Showing posts with label KFC wasabi rice wrap. Show all posts

SERIUS! MENYESAL MAKAN KFC WASABI RICE WRAP

SERIUS! MENYESAL MAKAN KFC WASABI RICE WRAP. Haritu try la makan menu baru KFC wasabi rice wrap. Sebelum ni kan ada KFC ayam masak merah rice wrap tu. Sedap jugak rasanya. Jadi bila keluar KFC wasabi rice wrap ni teringin la jugak nak cuba. Maka minggu lepas pergi la kami anak beranak ke cawangan KFC ni. tanpa fikir panjang suruh je asben order wasabi rice wrap walaupun aku bukan penggemar wasabi.

Serius.. memang tekak aku tak taste pulak dengan rasa dia. Orang lain tak tahu la kan. Tapi bagi aku sekali tu je la kot aku makan KFC wasabi wrap rice. Tu pun tak mampu habiskan walau tengah lapar. Rasa dia bagi aku pelik sikit. Lagipun aku memang tak berapa taste dengan rasa wasabi ni. Kalau makan sushi pun aku tak suka makan dengan wasabi.


Serius menyesal pulak order Wasabi rice wrap tu. Dah tu beli banyak sebab nak bagi kat Family in law. Yelah.. nak bagi kat in law je pun ada adik ipar & biras tinggal sekali. So, kalau nak beli apa2 kena beli untuk semua sekali la kan. Tapi tu la kita pun rasa tak sedap.. Takut depa pun rasa benda yang sama. tak best pulak bagi orang makan benda tak sedap. tapi tak tau la tak dengar komen apa2 pun. Yelah.. takkan nak cakap pulak tak sedap kan. Kang kami laki bini kecik hati macam mana. Hahahaha..

Sesetengah orang mungkin suka dengan rasa pedas wasabi. Aku bukan kata tak makan pedas tapi tak minat dengan rasa wasabi je. Wasabi ni bukan semua menu sesuai dia gabungkan. Kalau salah kombinasi mungkin jadi pelik jugak rasa dia. Yelah.. wasabi ni bukan makanan orang2 malaysia kan.. Jadi tak pelik la kalau orang melayu malaysia macam aku tak ngam sangat.

Tapi paling tak boleh blah kalau wasabi di jadikan menu macam ni. Macam satu malapetaka jugak la. Bagi aku ni la menu paling kejam yang aku rasa kalau wasabi di jadikan menu2 macam ni. Paling tak boleh blah kit kat wasabi tu.. Sapa la punya idea ni. Kalau korang nak tengok menu tak masuk akal guna wasabi ni meh tengok kat sini >> 12 Perkara Yang Jangan Sesekali Anda Buat Dengan Wasabi << Berhati hati la mungkin menu2 ni jadi idea untuk kawan2 anda prank anda. Gila beb kalau kena prank dengan menu2 ni.. Nak2 lagi kitkat wasabi.. Ingat kit kat teh hijau sekali wasabi beb! Menangis 7 hari 7 malam.

Apapun.. mulai sekarang aku semakin tahu apa saja yang berkaitan wasabi sebenarnya tak serasi dengan citarasa aku. Rasa dia di kombinasi macam mana pun tetap aku rasa pelik & tak sedap. So, lepas ni jangan la nak try test dah. Membazir je tau!

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com