Showing posts with label cara bagi rate di shopee. Show all posts

SEBELUM BAGI RATING RENDAH PADA SELLER, INI YANG PERLU ANDA TAHU DULU

SEBELUM BAGI RATING RENDAH PADA SELLER, INI YANG PERLU ANDA TAHU DULU. Dah menjadi gaya hidup masakini, membuat pembelian secara atas talian (online) melalui platform seperti shopee, lazada dan sebagainya. Di tambah lagi waktu pandemik, dimana ada keterbatasan pergerakan membuatkan pembelian secara online menjadi semakin popular.

Bila kita membeli secara online melalui platform seperti shopee atau lazada..pembeli yang sudah menerima barang yang di beli di beri peluang untuk membuat ulasan dan penilaian berkaitan pengalaman membeli dan kualiti barang juga khidmat pelanggan yang di berikan oleh penjual.Tapi masih ramai yang tidak faham tentang satu perkara ni bila membuat pembelian secara online menyebabkan pihak penjual (seller) mendapat rating dan ulasan (review) yang buruk.

Antara perkara yang selalu menjadi rungutan dan rintihan penjual online adalah masalah mendapat rating rendah kerana kelewatan pihak penghantar (courier) menghantar barang kepada pelanggan mereka sedangkan masalah tersebut bukan berpunca dari pihak mereka (Penjual).

Bukan senang nak didik pengguna terutama pembeli di atas talian untuk faham perkara ni. Sebab masih ramai yang masih tak faham. Masih menyalahkan pihak penjual bila berlaku kelewatan penghantaraan.

Jadi kat sini saya ajar anda macam mana nak tahu masalah lewat hantar tu di sebabkan oleh penjual atau courier.

Contoh kalau membeli melalui shopee.. kita boleh semak tarikh penjual membuat pengeposan. Samada mereka lambat pos atau tak kita boleh tahu melalui ruangan order detail.

Selepas membuat pesanan, biasanya tidaklah penjual terus membuat penghantaran. Paling cepat jika pembayaran di buat sehari selepas bayaran dibuat pihak penjual akan mula proses untuk penghantaran. 

Cara anda nak tahu samada pihak penjual membuat pengeposan awal atau lambat anda boleh menyemak melalui order Information. Caranya..

1. Buka aplikasi shopee.. tab bahagian Me (Rujuk gambar)

2. Setelah masuk Ke bahagian profile pergi ke bahagian my purchase tab pada barang yang anda order. Samada masih di ruangan to ship, to received atau complete. 

3. Selepas tu boleh la anda menyemak di ruangan payment method bila tarikh pengeposan di buat.

4. Untuk anda lebih memahami.. Detail bahagian payment method ni.. Boleh rujuk pada gambar.

Contoh pada gambar di atas saya telah membuat pesanan (order) pada tarikh 25.8.2021. pihak seller telah membuat pengeposan pada tarikh 26.8.2021 iatu sehari selepas pesanan & pembayaran di buat. Dan pihak penghantar (courier) telah menghantar telah menghantar pesanan saya pada 28.08.2021 iatu selepas dua hari saya membuat pesanan.

Kalau bahagian ship time tu anda nampak anda kelewatan dari pihak penjual (Seller) mungkin lebih dari seminggu selepas pembayaran di buat, barulah adil untuk memberi rating rendah. Jika kelewatan tu di sebab pihak penghantar (courier) tidak adil untuk pihak penjual (seller) untuk di beri rating rendah kerana mereka telah pun membuat pengeposan awal. Masalah kelewatan menerima pesanan berpunca dari pihak courier.

Shopee juga menyediakan ruangan untuk anda memberi rating pada perkhidmatan penghantaran. Jadi kat situ anda boleh rate rendah pada syarikat courier yang lembab buat penghantaran. 

caranya.. 

1. Masuk ke bahagian profile dengan tab pada me kemudian ke bahagian my purchase. Di bahagian my purchase tab pada complete.

2. Pilih barang yang anda hendak bagi rate, tab pada button Rate.

3. Dalam ruangan rate.. kurangkan dulu bahagian bintang tidak lebih dari 3 ⭐. Kemudian barulah mulakan rating mengikut kategori. Rujuk gambar di bawah


Jadi selepas ni kita sebagai pembeli memberi penilaian pada penjual terutama di platform seperti shopee, lazada dan sebagainya. 

Semoga perkongsian kecil ini memberi manafaat kepada yang memerlukan.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com