai habis. Bukan apa.. tak baca kang terlepas pandang apa2 sampai barang atau lambat sampai lepas tu mula dok mengamuk kat media sosial. Jadi viral alih2 salah sendiri tak baca term & condition. Kan malu sendiri.

DISKAUN DI LAZADA SANGAT MENCURIGAKAN

DISKAUN DI LAZADA SANGAT MENCURIGAKAN. Dua tiga hari ni aku suka dok window shopping Sunglasses kat lazada. Almaklum la.. Asyik pakai spek itam oversize je sebab muka aku ni terlampau awet muda size nya. Bukan size kaki ke kids size.. spek itam pun sebenarnya aku kena pakai kids size tapi selama ni aku pakai adult size tapi macam mata lebah sikit la. Belasah je la bukan aku pakai sangat pun. Kalau travel jauh & panas jer aku pakai. Melindungi mata dari sinar uv katanya.


Sebenarnya aku dah ter order Sunglasses kat Lazada cuma aku tak perasan delivery time hujung bulan depan. So, saja survey lagi kot2 jumpa yang murah & boleh deliver dalam masa yang terdekat. Hari ni aku meneruskan pencarian katanya.. Terkejut aku tengok harga spek kat lazada ni. Harga asal puluhan ribu ringgit tu diskaun sampai tinggal RM30++ jer.. Biar betul.

Gila beb harga asal puluh ribu tu.. diskaun tinggal tak sampai seratus. Ni kalau betul barang puluh ribu boleh masuk pajak gadai ni. Beli kemudian tolak kat pajak gadai pun koman2 dapat ribu ringgit jugak. Kalau betul la harga pasaran barang pun puluh ribu. Macam tak berapa nak logik jer

Lagi satu katanya diskaun 100%.. kalau 100% bermakna free la. Dah kenapa pulak kena charge. Ya Allah.. mencurigakan betul permainan harga kat lazada ni. Aku tak berani nak kata lazada ni menipu tapi beragak la nak memperbodohkan pembeli pun. Aku yang memang tak berapa tahu tentang harga pasaran setiap jenama Sunglasses ni pun rasa macam tak berapa logik sangat harga asal dengan harga diskaun.

Ramai jugak yang akui.. Lazada konon diskaun dengan harga yang sangat murah alih2 kualiti barang cap pasar malam je. Mungkin orang pun rasa tertipu dengan sale yang di gembar gembur.. Kalau setakat kualiti pasar malam tu bukan namanya diskaun. Tu memang dah harga pasaran dia. Ada yang harga lepas diskaun pun lebih mahal dari harga pasaran.

Moral of the story.. Sebagai pengguna walaupun kita nak jimat jangan sampai tertipu dengan taktik diskaun tak masuk akal macam tu. Kadang2 kita rasa macam berbaloi beli barang yang konon harga asalnya mahal, mesti kualiti dia juga bagus dengan harga diskaun yang murah gila alih2 dapat barang kualiti chow kit jer.. memang menangis. Nak sedih lagi tetiba jumpa kat Pasar Malam Jalan TAR harga lagi murah dari kita beli konon dengan harga diskaun tu. Menangis dalam handbag kau! hahahaha

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com