Showing posts with label kesipuan. Show all posts

HASHTAG KESIPUAN MULA JADI VIRAL & TROLL DI MEDIA SOSIAL

HASHTAG KESIPUAN MULA JADI VIRAL & TROLL DI MEDIA SOSIAL.  Hari ni hari kesipuan buat rakyat malaysia bila masing2 mula menggunakan hashtag kesipuan untuk mengaitkan dengan isu yang tengah viral sekarang. Bagi yang tak tau apa kejadahnya sedang berlaku takpe nanti aku bagi link entri untuk korang baca kisah di sebalik kesipuan hari ni.


Bila search guna hashtag kesipuan (#kesipuan) kat facebook nak gelak pun ada.. Sedih pun ada jugak la. Tapi bila tengok gelagat nitezen ni memang kadang2 boleh hilang stress jugak. Memang nitezen kaki troll ok! Jadi berhati hati la dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.. Silap haribulan jadi troll memang akan kesipuan. hehehehe.

Walaupun kesipuan yang di maksudkan tu adalah perkara yang memalukan tapi kita jarang jarang dengar orang guna perkataan kesipuan. Tak tahu la perkataan tu ada dalam kamus dewan bahasa ke tidak.. Yang pasti aku rasa sejak aku sekolah dulu memang tak pernah guna atau di ajar guna perkataan kesipuan. hehehehe... Sungguh beralas & berkias kan bahasa dalam surat pembatalan jemputan tu..

Kalau korang nak baca troll2 menggunakan hashtag kesipuan (#kesipuan) boleh la search sendiri kat media sosial (FB/Twitter/Instagram).. Yang aku tunjuk kat bawah ni sebahagian dari status2 yang menggunakan hashtag kesipuan jer...


Moral of the story.. Mesti ada yang kesipuan terutama yang mengarang surat tu bila nitezen mula troll dengan hashtag kesipuan. hikhikhik

P/S : bagi yang tak faham viral hashtag kesipuan boleh rujuk entri ni : SURAT PEMBATALAN UNDANGAN KEPADA TUN MAHATHIR KE MAJLIS MELAFAZ & MENANDATANGANI SURAT SUMPAH JAWATAN OLEH SERI PADUKA BAGINDA JADI VIRAL

SURAT PEMBATALAN UNDANGAN KEPADA TUN MAHATHIR KE MAJLIS MELAFAZ & MENANDATANGANI SURAT SUMPAH JAWATAN OLEH SERI PADUKA BAGINDA JADI VIRAL

SURAT PEMBATALAN UNDANGAN KEPADA TUN MAHATHIR KE MAJLIS MELAFAZ & MENANDATANGANI SURAT SUMPAH JAWATAN OLEH SERI PADUKA BAGINDA JADI VIRAL. Kadang2 sedih jugak melihat satu persatu penghinaan di lakukan oleh mereka2 iu terhadap Tun Mahathir yang semua orang tahu jasanya membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata dunia. Seolah - olah jasa yang pernah di lakukan Tun dulu kini bagai debu debu berterbangan di tiup angin & hilang hanya kerana dia tidak menyokong pemimpin sekarang.


Jangan kata Tun.. Sebenarnya ramai rakyat malaysia tak sokong pemimpin yang ada sekarang tapi bukan sebab parti politik ok! Kita sedia maklum kenapa rakyat sekarang mula menunjukkan penolakkan kepada pemimpin sekarang. At least zaman Tun memerintah kita tak terbeban sangat dengan gst & kos sara hidup yang betul2 menjerut leher walau zaman tu tak ada BR1M. Kita pun waktu tu tak payah hadap dengan kenyataan2 menteri kurang bijak yang menyakitkan hati.

Semalam orang mula Viral pasal satu surat pembatalan jemputan ke majlis melafaz & menandatangani surat sumpah jawatan oleh seri paduka baginda yang di pertuan Agung XV atas alasan mereka tidak menyediakan tempat untuk Tun & sekiranya Tun hadir akan menyebabkan 'kesipuan' katanya. Selalin surat pembatalan tu perkataan 'Kesipuan' pun tengah jadi troll... hahahaha.. Dah jemput lepas tu tarik balik jemputan.. hurmmmm


Sepatutnya mereka yang patut rasa 'Kesipuan' melayan Tun Macam tu. Berbeza pendapat dalam mentadbir negara atau berbeza fahaman politik tak semestinya harus melayan mereka yang pernah berjasa macam kain buruk. Masa cantik kau belai.. kau puji.. Bila dah buruk kau buang macam dia tak pernah berkhidmat dengan kau dulu.


Apapun sememangnya bangsa kita mudah lupa.. Mereka akan kembali sedar bila segalanya hilang. Takpe la.. terus lupa sampai satu masa korang akan kembali ingat segalanya. #PrayForMalaysia


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com