DIY! CARA NAK BUAT RUMAH NAMPAK BERHANTU KETIKA DI TINGGALKAN UNTUK ELAK DARI DI MASUKI PENCURI
DIY! CARA NAK BUAT RUMAH NAMPAK BERHANTU KETIKA DI TINGGALKAN UNTUK ELAK DARI DI MASUKI PENCURI. Zaman sekarang ni memang kita kena jadi manusia yang kreatif untuk protect diri & harta benda. Sebab zaman sekarang penjenayah ada kat mana mana.. Nak2 lagi kategori pecah rumah ni.. Bukan je penyamun dari dalam negara luar negara pun dah ramai buat aktiviti tu kat Malaysia. Almaklum la Malaysia sekarang bukan setakat berbilang kaum malah berbilang warganegara katanya...Gambar sekadar hiasan. Sumber Google |
Zaman sekarang rumah yang berkembar dinding dengan jiran pun penyamun berani pecah masuk.. Apatah lagi rumah yang jenis duduk hujung2 alam.. Almaklum la nak privacy katanya. Tak mau duduk dekat2 dengan orang maka dia buat la satu rumah kat hujung dunia.. Rumah2 macam ni memang target penyamun la.. Zaman sekarang pasang cctv pun tetap kena masuk pencuri jugak. Depa dah tak heran nak merompak di rumah atau kedai2 yang ber cctv sekarang. Jadi kalau menggunakan teknologi ni kurang berjaya.. Kita guna cara yang ala2 mistik & menyeramkan gitu.
Bagi mereka yang nak protect rumah dari di masukkan pencuri aku rasa ok jugak kot try cara ni. Cara ni lebih murah & mudah.. Nak bagi jaminan 100% berkesan tu tidak la.. Tapi mungkin boleh membantu membantutkan penyamun dari memecah masuk rumah anda nak2 lagi ketika anda tiada di rumah. Almaklum la.. Geng pecah rumah ni suka buat aktiviti mereka waktu malam kan.. Jadi cara ni mungkin berkesan.
Nak tau macam mana cara nak takutkan geng pecah rumah.. Meh tengok tutorial bergambar di bawah..
Pertama kau cari la gambar2 muka & tangan yang menyeramkan macam ni |
Gunting & Gamkan macam ni |
Lekatkan pada langsir sebab kat situ akan nampak macam effect kelibat menyeramkan |
Kalau korang nampak macam ni dari jauh ada berani dekat rumah tu kalau korang tau rumah tu time tu tak ada orang?? |
Jangan hangpa yang lupa hangpa buat macam tu untuk takutkan pencuri hangpa pulak balik rumah kena heart attach sebab terkejut. Pastikan anda tak lupa lepas meletakkan benda2 ni kat langsir rumah anda yer... hehehehe
Tak tau la sapa punya idea tapi aku rasa agak kreatif jugak la. Almaklum la orang sekarang memang lebih takut hantu berbanding takut Tuhan kan.. Sebab tu orang yang masuk rumah hantu pun sampai jadi macam ni >> Pernah Masuk Rumah Hantu? Mesti 18 Benda ni Pernah Berlaku pada anda yang ada pengalaman masuk rumah hantu << Confirm punya ada adegan ni kan? erkk.. walaupun aku peminat cerita seram serius seumur hidup tak pernah masuk rumah hantu hahahaha
Moral of the story.. main main hantu tak salah tapi jangan main dengan hantu takut anda di hantui rasa penyesalan seumur hidup.