DISKAUN DI LAZADA SANGAT MENCURIGAKAN
Sebenarnya aku dah ter order Sunglasses kat Lazada cuma aku tak perasan delivery time hujung bulan depan. So, saja survey lagi kot2 jumpa yang murah & boleh deliver dalam masa yang terdekat. Hari ni aku meneruskan pencarian katanya.. Terkejut aku tengok harga spek kat lazada ni. Harga asal puluhan ribu ringgit tu diskaun sampai tinggal RM30++ jer.. Biar betul.
Lagi satu katanya diskaun 100%.. kalau 100% bermakna free la. Dah kenapa pulak kena charge. Ya Allah.. mencurigakan betul permainan harga kat lazada ni. Aku tak berani nak kata lazada ni menipu tapi beragak la nak memperbodohkan pembeli pun. Aku yang memang tak berapa tahu tentang harga pasaran setiap jenama Sunglasses ni pun rasa macam tak berapa logik sangat harga asal dengan harga diskaun.
Ramai jugak yang akui.. Lazada konon diskaun dengan harga yang sangat murah alih2 kualiti barang cap pasar malam je. Mungkin orang pun rasa tertipu dengan sale yang di gembar gembur.. Kalau setakat kualiti pasar malam tu bukan namanya diskaun. Tu memang dah harga pasaran dia. Ada yang harga lepas diskaun pun lebih mahal dari harga pasaran.
Moral of the story.. Sebagai pengguna walaupun kita nak jimat jangan sampai tertipu dengan taktik diskaun tak masuk akal macam tu. Kadang2 kita rasa macam berbaloi beli barang yang konon harga asalnya mahal, mesti kualiti dia juga bagus dengan harga diskaun yang murah gila alih2 dapat barang kualiti chow kit jer.. memang menangis. Nak sedih lagi tetiba jumpa kat Pasar Malam Jalan TAR harga lagi murah dari kita beli konon dengan harga diskaun tu. Menangis dalam handbag kau! hahahaha
Pernah orderkan alat jimat letrik kat kak ipaq... Kos pos sampai dua ratus ribu... Apa la punya lazada kan... Tergelak tergolek kami... Memang tak leh caya sgt la diskaun tuh... Kadang barang lama nak hbiskan stok je tu... Tu ygbuh harga tak masuk akal..
ReplyDeletekos pos 200ribu? gileh... hahahah
ReplyDeletePromosi yg melampau tu takot2 cuma brg tiruan kebiasaannya. Diorg pun tak nak rugi. Nak clearkan stok brg dr china tu, cara beginilah...
ReplyDelete