SURAT PEMBATALAN UNDANGAN KEPADA TUN MAHATHIR KE MAJLIS MELAFAZ & MENANDATANGANI SURAT SUMPAH JAWATAN OLEH SERI PADUKA BAGINDA JADI VIRAL
Jangan kata Tun.. Sebenarnya ramai rakyat malaysia tak sokong pemimpin yang ada sekarang tapi bukan sebab parti politik ok! Kita sedia maklum kenapa rakyat sekarang mula menunjukkan penolakkan kepada pemimpin sekarang. At least zaman Tun memerintah kita tak terbeban sangat dengan gst & kos sara hidup yang betul2 menjerut leher walau zaman tu tak ada BR1M. Kita pun waktu tu tak payah hadap dengan kenyataan2 menteri kurang bijak yang menyakitkan hati.
Semalam orang mula Viral pasal satu surat pembatalan jemputan ke majlis melafaz & menandatangani surat sumpah jawatan oleh seri paduka baginda yang di pertuan Agung XV atas alasan mereka tidak menyediakan tempat untuk Tun & sekiranya Tun hadir akan menyebabkan 'kesipuan' katanya. Selalin surat pembatalan tu perkataan 'Kesipuan' pun tengah jadi troll... hahahaha.. Dah jemput lepas tu tarik balik jemputan.. hurmmmm
Sepatutnya mereka yang patut rasa 'Kesipuan' melayan Tun Macam tu. Berbeza pendapat dalam mentadbir negara atau berbeza fahaman politik tak semestinya harus melayan mereka yang pernah berjasa macam kain buruk. Masa cantik kau belai.. kau puji.. Bila dah buruk kau buang macam dia tak pernah berkhidmat dengan kau dulu.
Apapun sememangnya bangsa kita mudah lupa.. Mereka akan kembali sedar bila segalanya hilang. Takpe la.. terus lupa sampai satu masa korang akan kembali ingat segalanya. #PrayForMalaysia
biasa la sis, siapa yg berkuasa akan menguasai sepenuhnya.... kuasa pangkat darjat tidak dapat lari dlm pemerintahan di malaysia ni....
ReplyDeletebila sistem pemerintahan di raja di monopoli.. huishhhh "kesipuan" tu lain mcm bunyi
ReplyDeleteSedih bila jadi macam tu. Jauh sangat beza pemerintahan sekarang dan dulu. Tak mustahil UMNO boleh kalah teruk dalam pilihanraya nanti.. huhuhu..
ReplyDelete