25 June 2012

CENDOL DI BAKAR

Semalam hari minggu aktiviti merayap di jalankan. Yang di angkut minggu ni tetap la sama.. Dady sebagai pemandu & penumpang2nya lala, mummy, Ateh An & Acu. Lokasi pilihan adalah Bukit Melawati. Yelah.. nak bawak lala kenali alam semesta kan?? Nampaknya lala excited jugak la dapat kesana untuk kali pertama. Banyak perkara & Tempat lala kunjungi adalah kali pertama kecuali Klinik & hospital jer.

Cendol Bakar (Carian Google)
Dalam perjalanan tu.. di tepi jalan tak pasti area kampung mana ternampak satu banner besar tulis Cendol bakar. Apa yang buat kami semua teruja adalah tulisan Bakar tu di buat effect macam api. Masing - masing Imagine cendol tu di bakar. Ada yang imagine cendol tu bakar atas arang la.. dalam microwafe la.. Kiranya Imagine yang bakar2 je la. Sang Lekit tak imagine macam mana cendol tu di bakar cuma teruja bila tengok gerai cendol bakar tu. Sang Lekit cuma nak tengok macam mana cendol tu kena bakar & macam mana rasanya. Maka kena la U-Turn. Semangat nak makan cendol bakar.

Bila dah turun.. dah masuk gerai tu.. dah berbaris (sebab gerai tu konsep layan diri).. dah sampai turn pun tetiba Ateh datang ke meja cakap dia taknak makan. Dia cakap hubby nak bungkus jer.. Sang Lekit pun malas jugak nak makan kalau nak bungkus. Sang Lekit usya2 gak mana bekas bakar cendol. Tengok takde apa yang luar biasa pun cendol bakar tu. Pembuatan dia sama je macam cendol2 lain. Dah semua taknak makan.. husband sang lekit pun tak jadi jugak nak bungkus. Hairan kenapa dorang semua taknak makan.

Masuk dalam kereta semua gelak - gelak. Sang Lekit tanya kenapa semua taknak makan. Ateh An cakap yang buat tu muka macam bangla. Acu lak cerita & memecah semua imginasi mengarut kotorang pasal cendol bakar tu. Katanya dia ternampak ada tulis untuk tempahan sila hubungi En Bakar. Rupanya cendol bakar tu nama pemilik gerai cendol tu bukan cendol yang di bakar. Ya Allah sorang pun tak terfikir macam tu sebelum U-Turn ke gerai tu balik. Yelah.. banner tu menyerlahkan BAKAR tu macam membakar. Dengan tulisan effect api.. manalah tak terfikir cendol tu di bakar.

Rupanya gerai cendol itu En Bakar yang punya (Pemilik gambar ni dah ada link kat gambar)

Pakat semua jadi tipah tertipu. Memang rasa macam bengap sangat sampai bayangkan cendol tu di bakar. Yang teruja nak makan sebab bayangan macam tu la. Kalau tak rasanya sorang pun tak excited dengan cendol. Jadi teruskan la perjalanan ke Bukit Melawati seterusnya makan malam kat Jeram. Kat situ memang ada real makanan di bakar tapi bukan cendol.

lala pun nak merasa pijak jalan tar

Muka dah comot sebab cuaca panas

P/S : Kat Jeram melantak tak hingat.. Almaklum la sedap. Bayar mahal pun berbaloi berbanding makan western Food (lupa lak nama restoran dia) konon kawan Ateh An Cakap sedap burger apa ntah namanya alih2 hampeh jer.

25 Komen Melekat:

Nyamuk Terbang said...

ok kalau kiter pn rsa tertipu mcm tue jgk kot

Unknown said...

hehe...tipah tertipu, bukan sorang..semuanya tertipu. Kakpb pun fikir jugak, mcmna rupa cendol bakar, habislah hangus baunya.

Nama Bakar ni pun kalau tak silap diJepun, maksudnya...tak elok nak sebut. Tapi bukan salah Bakar.

♥fie yasmin♥ said...

haha..saya pon hampir2 tertipu harituh. masa pergi jalan2 ke ijok harituh ada ternampak la gerai neh. mula-mula igt cendol di bakar jugak. abg ipar dah nak berhenti dah nk rasa cendol bakar tuh. tapi last2 takjadi. tapi tengok orang yang berhenti makan ramai jugak

Asyiqin Haulisah said...

hahaha. kalau saya pun akan terpikir gitu jugak.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

hehehe.. sekarang ni memang banyak taktik melariskan jualan macam tu.. contoh : Karipap Bakar, rupanya pemilik kedai tu yang nama Bakar. Tapi bila fikir2 balik, ramai sangat orang nama Bakar ni buka bisnes kan.. kesimpulannya, itu semua taktik bagi menarik pembeli, entah2 nama dia bukan Bakar pun.

Yang betul punya bakar akak jumpa cuma Burger Bakar.. bakar atas arang. Satu lagi, air kelapa bakar, sebab kelapa tu memang dibakar dulu sebelum ditebuk untuk diminum airnya.

Anonymous said...

betul2 ingatkan cendol terbako tadi hehe

Anonymous said...

ni kat ijok pun ade ni. huhu

safurara said...

muahahahaha ingat kan cendol tu dibakar,addduhhhhhh sabo jelah.

Rtp Farra Arisha said...

hahahahaha pasti kalian kesal, merasa dibohongi mati-matian. ini mungkin dapat dikatakan strategi penjualan untuk menarik minat pelanggan untuk ke kedainya...? tetapi taktiknya sangat aneh...

P.s. Lala becomes more beautiful, like mother like daughter. :)

☾SHiemaCMa786☾ said...

sekali name owner kedai da..hahaha...
beger bakar tgh pemes sekarang.. dah try ke?

Ardini Humaira said...

ngeee ingatkan bakar cendol, nak tengok gak tadi gambarnya hehe

Anonymous said...

Jom gi try Cendol Abu pulak.

Puan Awin said...

nasib la x prnh singgah lagi, walhal dlm pale ni terfikir juga, mcm ne cendol yg dibakar? adoi...tertipu...kompom mmg x singgah la gerai ni, hehehehe

Admin said...

hahaha..
kita pun ingatkan cendol tu dibakar ;D

edane said...

ha ha ha ha.. nama kemain!

jenuh juga fikir bila baca tajuk... yerlah sekarang kan musim burger bakar hihi

Afasz said...

cendol bakar. tk pernah tahu pon

mrs kayrul said...

nak tengok gak la gambar cendol bakar..masa baca tue dah imagine macam mana la dia bakar sekali en bakar la

apdm said...

salam..

baru-baru ni pun ada juga jumpa cendol bakar , lepas sembang-sembang kami kata nama tuan kedai kot baakr, sebab cendol mana leh bakar..

tp part y besh sbb bangla buat tu x jadi makan tu ;)

Unknown said...

haahahaha terkeliru sekejap aku..oooo encik bakar tokeynya

Admin@Papa Meow said...

tu la pelik sket, dok fikir2, cmaner rupanya cendol kalau dibakar haha

Fiza Rahman said...

Pernah gak nak try, tapi bila tgk org ramai trus tak jadi. Saya pon ingat kan cendol tu di bakar, nak gak rasa mcm mana kan. Sekali cendol tu en. bakar yg punya.

Agaknya org ramai sbb nak tau cendol bakar tu mcm mana kot...hahahaha..

kurus said...

bila banyak yg percuma tuu x menahan dik .. rasa semua nak cuba ;)

Unknown said...

hahaha, banyak dah orang terkena ngan cendol bakar ni nyah oi!

Uji Hussein said...

Ingat sugguhlah ada resipi baru, cendol Bakar!

putrajayabiz said...

sekarang siapa yg terbakar? hahaha...cendol bakar ni kat kg saya rembau....saya pun teringin nak rasa...pastu adik ckp bang nama tokey dia BAKAR la...coz dia pun dah terkena...kah kah kah

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;