BAHAYA PAKAIKAN EMAS KEPADA ANAK ANAK KECIL

8/19/2013 10:44:00 AM suria lekatlekit 7 Comments

sekarang ni ramai yang suka bagi baby girl dorang pakai barang kemas. Comel.. kecik2 lagi kat leher yang berkilau emas.. kat lengan yang bersinar emas. Tak salah kalau ada rezeki lebih nak laburkan kat anak - anak. Tapi dalam kita menyatakan kasih sayang dari kilauan emas kat badan anak kita tu tanpa sedar kita sedang dedahkan si kecil tu pada bahaya besar. Nak tahu bahaya apa?? Jom kita baca..

Zaman sekarang zaman jenayah berleluasa.. Rompak, ragut, samun, bunuh, culik & sebagainya hari2 kita boleh dengar, baca & tengok samada kat laman sosial, tv & akhbar. Sasaran penjenayah ni tak hanya pada golongan dewasa jer.. Sekarang ni tak kira sekecil2 anak hinggalah sebesar2 bapak semua berisiko menjadi mangsa jenayah. Jenayah ragut, samun & rompak barang kemas ni bukan isu baru.. Selalu kita dengar mak2.. makcik2.. akak2.. je kena ragut & samun barang kemas.. Jarang kita dengar budak2 kecik & baby2 kena ragut rantai kat leher atau kena samun gelas emas kat lengan kan?? Kes ni kita jarang dengar tapi tak semestinya tak ada berlaku rompakkan/samun/ragut kepada kanak2. Ada.. cuma kita dengar dari mulut ke mulut tak highlight besar2 kat media massa.

Bila kita pakaikan anak2 kecil kita dengan emas yang sekarang menjadi satu benda berharga ni tanpa kita sedar kita dah dedahkan anak2 kita kepada risiko yang besar. Penjenayah ni ada kat mana mana saja.. Adik den pernah cerita anak kawan dia.. kena rompak rantai emas. Nasib baik la penyamun tu tak buat apa2 yang boleh mendatangkan bahaya kat budak tu. Cuma dia guna psykologi je nak ambil rantai emas yang budak tu pakai. Hilang emas boleh kumpul duit beli semula tapi kalau jadi apa2 kat anak.. boleh ke kumpul duit beli anak yang sama kat mana2 supermarket atau kedai runcit??

Gambar carian google sekadar hiasan sahaja

manalah tau.. tetiba kita kat tepi jalan dengan anak kecik kita nak lintas jalan.. kat leher anak berkilau2 emas.. si emak bertudung tak nampak la emas. Si peragut mesti target benda yang dia nampak jer kan?? tetiba.. dia datang rentap rantai leher anak kita, jatuh tersungkur budak tu atas jalan.. datang pulak kereta lain. Ya Allah.. minta jauhkanlah dari semua tu berlaku pada kita semua tapi pada masa yang sama kita kena la ambil langkah keselamatan. Jangan mendedahkan anak kita kepada bahaya & risiko jenayah. Biar orang pandang miskin.. Tak miskin kita dengan pandangan orang tu asalkan kita semua berada dalam zon selamat.

Pada mak bapak semua termasuk diri sendiri.. Memang bila tengok anak orang di pakaikan emas kita pun nak anak kita rasa benda yang sama. Macam tu jugak den ni.. tapi den ni kadang2 imaginasi jauh kedepan. Bila terfikir semua bahaya2 tu.. Takpe la.Biarlah anak ku kosong tak ber emas permata asalkan dia sentiasa selamat. Asalkan dia membesar dengan sihat, itulah hiasan paling cantik yang paling berharga dari seorang ibu kepada tubuh badan anaknya.


 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

7 comments:

  1. klu budak2 pakai emas ni, mmg bahaya kot...

    ReplyDelete
  2. klu pakai time raya je takpe jugak
    tapi klu nak ke sekolah pun bagi pakai memang bahaya

    ReplyDelete
  3. budak kecik, x pakai emas pun tetap nmpk comel :-)

    ReplyDelete
  4. Budak2 kecik mana boleh pegang duit banyak2... Inikan pula barang kemas.. Hai tak berbaloi hoiii.. Kalau ape jadi x guna sesen pon... Org jahat sekarang bukan boleh kira.. Dah jahat nak jahat lagi.. Mengalahkan setan..!

    ReplyDelete
  5. Masa baby akak pakikn je. Dh mula berjalan baru kurangkan pakai sbb risau . Bil sah pndai bercakap baru berani pakai kn semula. Anak2 akak biasanya tak suka ngan org. Mmg raya kat kg ke umh org ke dia duk celah ketiak. Klu yg budak ramah tu selalu je kea barang kema hilang. Kadang2 tu hilang masa org dtg beraya. Alahaii

    ReplyDelete
  6. mmg tk digalakkan pemakaian emas pada baby..risau takot jdk apa2 kt baby tuh... tunggu besar sikit la br pakaikan yerk

    ReplyDelete
  7. Salam Mummy lala..

    ya betul...setuju sgt2..manusia sekarang makin gila..nenek tua pun diragut, inikan pulak bby..

    huhuh..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com