Showing posts with label Bukit Melawati. Show all posts

5 FAKTA TEMPAT BERSEJARAH DI MALAYSIA YANG TIADA DALAM BUKU TEKS

5 FAKTA TEMPAT BERSEJARAH DI MALAYSIA YANG TIADA DALAM BUKU TEKS. Masa sekolah dulu nak kata aku minat sejarah tak sangat nak kata subject paling aku tak suka pun tak jugak. Boleh la kan.. Kadang2 best jugak layan sejarah ni. Sejarah yang paling aku ingat yang tercatat dalam buku teks pasal sultan mahmud mangkat di julang. Almaklumlah.. pernah di filemkan. Filem lakonan Nordin ahmad tu yang bini dia tengah mengandung kena toreh perut sebab makan buah nangka raja. Ingat tak?? Tak silap aku sejarah tu dalam buku teks tingkatan dua kot.. Kalau silap maaf la yer.. almaklum la dah masuk zon makcik2 ni susah nak ingat dah. hahahaha

Muzium Perang Penang salah satu tempat bersejarah di Malaysia

Tapi tahukah anda... Ada beberapa fakta berkenaan tempat bersejarah kat Malaysia ni tidak tecatat dalam buku teks. Bila dah tak tercatat maka dalam dalam module pembelajaran la kan?? Kalau kita belajar sejarah berpandukan buku teks je memang takkan tahu la 5 fakta tempat bersejarah ni kat Malaysia sebab tu pentingnya kita pergi melawat tempat2 bersejarah kat Malaysia.

Antara 5 fakta tempat bersejarah yang tiada dalam buku teks adalah.... Jeng jeng jeng... baca sendiri la kat sini >> 5 Fakta Tempat Bersejarah Di Malaysia yang Tidak Tercatat Dalam Buku Teks <<

Jangan tanya pulak kenapa tempat perhimpunan bersih tak tersenarai.. Belum lagi Tempat Perhimpunan Bersih untuk di jadikan Fakta Sejarah. Tunggu la 100 Tahun lagi kot baru ia di kenang sebagai sejarah hahahahaha

Moral of the story.. Kita boleh membaca sejarah tapi kita tidak boleh mengamalkan hidup seperti manusia zaman pra sejarah. So, jadilah manusia bertamadun. Peace Yo!

CENDOL DI BAKAR

Semalam hari minggu aktiviti merayap di jalankan. Yang di angkut minggu ni tetap la sama.. Dady sebagai pemandu & penumpang2nya lala, mummy, Ateh An & Acu. Lokasi pilihan adalah Bukit Melawati. Yelah.. nak bawak lala kenali alam semesta kan?? Nampaknya lala excited jugak la dapat kesana untuk kali pertama. Banyak perkara & Tempat lala kunjungi adalah kali pertama kecuali Klinik & hospital jer.

Cendol Bakar (Carian Google)
Dalam perjalanan tu.. di tepi jalan tak pasti area kampung mana ternampak satu banner besar tulis Cendol bakar. Apa yang buat kami semua teruja adalah tulisan Bakar tu di buat effect macam api. Masing - masing Imagine cendol tu di bakar. Ada yang imagine cendol tu bakar atas arang la.. dalam microwafe la.. Kiranya Imagine yang bakar2 je la. Sang Lekit tak imagine macam mana cendol tu di bakar cuma teruja bila tengok gerai cendol bakar tu. Sang Lekit cuma nak tengok macam mana cendol tu kena bakar & macam mana rasanya. Maka kena la U-Turn. Semangat nak makan cendol bakar.

Bila dah turun.. dah masuk gerai tu.. dah berbaris (sebab gerai tu konsep layan diri).. dah sampai turn pun tetiba Ateh datang ke meja cakap dia taknak makan. Dia cakap hubby nak bungkus jer.. Sang Lekit pun malas jugak nak makan kalau nak bungkus. Sang Lekit usya2 gak mana bekas bakar cendol. Tengok takde apa yang luar biasa pun cendol bakar tu. Pembuatan dia sama je macam cendol2 lain. Dah semua taknak makan.. husband sang lekit pun tak jadi jugak nak bungkus. Hairan kenapa dorang semua taknak makan.

Masuk dalam kereta semua gelak - gelak. Sang Lekit tanya kenapa semua taknak makan. Ateh An cakap yang buat tu muka macam bangla. Acu lak cerita & memecah semua imginasi mengarut kotorang pasal cendol bakar tu. Katanya dia ternampak ada tulis untuk tempahan sila hubungi En Bakar. Rupanya cendol bakar tu nama pemilik gerai cendol tu bukan cendol yang di bakar. Ya Allah sorang pun tak terfikir macam tu sebelum U-Turn ke gerai tu balik. Yelah.. banner tu menyerlahkan BAKAR tu macam membakar. Dengan tulisan effect api.. manalah tak terfikir cendol tu di bakar.

Rupanya gerai cendol itu En Bakar yang punya (Pemilik gambar ni dah ada link kat gambar)

Pakat semua jadi tipah tertipu. Memang rasa macam bengap sangat sampai bayangkan cendol tu di bakar. Yang teruja nak makan sebab bayangan macam tu la. Kalau tak rasanya sorang pun tak excited dengan cendol. Jadi teruskan la perjalanan ke Bukit Melawati seterusnya makan malam kat Jeram. Kat situ memang ada real makanan di bakar tapi bukan cendol.

lala pun nak merasa pijak jalan tar

Muka dah comot sebab cuaca panas

P/S : Kat Jeram melantak tak hingat.. Almaklum la sedap. Bayar mahal pun berbaloi berbanding makan western Food (lupa lak nama restoran dia) konon kawan Ateh An Cakap sedap burger apa ntah namanya alih2 hampeh jer.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com